ditengah kesesakan dunia
kulihat ke kiri dan kulihat ke kanan
terlalu banyak
yang perlu diperbaiki
dan juga yang perlu dicontohi
ada kala aku juga keliru
arah mana yang harus ku tuju
semakin ramai manusia di sekeliling ku
dan aku menjadi semakin keliru
yang mana satu akan membawaku ke SYURGA
dan yang mana satu akan mengheretku ke NERAKA
berjalan aku sendiri
aku tahu aku harus memahami
manusia sekeliling sampingan cuma
datang dan pergi saling berganti
yang pasti tetap IMAN yang teguh
aku tahu hanya ALLAH yang setia menemaniku
aku tidak beralih
masih lagi disini memerhati
dan merencana tentang apa selepas ini
kekuatan harus ada dalam diri ini
semoga aku tidak terleka
1 comment:
perjalanan yg jauh perlu melangkah seribu daya mampu yg pasti membawa beban yg terkendongnya cinta,kasih,sayang insan yg sentiasa dahaga pegetahuan...pikullah beban dgn tenaga tunjang kasih tuhan yg mmpu menghalau jutaan godaan syaitan...
yeaahh...ak pn nk bersajak..nice sajak...seni untuk seni..
Post a Comment