thank you followers

Saturday, January 28, 2012

hujan itu rahmat




hujan
membuatkan hidup aku sesepi ini
titisan hujan seakan memahami kekosongan jiwa ini
seakan mahu membantu
menceriakan hari-hari ku

dulu
antara kita ada kenangan
bersama hujan kita riang ketawa
bersama hujan kita layari bahagia
ohh hujan.. kau sungguh mengerti..!!

sampai suatu ketika
saat kita tidak lagi bergelar pasangan bahagia
hujan juga yang menjadi saksi
rintik-rintik hujan pada waktu itu
seakan meminta kesabaranku
menahan dari menitisnya air mata kecewa

sehingga kini
hujan itu mengingatkan aku pada mu

hujan
ada kala aku rasa bahagia 
melayari cerita cinta kita
hujan
ada kala aku rasa kecewa 
mengingat kembali saat perpisahan kita

hujan
kau saja yang tahu hati ini
bagaimana aku bahagia dengan hadirmu
bagaimana aku merana dengan hadirmu

ohh hujan
jika kau mampu
sampaikan salam ini kepadanya
sampaikan rindu ini kepada si dia

sesungguhnya aku bersyukur kepada ALLAH
kerana-Nya aku dapat merasai nikmat hujan
kerana-Nya jiwa aku terbelai indah dengan segala rasa
alhamdulillah





-peace yawww-


Wednesday, January 25, 2012

tema kawen pelik-pelik

sape kata kawen tak syok? aku tak tahu lah sebab apa sampai ada yang kata kawen ni tak syok. aku tengok gambar kat bawah-bawah ni macam best jek kawen ni. ni gambar omputeh punya kawen. tapi, skang orang melayu macam kita semua pon tak nak ketinggalan nampaknya. ramai yang macam nak meniru-niru tema mengarut macam gini.




aku tak kata tak boleh, tapi macam hilang identiti ke-melayu-an lah pulak kan? hehe. apa-apa pon kita tengok gambar dulu jom...

**********************************************************************
























*********************************************************************

dah tengok gambar? ok, apa kata korang semua? aku rasa masih lagi ramai kat luar sana yang belom kawen. jadi, tolong jangan pilih tema segila macam gini-gini ye. haha. bukan apa, aku risau takot 10 tahun akan datang tak de lagi dah pengantin pakai baju melayu dan kebaya. semua nak pakai pakaian ikot tema mengarut. kesian manusia-manusia yang akan datang. tak sempat nak nengok ke-asli-an budaya kita.


peringatan: manusia mengikut zaman yang kian berubah. mengikut edaran bumi tanpa ada identiti diri.


-peace yawwww-



Tuesday, January 24, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # facebook





betol ke notification lelaki macam gini?
macam tak jek kan




bagus jugak kalau facebook ada macam gini
terasa habis sape yang terkena tu





aku selalu poke-poke orang
kalau jumpa depan-depan nak poke jugak boleh?


*************************************************************************

dunia dah maju


-peace yawww-


Saturday, January 21, 2012

permainan paling ganas

masa aku pusing-pusing kampus hari tu, otak aku ligat dok pk bukan-bukan. macam-macam lah yang datang menyinggah dalam benak aku ni kan. bukan apa pon sebenarnya, nak hilang rasa letih, aku selalu lah paksa otak aku pk benda-benda lain supaya tak terasa letih sangat. pusing punya pusing kampus, sampai ke padang rugby. aku pon berhenti kat situ, usha-usha lah mana abang rugby yang boleh jadi anak ikan kan. haha.

sambil aku tengok dorang kat padang tu, aku rasa dorang punya game gila punya ganas. main asak-asak macam gitu, memang gasak la kan. secara spontan, dapat idea baru untuk entry hari ni. boleh lah kan share-share ngan korang semua.

agak-agak dalam dunia ni berapa banyak jenis permainan yang ganas-ganas macam gini ek? aku usha-usha ngan pakcik google, ada lah dapat sikit-sikit ni ha. jom kita tengok sesama. 

