thank you followers

Thursday, February 16, 2012

CANTIK : BEDAK SEJUK

nak dijadikan satu entry baru. aku teringat dulu-dulu aku selalu tumpang tidor rumah cikgu sekolah aku. cikgu aku tuh pulak memang cantik orangnya. bodek punya bodek, aku dapat lah satu rahsia. rupanya selama ni dia pakai bedak sejuk. apa yang best, bedak sejuk tu dibuat sendiri.







tak nak lah nampak tak up-to- date sangat, aku pon nak belajar buat benda tu. senang memang lah senang, tapi makan masa. sekarang, aku nak share dengan semua orang yang datang baca kat sini. harap membantu lah ye.

******************************************************

CARA BUAT

mula-mula, korang pilih beras yang berkualiti dan basuh. rendamkan beras tu dalam bekas tertutup. aku biasanya rendam 4 bulan. kena tukar air dalam tempoh merendam tu.

dah tunggu selama 4 bulan, korang basuh beras tu. masa ni, beras tu dah tak berbiji macam beras biasa. akan jadi lembik. letak sedikit air dan penyek beras tu. kalau nak letak air mawar sedikit pon boleh jugak.

pastu, ambil kain batik bentang kan tengah panas. biasa aku buat, atas kereta mr bapak la. dah siap bentang, korang titik bedak sejuk yang dah dipenyek tu atas kain batik tu. saiz ikot suka hati je. tapi, jangan terlalu besar.

tunggu sampai kering dan keras, korang boleh ambil bedak sejuk. untuk simpan, korang boleh letak dalam bekas. biasanya, aku akan potong daun pandan letak sekali dalam bekas tu.


*************************************************************************

CARA PAKAI

ambil beberapa biji bedak sejuk. letak atas tapak tangan atau dalam bekas kecil. 

isikan sedikit air. godek-godek dan sapukan ke muka dan leher korang.

tunggu sampai kering. pastu dah boleh cuci muka.


*************************************************************************

KELEBIHAN BEDAK SEJUK


boleh menyejukkan kulit muka

boleh kurangkan minyak pada muka

boleh menyegarkan kulit

boleh mengecutkan jerawat

boleh menanggalkan sel kulit mati


*************************************************************************

korang semua boleh try buat kalau mahu. ada apa-apa nak tanya, tanya je. insyaAllah aku jawab. kalau sesape yang pernah buat, pon boleh kongsi kalau-kalau ada cara tambahan. selamat mencuba.


peringatan: kecantikan adalah hak milik setiap insan. tak kisah kau lelaki ke pompuan. dua-dua pon berhak.




-peace yawwww-




Saturday, February 11, 2012

handbag pelik-pelik

bila aku jalan-jalan kat mall, aku rasa bahagia sangat. bukan apa, banyak sangat benda comel-comel. bila terpandang, terus rasa nak beli. bila tengok harga, slow je aku letak balik. mahal gila..!! mana aku mampu nak beli barang-barang mahal macam gitu. 

orang macam aku ni suka ber-window shopping je. jamu mata orang kata. tak cukup dengan tengok live kat mall, kat uncle google pon jadi.

tengah aku tengok handbag, aku terjumpa beberapa ketol handbag pelik ni. jom kita tengok sesama...

******************************************************














******************************************************

sumpah aku rasa pelik gila semua handbag ni. kalau lah ada yang pakai handbag katak tu, jangan harap boleh dok dekat ngan aku. geli kot..!!! kalau sesapa yang suka kelainan, memang sesuai lah pakai benda macam gini kan.

ok, dah cuci mata dengan handbag bagai-bagai ni, jom komen apa yang korang rasa pulak. sekian.


-peace yawwww-



Friday, February 10, 2012

RESEPI : KEK BATIK

sebelom ni, aku dah bagi resipi dua jenis kek. semua yang mudah-mudah aje. ni lagi satu jenis kek paling mudah. budak-budak kecik kebanyakan memang suka kek ni, sebab rasa milo. orang tua macam aku ni pon, suka jugak  pon. ni kali ketiga aku ajak korang semua bergodek. hari ni, jom kita buat kek batik. 



