thank you followers

Thursday, February 9, 2012

aiskrim luar biasa

petang tu, cuaca agak baik. nun jauh di langit, matahari mengambang tanpa segan silu. terik mentari makin aku rasa. badan yang tadi sejuk kini mula dibasahi dengan banjiran peluh. 

aku intai rumah jiran sebelah, terpandang dua tiga ekor kucing di dalam kandang. masing-masing tengah syok menjilat susu. aku manusia biasa turut dahaga tengok aksi si kucing-kucing tu. aku pusing-pusing kawasan rumah aku. 




tetiba, aku bunyi satu suara memanggil-manggil. uncle yang jual aiskrim paddle pop rupanya. tersenyum tebal aku. paham-paham je uncle ni dengan perasaan aku yang dahagakan aiskrim.

aku beli aiskrim sebatang sehengget, sesuai dengan keadaan kewangan aku yang tak berada nak stabil ni. sambil makan ice cream, sambil lepak-lepak kat kerusi rotan mak aku. syok jugak sambil dok online ni. mewah je rasa.

jadi, hari ni aku nak bukak cerita pasal ice cream. yang kita selalu makan, tak payah lah nak cerita kan. ni aku nak kongsi pasal ice cream yang pelik-pelik je. aku tengok pon, makin bulat anak mata aku. antara percaya dengan tidak je. jom usha............

*************************************************************************

perisa kari
perisa tomato
perisa lada
perisa salad
perisa ayam
perisa belut
perisa ikan
perisa kambing
perisa ketam
perisa sotong
perisa udang
perisa bayam
perisa kaktus
perisa bawang putih
perisa bunga tulip

*************************************************************************

wah..!! hebat gila dorang-dorang ni. habes segala benda nak dijadikan ice cream eh? aku rasa, kalau kat malaysia ni, tak dek lah lagi kot ice cream pelbagai macam gini. ke aku yang tak pernah jumpa?? untong budak-budak skang ni, keluar-keluar jek dah boleh makan ice cream sedap-sedap. masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu beli ice cream pop je. seposen sebatang. kadang-kadang tu, kongsi duet lagi ngan member pastu potong dua. 





jadi, tu je lah kot benda yang aku nak kongsi hari ni. sesapa yang baca ni, jangan pulak korang menangis konon mengidam nak ice cream macam ni. meraba pulak nak mencari kat malaysia. malaysia tak dek ni semua tahu.



-peace yawww-



23 comments:

grOundnUt said...

perisa ikan tak leh blah..sama lah macam ni..^^'
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2010/09/ais-krim-ikan.html

alinac lover said...

hoho..perisa kari tu nak try

seyla said...

nk try sume rase ais krim tu..huhu

raihana said...

pelik nyer aiskrim nie..ish ish ish//smpai perisa ayam pon ader !

.: mama lynn :. said...

macam2 perisa tp halalkah ??? takut je cos labeling cina mari kan

Natasya Naslin said...

hye gorgeous =) BW here..

hmm.. mcm sedap ..
tapi kannnn.. perasa aiskrim KAKTUS?? apeka?? hahaha

ieyla_667 said...

terliur tengok pic eskem yang mula2 tu.. tapi yang bawah2 tu lagi best.. eskem kaktus? tercucuk anak tekak dek duri2 nanti :p

korang lahir tahun 80-an?90-an? zaman 'muda' dahulukala

cik dila.. said...

makaihhh..terliur seyh -.-

Cik Zaiey said...

wahh, byknye perise..tp bez ke??

M@W@R Q@SeH said...

huhuhu pelik2 lg la sy xmo mkn...

Fana | Aqim said...

banyak nye perisa yg pelik2..huhu..

mira maisara said...

wahaa.. eskrim lada? mahu terangkat kalao makaan tengah panas tu..wohoo

nasha adlina said...

perisa lada tuu sedap skali. hahaha

♥ Cik Zack's ♥ said...

tak sggup nk mkn aiskem perisa kmbeng. wuwuwuwu :D

atiqa aris said...

kat mne de jual ni??cm bes je lau dpt rase.hehe

Maya Zhang Ai Ly said...

heeeheee...nasib baik blm ada ais krim perisa belacan...

putra rz said...

wow...mcm2 perisa,,gempak ni

Dayana AZ said...

Wowwee!! :O perisa-perisa macam ni pun ada? agak2 apalah rasanya ek huhu..

With love,
Dayana AZ
www.herstoriie.com

Boni JLL3 said...

perisa kaktus?

Mohd Faiz Mazlishah said...

tak sanggup nk try dah lah xsuka makan eskrem

Anonymous said...

erkk pleknya aiskrim tu huhu.. 1st aku taw

Azee Hana said...

huishh...macam2 ade tuh..ape la rasenye ek..haha

abdul mujib said...

hahah power tol perisa ayam tandoori x da ka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...