*************************************************************************


RUGBY


ICE HOCKEY


KABADDI


WATER POLO


HURLING


LACROSSE



*************************************************************************

ha, ni la game yang menyesakkan nyawa si pemain. kalau aku, aku suka lelaki lasak-lasak. jadi, kena selalu usha padang rugby lah kan? ekekekekke.... apa-apa pon, semua game ada 'keganasan' yang tersendiri. cuma, game yang tersenarai kat atas ni lebih sifat keganasan-nya. aku tak nafikan jugak, memang tengok pon dah tahu. kalau tengok memember aku lawan rugby, aku yang rasa nak nanges. dorang rilex je. 

sesape yang ada idea pasal game yang ganas, boleh bagi pendapat. nanti aku boleh tambah dalam senarai ni ha. setakat ni, game yang aku tengok paling-paling gerun adalah SAW. hekhek. tu dikira sebagai game ke ek?? cerita SAW tu, aku dah layan dari SAW 1 sampai 7. game macam tu bukan ganas ok, game macam tu sesuai untuk orang gila. menakutkan nak termuntah. ada ke patut, aku tak tahu lah kalau realiti-nya ada betol game macam tu. 


peringatan: orang yang main game ganas-ganas ni, tak semestinya perangai dorang ganas. orang kata, dalam hati ada taman.

-peace yawww-



Friday, January 20, 2012

RESIPI : ROTI PIZZA

selalu makan pizza kat pizza hut je. cuba kalau kita buat pizza sendiri. aku kan selalu bagi resipi yang mudah-mudah. kan? kan? nak makan best, tapi kadang-kadang tak cukup duit nak masuk pizza. jadi, jom kita belajar godek pizza sendiri. semua bahan yang memang selalunya dah ada dalam peti ais rumah kita. jom-jom pergi dapur...!!



************************************************************************

bahan-bahan nak guna

4 keping roti 
4 batang sosej 
1 tin jagung
lobak dipotong dadu 
sos cili 
keju
mayonis


cara-cara nak buat

mula-mula, korang ambil sekeping roti taburkan jagung dan lobak. potong sosej nipis-nipis dan taburkan atas roti.

akhir sekali, letak keju, sos cili dan mayonis. bakar selama 10 minit.


"ROTI PIZZA SIAP"
*************************************************************************

wah! wah! wah! enak ni kalau makan petang-petang bersama family kita kan. bukan lama sangat pon nak buat. kalau sejam tu, berpuluh keping roti pizza boleh korang siapkan. jadi, apa nak tunggu lagi. selamat mencuba.




-peace yawww-





Thursday, January 19, 2012

muak dengan MASALAH HIDUP

Ada waktu, kita akan rasa bahawa diri kita sangat tersepit. Susah teramat sangat. Seakan hilang segala harapan. Seakan lenyap segala ruang penyelesaian. Jauh di dalam lubuk hati kita, kita akan rasa kecewa teramat sangat. Rasa ditinggalkan. Rasa diasingkan. Keseorangan dalam masalah yang menimpa tanpa ada sesiapa yang mampu menghulurkan bantuan. Kadangkala, ia adalah masalah peribadi yang kita malu untuk kongsikan.




Akhirnya mula timbul dalam jiwa kita satu perkataan: PUTUS ASA. Kita rasa segalanya sudah tidak berguna. Segala usaha sudah tidak bermakna. Maka kita pun bergerak mengikut arus emosi yang ternyata tidak stabil. Jadilah apa yang hendak jadi. Kita sudah tidak peduli. Kita salahkan takdir, kita salahkan orang di sekeliling. Tanpa melihat siapa diri kita yang sebenarnya. Kita penat dengan setiap ujian yang datang. Kita berharap tiada ujian lagi untuk diri kita. Supaya kita boleh bergerak bebas. Tetapi kita silap. Ujian itu sangat bermakna sebenarnya. Ujian yang diberikan, secukupnya dengan apa yang kita ada untuk menyelesaikan. Allah SWT itu tidak kejam, malah sangat pemurah. Allah SWT itu tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya. 