************************************************************************

bahan-bahan yang perlu


1 paket milo kecik
1 tin susu cair 
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
2 sudu besar serbuk koko 
1 1/2 packet biskut marie 


cara-cara nak buat


mula-mula, korang masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk, kecuali biskut marie. bukak api kecik je, korang godek jangan berhenti. godek perlahan-lahan. tunggu lah sampai pekat. 

bila dah pekat, tutup api. campakkan semua biskut marie tu. godek sampai sebati. 

dah rasa sebati elok, boleh lah tuang ke dalam loyang. akhir sekali mampatkan, ikot korang lah nak menekan cara macam mana pon, asalkan mampat. masukkan dalam peti ais.


"KEK BATIK SIAP"
***********************************************************************

biasanya, kalau aku buat kat rumah, kejap je dah habis. adik-adik aku suka lah kek macam gini. mak bapak aku kurang minat kalau manis-manis ni. kalau korang kurang suka manis, kurangkan apa yang patut ye. kalau macam tak nak bagi rasa milo sangat, kurangkan sikit milo tu. tak jadik masalah punya. selamat mencuba.





-peace yawww-


Thursday, February 9, 2012

aiskrim luar biasa

petang tu, cuaca agak baik. nun jauh di langit, matahari mengambang tanpa segan silu. terik mentari makin aku rasa. badan yang tadi sejuk kini mula dibasahi dengan banjiran peluh. 

aku intai rumah jiran sebelah, terpandang dua tiga ekor kucing di dalam kandang. masing-masing tengah syok menjilat susu. aku manusia biasa turut dahaga tengok aksi si kucing-kucing tu. aku pusing-pusing kawasan rumah aku. 




tetiba, aku bunyi satu suara memanggil-manggil. uncle yang jual aiskrim paddle pop rupanya. tersenyum tebal aku. paham-paham je uncle ni dengan perasaan aku yang dahagakan aiskrim.

aku beli aiskrim sebatang sehengget, sesuai dengan keadaan kewangan aku yang tak berada nak stabil ni. sambil makan ice cream, sambil lepak-lepak kat kerusi rotan mak aku. syok jugak sambil dok online ni. mewah je rasa.

jadi, hari ni aku nak bukak cerita pasal ice cream. yang kita selalu makan, tak payah lah nak cerita kan. ni aku nak kongsi pasal ice cream yang pelik-pelik je. aku tengok pon, makin bulat anak mata aku. antara percaya dengan tidak je. jom usha............

*************************************************************************

perisa kari
perisa tomato
perisa lada
perisa salad
perisa ayam
perisa belut
perisa ikan
perisa kambing
perisa ketam
perisa sotong
perisa udang
perisa bayam
perisa kaktus
perisa bawang putih
perisa bunga tulip

*************************************************************************

wah..!! hebat gila dorang-dorang ni. habes segala benda nak dijadikan ice cream eh? aku rasa, kalau kat malaysia ni, tak dek lah lagi kot ice cream pelbagai macam gini. ke aku yang tak pernah jumpa?? untong budak-budak skang ni, keluar-keluar jek dah boleh makan ice cream sedap-sedap. masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu beli ice cream pop je. seposen sebatang. kadang-kadang tu, kongsi duet lagi ngan member pastu potong dua. 





jadi, tu je lah kot benda yang aku nak kongsi hari ni. sesapa yang baca ni, jangan pulak korang menangis konon mengidam nak ice cream macam ni. meraba pulak nak mencari kat malaysia. malaysia tak dek ni semua tahu.



-peace yawww-



Wednesday, February 8, 2012

CONTEST : I AM MALAYSIAN COOL BLOGGER



aku pon nak jugak ada gelaran malaysian cool blogger ni. jadi, join contest ni laju-laju. tak susah pon. tempek banner kat atas, like fanpage tuan contest, follow blog tuan contest, click churp-churp dia, buat satu entry, tag tiga memember yang ada dan hantar link kepada tuan contest ni.


sesape nak join boleh tekan je banner atas ni ye.



-peace yawww-



p/s : aku harap dapatlah tittle blog paling serabut tu. hehehehe


SEGMEN : Salam Perkenalan by Miss Banu


satu lagi segmen yang menarik minat. lagi satu hari nak tamat segmen ni. harap-harap aku ni tak dek lah kelambatan sangat. hehe.

kata-kata aluan kepada pengunjung:

assalamualaikum. selamat datang ke blog ayuni ayuna. terima kasih sebab datang singgah ke sini. korang yang singgah, sila lah tinggal jejak. supaya lepas-lepas ni, aku rerajin pergi mengomen blog korang. cerita kat blog sini, untuk korang semua. jadi, selalu-selalu singgah untuk baca kisah baru dari ayuni ayuna ye. thanks. selamat berkenalan semua. 