KITA BERTANYA, mengapa kita perlu diuji?
Tujuan ujian adalah untuk menguji. Sebab itu namanya adalah ujian. Jika ujian itu datang dalam keadaan mudah diselesaikan, ia tidak dinamakan sebagai ujian. Ujian semestinya menggegarkan, menggoyahkan, meragut ketenteraman dan menghilangkan kesenangan. Dalam keadaan ini Allah SWT ingin melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya. Yang Allah mahu daripada ujian adalah keimanan kita.


KITA BERTANYA, kenapa kita diuji sedemikian rupa?
Setiap dari kita, mesti berkeinginan masuk syurga Allah SWT. Cuba kita fikirkan, adakah kita boleh ke syurga dengan keadaan yang senang lenang tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Sedarlah, ujian yang datang itu boleh mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Ketahuilah, itu hakikatnya, ujian adalah tapisan kita ke syurga Allah SWT. Bukan senang-senang untuk senang, dan bukan senang-senang untuk ke syurga. 


Apa perlu buat kalau diri sedang diuji?
Ujian adalah lumrah. Baik diuji dengan bencana, atau diuji dengan dosa yang tidak mampu ditinggalkan. Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi. Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Jadi, di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya? Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa sebenarnya. Apa yang perlu, teruskan usaha dan minta doa kepada-Nya juga.





peringatan: percayalah, ujian itu membuatkan kita tabah dan mampu memantapkan iman kita. Oleh itu, cuba berusaha dan elakkan kata-kata putus asa. 


-peace yawww-



Wednesday, January 18, 2012

kan best kalau ada kembar

bila masa aku sibuk menyiapkan segala kerja yang diberi, aku mula merungut. letih, malas, bosan berkumpul menjadi satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak kata macam mana. bila masa macam gini la aku selalu pk benda bukan-bukan.

aku selalu pk, kan ke bagus kalau aku ada kembar. boleh upah kembar aku buat semua kerja aku. tolong pergi jawab exam, tolong buat assignment, tolong keluar date ngan pakwe. kan heaven macam tu. dan aku pulak, boleh senang lenang tidor rehatkan otak. orang lain tak akan tahu mana satu aku, mana satu kembar aku. tiap-tiap hari menyamar pon tak pe lah kot. tapi tu lah namanya hidup, tak semua yang aku ingin aku mesti dapat. 




kalau aku berjalan kat memana, aku mesti teruja habes bila jumpa baby kembar. comel kot. orang kata, kalau kita inginkan sesuatu benda tu jadi kat kita, kita kena hadap benda yang kita inginkan tu selalu. jadi, aku nak anak kembar nanti....aku kenalah tengok gambar baby kembar selalu. ye tak? jom tengok sesame. mana tahu kot semua pembaca blog aku ni nanti dapat anak kembar. insyaAllah..


***********************************************************************






*************************************************************************

masa aku tingkatan tiga, masa tu nak amek exam PMR. nak tak nak, tetiba mak aku bagi sepasang adik kembar kat aku. memang lah aku nak menangis memula tu. mana tak, tahun tu la aku nak exam, tahun tu jugak lah mak aku nak buat anak. first day aku masuk sekolah adalah birthday adik aku si kembar tu. memang tak study mana lah sangat pon. alhamdulillah, berkat tolong mak jaga adik, result aku tak de lah terok sangat pon. hehe.

sekarang adik aku dah tujuh tahun dah. dah masuk darjah satu pon dah. semoga dia dilindungi dan dirahmati. kalau boleh, aku nak blog aku ni bertahan selama yang mungkin. biar bila si kembar besar nanti, dia bukak blog aku ni, dia sedar yang kakak dia ada mengumpat pasal dorang kat sini. haha.




nanti, kalau aku rajen-rajen aku tanya mak aku cemana nak dapat anak kembar. bila dah tahu, aku share ngan korang semua. hehehehehe.

peringatan: nak besarkan anak manusia bukan senang. bila besar, tolong lah jadi orang berguna. tak kepada orang lain, cukup kepada ibu bapa dan keluarga.