-peace yawww-



Segmen : Review Blog Kami



masa tengah tengok entry terbaru dari member-member blogger tadi. terperasan lah satu segmen ni. macam menarik saje. jadi, apa nak tunggu...terus join. bukan payah sangat, macam biasa ye. tampal banner, buat satu entry, follow tuan segmen, pastu hantar link. mudah dan cepat. ye tak? jadi, jom lah join ramai-ramai. 

sesape yang berminat, boleh ringankan tulang klik banner di atas.


-peace yawww-




pembalasan

apa yang kita bagi, itu lah yang kita akan dapat semula. itu kata orang. dan, aku percaya. kadang-kadang apa yang terjadi, tanpa disedari itu adalah pembalasan atas setiap perbuatan. 





KECEWA - ingatlah saat kau kecewakan seseorang
KETAWA - ingatlah masa kau buat seseorang ketawa
SAKIT HATI - ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang
MENANGIS ingatlah saat kau buat seseorang menangis
DIPERMAINKAN - ingatlah saat kau permainkan seseorang
TIDAK DIENDAH - ingatlah saat kau buat tak endah pada seseorang
MENYENANGKAN - ingatlah saat kau menyenangkan hidup seseorang



kalau aku rasa sedih, aku selalu teringat mak aku. mungkin sedih yang aku rasa ni satu pembalasan sebab dulu-dulu aku nakal teramat sangat. mesti dah banyak kali mak aku sedih sebab aku ni. hehehehe.


peringatan : setiap perbuatan kita, tak kira sedar atau tak pasti ada balasannya. cuma kita yang tak tahu bila masanya.


-peace yawww-



Monday, February 6, 2012

game berunsur lucah dan negatif

bab nak bagi pembuka kata entry ni, aku payah sikit. tak reti celah mana ayat aku nak kutip dulu. jadi, senang cerita aku teruskan dengan tajuk aku hari ni la. 

bagai disuluh dengan spotlight, tajuk aku kata atas sana berkenaan game berunsur negatif. yelah, masing-masing pon dah maju. hari ke hari, ada je yang baru dalam hidup ni. aku dapat rasakan kelebihan hidop dalam kemudahan teknologi yang tiada batas ni.

tapi, dengan teknologi yang tiada batas ni jugak boleh mendatangkan perkara tak elok sebenarnya. biasalah..!! setiap benda baik tu ada jugak terselit keburukan kan.







cerita hari ni, aku dapat dari pengalaman sendiri. datang dari dua adik kembar aku. sedang elok dorang dok layan game kat pc, aku terasa nak menjenguk. mula-mula aku macam tak paham sangat, bila aku hadap lama-lama baru lah aku dapat tangkap. nak terkeluar taik hidong aku oleh kerana terlalu terkejut.

ni, aku ada tolong mainkan sebab nak printscreen untuk korang semua. nak tengok game ni cemana, jom serbu gambar bawah ni.

******************************************************


 condoms dan hookah


vodka


porn magazine


porn site




******************************************************

apa yang aku paham pasal game ni. kiranya player akan dibagi satu bilik yang penuh dengan barang-barang. kebetulan, mak bapak si player ni akan datang jenguk bilik. dengan masa yang ditetapkan, player kena cepat-cepat sorok semua barang yang tak elok seperti gambar di atas. setiap kali naik level, jumlah barang akan bertambah. aku main sampai level 5 je, level seterusnya aku tak tahu lah kena sorok apa. semestinya semakin teruk.


kalau korang, tengok adik korang yang berumur 7 tahun layan game macam ni, apa korang rasa? masa aku tengok tu, aku rasa macam nak pecahkan je pc tu. tapi, pk-pk balik pc tu bukan seposen boleh dapat dua biji. ye tak??

aku tak rasa budak kecik perlu tahu semua pasal condom, pasal porn magazine, pasal porn site. apa jadah dorang perlu tahu semua tu. buat rosak minda je. 