-peace yawww-



Sunday, January 15, 2012

PENCARIAN 100 BLOGGER MALAYSIA untuk PORTFOLIO SENI AA GRAPHIC



NAMA: AYUNI AYUNA
TEMPAT TINGGAL: KUANTAN, PAHANG
JOIN BLOG SEJAK: OCT 2010

entah apa yang merasuk, sekarang ni aku punya niat nak join banyak-banyak hal
biar lebih ramai kenalan, baru best nak merantau
encik adam punya hal pencarian blogger ni menarik hati aku
dah lah gambar manusia cartoon yang dia buat cantik-cantik
sesape nak join boleh klik kat banner atas sana tak pon kat SINI




aku maen petik gambar ni, boleh la ni agaknya



-peace yawww-


Saturday, January 14, 2012

pendrive pelik-pelik

tadi, aku buat sikit kerja aku. macam biasa, pakcik google diperlukan. kat pakcik ni la aku mintak macam-macam. kalau aku nak gambar ke, nak tahu sejarah ke, macam-macam lah. semua pakcik google tunjukkan.

nak dijadikan cerita, aku nak mencari barang-barang pelik. macam-macam kot terkeluar. yang tak sedap dipandang, yang sedap dipandang, semua ada la. jadi, aku tertarik dengan satu benda alah ni. jom tengok...!!

***********************************************************************













***********************************************************************

nampak?? pendrive bermacam jenis bentuk. aku tak tahu lah kot aku yang tak up-to-date. tapi, aku sendiri tak pernah terjumpa pendrive macam gini. pelik dan comel. 

bila cerita pasal pendrive, teringat zaman dulu. masa aku sekolah, aku amek aliran ICT. jadi, student ICT ni perlu guna pendrive. bapak aku belikan la. zaman dulu pendrive bukan macam sekarang, mahal nak tercekik kot. skang berpuluh-puluh hengget je pon dah boleh dapat. murah gila.

benda cute, tambah pulak murah. kualiti nak kira macam mana? haha. pendapat aku, pendrive sekarang cepat gila. kejap je dah rosak. baling bagi kucing makan baru tahu. 


-peace yawww-



Thursday, January 12, 2012

bila lelaki LALAI

Hari ni, aku nak kongsi bersama pembaca-pembaca blog aku pasal hal ni. Ini untuk kepentingan bersama. Untuk diri aku dan juga untuk diri korang. Aku dapat semua ni, masa aku baca sebuah buku yang aku pinjam dari seseorang.

Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.  Siapakah mereka?? Mereka ialah:




*************************************************************************

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Wahai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan menutup aurat? Bagaimana pula dengan pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.


2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?
Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syariat, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau akan terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Jika kau membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat. Kamu juga akan termasuk ke dalam neraka kelak.


4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. Kerana ibu juga insan biasa, tak terlepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


*************************************************************************

Lihatlah…..

Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”



*************************************************************************

aku juga manusia biasa
tak pernah ada yang sempurna
aku juga melintasi dunia yang sama
mencari sesuatu untuk dibawa ke sana




-peace yawww-



Wednesday, January 11, 2012

susah senang bersama





ketika air mataku berguguran
kau juga turut kepiluan
ketika senyumku tak lekang
kau ceria berpanjangan

ketika kesedihan bertamu
kau hiburkan semampumu
ketika lemah menyapa
kau ingatkan janji-Nya kepadaku

ketika kejayaanku tercipta
kau doakan redha-Nya bersama
itu lah kawan bukan di dunia sahaja
malah di akhirat jua


-peace yawww-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...