bila aku pk balik, kesian jugak kat budak-budak sekarang. nak main kat luar rumah, bahaya dengan manusia seperti serigala. nak main dalam rumah, pon ada jugak bahayanya. ingat lagi tak entry aku BUDAK SEKARANG DAH TAK BEBAS? kalau tak baca lagi, sila baca ye.

jadi, sebagai orang yang lebih dewasa dan yang lebih tahu mana baik buruk kehidupan, kita selalu-selalu kena pantau apa adik-adik/anak-anak kita buat. sekurangnya, kalau dorang tersilap pilih jalan kita ada untuk tegur dan tunjuk apa yang betul. ye tak?

sesape yang ada pengalaman lebih kurang macam gini, aku jemput share bersama.



peringatan: kalau tak dijaga minda mereka, parah kehidupan kita semua. mereka generasi muda, bakal memimpin dunia. biar hati, minda dan jiwa mereka kekal bersih seperti sedia ada.




-peace yawwww-




Sunday, February 5, 2012

kicap lemak manis

awal-awal sem dulu, duit ketat-ketat bank. tahu-tahu lah kan, duit pinjaman baru je dapat, nak apa cakap je. petik jari semua boleh dapat. sebab duit ketat sangat kat bank, tiap-tiap hari atm tu tempat aku singgah. wang kertas RM50, aku tengok macam RM1 je masa tu. heaven wooo. 




makan sedap, pakai cantik, hidup pon selesa la. sempurna sungguh. duit dua ribu tu rasa macam dah boleh sara seumur hidup. nak beli tu, nak beli ni. semua yang ada depan mata, semua aku main rembat je. hari-hari dok makan kfc. kat jengka ni, kfc tu dah tempat orang kaya gila dah. tak de tempat lain yang paling best dari kfc. aku pulak, tiap hari berlagak kaya. kfc je selalu. 

duit makin lama, makin surut. belajar tak sampai setengah sem, duit dah tak cukup. aku dah mula gelabah macam orang sakai. makan pakai dah tak selesa. makan dah start kena catu. duit yang dulu ketat-ketat bank sekarang dah tinggal cipot. 




dulu, atm tu tempat singgah aku. sekarang atm tu tempat aku merayu. moga-moga duit aku bertambah. tapi, aku tahu tak mungkin lah akan berlaku semua tu. ye tak?

sekarang, dah akhir sem. aku makin layu. kalau dulu kfc tu makanan aku. sekarang, kicap yang dulu aku letak kat penjuru meja tu la pembuka selera aku. nak menyesal pon rasa macam dah malu. rasakan lah...!!




peringatan: kaya sementara je. ALLAH saje nak uji iman kita. silap guna, terbang lah semua nya. 


-peace yawww-



Saturday, February 4, 2012

maulidur rasul 2012

dalam dok busy teramat, aku tak nak ketinggalan buat sekeping entry ni untuk korang semua. agak lama aku tak menaip, skill pon macam dah terbang melayang. tapi tak pe, hari ni kita ringan-ringan je. 




sebelum melalot panjang-panjang, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua teman se-islam dan juga geng-geng blogger. marilah kita bersama-sama suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

terlalu banyak cara untuk kita mengingatkan kembali diri kita akan Rasulullah SAW. kalau masa sekolah dulu, aku pernah join NASYID sempena sambutan maulidur rasul ni. sape pernah dengar lagu ni?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

*****************************************************

seterusnya, benda paling mudah dan benda yang paling cepat kita lupa iaitu SELAWAT. tak panjang pon, tapi kita selalu pandang remeh. kan? kan? kan? bagi mengenangkan segalanya, berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. ia tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam.


Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim


*****************************************************


KELEBIHAN BERSELAWAT


1. Selawat merupakan satu amalan yang sangat dimuliakan oleh Allah Taala.

2. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

3. Menjadi penyebab hajat,doa dan amalan baik diterima Allah.

4. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

5. Boleh Menghapuskan kesalahan dan dosa.

6. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat serta syafaat Rasulullah SAW.

7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

8. Selamat daripada huru-hara hari kiamat.

9. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

10. Di kasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.


*****************************************************




ada banyak lagi ganjaran-ganjaran yang akan diberi. jadi, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW. mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

peringatan: dalam mencari harta di dunia, jangan kita lupa akan bekalan untuk diri kita di akhirat sana.


-peace yawwww-







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...