thank you followers

Saturday, March 24, 2012

pakwe hangat di pasaran

orang lain bercinta, kau pon sibuk nak bercinta. orang bercinta dengan rakyat tempatan tambah pulak cap bumiputera, kau sibok nak kejar pakwe luar negara. ingat hot sangat lah tewww. haha. aku tak tahu kenapa, tapi trend bercinta dengan orang luar ni macam dah jadi perkara biasa dah di kalangan kita-kita ni kan.




kalau kat bukit bintang, bersepah aku tengok pompuan-pompuan melayu dikepit negro. ni memang kes panas tak reti-reti nak sejuk. dari dulu sampai sekarang, macam-macam kes yang ada. kekadang, macam pelik. apa sebab atau tarikan yang ada kat abang negro ni ek? sampai pompuan-pompuan ni sanggup kena kepit sebegitu??

jom kita baca sama-sama entry aku yang entah ke berapa ni. jempot ye semua.....

*************************************************************************

TARIKAN ABANG NEGRO

AYAT MANIS
katanya, abang negro ni romantik. ayat power-power. kasi sebaris dua, pompuan boleh layu. aku tak tahu kat mana logik-nya. lelaki melayu pon berlambak kalau nak yang romantik. siap boleh bersajak, bersyair dan berpantun bagai. tak cukup romantik ke.

MACHO
negro jarang jumpa yang kering-kering. kebanyakan badan ala-ala sedap ketol-ketol gitu kan. mungkin pompuan-pompuan ni rasa macam selamat kot bila dikepit celah ketiak abang negro dorang. orang kata, warna tak kisah, asal body shape power. 

BANYAK DUIT
fulus si abang negro ni tebal-tebal. sedap nak shopping bagai. lelaki melayu sengkek katanya. kalau dengan abang negro, nak apa main petik je. kalau dengan abang melayu, kena tunggu cukup bulan dapat gaji. 

HOT STUFF
dah tetiba hot stuff apa kebenda pulak kan. aku rasa, mungkin nampak macam ala-ala ber-prestij sikit kot kalau ada pakwe negro ni. nanti nak kenalkan kat memember boleh berlagak sikit. pakwe i orang luar negara tahu. zaman kan dah canggih ber-global gitu, pakwe pon mahu global jugak la.


HITAM MANIS
yang ni aku ada terbaca dalam satu keratan surat khabar. pompuan malaysia, katanya suka sangat kat lelaki yang ala-ala hitam gelap warna-nya. ok, aku boleh la terima sebab kalau putih sangat macam jambu manja gitu kan. tapi, kalau gelap sangat pon, malam-malam nampak gigi je yang putih. tak guna jugak.



*************************************************************************

bagi aku la, bukan tak boleh nak bercinta lain-lain negara ni. tapi, dalam zaman yang serba canggih ni perlu hati-hati sikit lah. lebih-lebih lagi yang pompuan-pompuan termasuk aku sekali. pastikan abang-abang hot tu betol-betol ikhlas. 

sebab, bukan satu dua kes yang melibatkan keldai dadah, rogol dan jual pompuan ni. dah terlalu banyak kes-kes pasal ni. jangan sampai nasi dah jadi mee kari, menyesal tak sudah nanti. diri sendiri yang merana menangis dalam hati. ingat tu..!!

tapi, tetiba aku ter-pk. buatnya mamat dalam gambar ni datang nak kawen dengan aku selepas bersunat, mampu ke aku menolak?? kehkehekeh...........





-peace yawwwww-



Friday, March 9, 2012

hadiah untuk pompuan

minggu lepas, aku berkesempatan untuk berehat bersama keluarga tercinta. setelah beberapa minggu tak pulang. alhamdulillah. sekarang, aku boleh duduk dengan tenang kat uitm celah hutan ni. menjalani sisa-sisa hidup sebagai student diploma kat sini. kurang dari sebulan lagi, aku akan merdeka-kan diri aku. tak sabar rasanya. dia punya feel sama macam tengah tunggu nak kena pinang jek. hari-hari dok tengok kalendar, pangkah-pangkah kotak kat kalendar sambil dok ulang ayat yang sama "habis final exam ni nanti, aku bebas. cepat lah masa berlalu..."....

ceritanya bermula masa aku lepak bersama family baru ni, mak aku paksa aku mengemas bilik yang tak de gaya bilik tu. bersepah tahap rumah tikus kata mak aku. tengah syok mengemas, tanpa aku sedar mak aku bukak satu kotak rahsia. dah lama aku simpan kotak tu. elok je aku letak atas almari baju yang tak berapa nak kukuh.

nak dijadikan kisah, mak aku keluarkan semua isi kotak tu. maka, bertaburan la atas katil. macam-macam ada. semua kenangan-kenangan aku, aku letak kat situ. senang cerita, kenangan cinta monyet la. dari aku sekolah rendah sampai lah aku habis sekolah menengah. semua barang aku dapat, aku kumpulkan sekotak tu. sampaikan kulit coklat pon aku boleh simpan, habuk pemadam si dia pon aku boleh kumpul letak dalam satu plastik kecik. poyo punya pompuan kan. betapa lah aku ni menghargai setiap pemberian orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku ni kan. haha.




dah..!! habes bukak cerita zaman romeo aku. kita beralih kepada topik utama kita hari ni. dah alang-alang aku terbukak cerita pasal barang-barang yang pernah aku dapat time aku bercinton dulu, jom lah kita kaji barang/hadiah apa yang perempuan suka sebenarnya.

sesape yang baca entry ni, senang. tak payah nak pk sampai ber-kelumumur kulit kepala tu. korang baca, pilih je yang mana, beli dan bagi kat insan awek-awek ni. jom kita usha bawah....!!! 

*********************************************************************

BUNGA
orang kata insan awek-awek dengan bunga ni memang dah ibarat isi dan kuku. yeke? aku tak de jawapan yang tepat untuk itu. yang aku tahu, memang ada yang suka bunga-bunga ni. lagi-lagi bunga ros. romantik katanya. berdasarkan cerita-cerita hindustan yang aku layan. warna bunga pon ada maksud tertentu. contohnya, ros merah melambangkan cinta dan romantik, ros kuning melambangkan persahabatan sejati. ada jugak yang bagitau, kalau nak bagi bunga kat insan awek-awek, bagi lah ros merah 3 kuntum. merah bermaksud cinta dan romantik, 3 kuntum tu pulak wakil kata I LOVE YOU. 



TEDDY BEAR
ni ala-ala kebudakan sikit, tapi masih nampak ke-comelan si insan awek-awek. rata-rata member aku yang aku jumpa, mesti ada membela beruang sekor dua. cute katanya. yela, kekadang kalau pk-pk, memang pompuan suka benda yang cantik, comel, cute. sesuai dengan naluri kita-kita ni kan. beruang tu la yang akan dipeluk tatkala diri kerinduan. beruang tu jugak lah yang akan ditumbuk tatkala ada perselisihan paham. tak gitu? 



CHOCOLATE
ada jugak insan awek-awek yang suka chocolate. tak kisah lah apa-apa pon, tapi mesti berasaskan cokolat. kek cokolat, eskrem cokolat, air cokolat. semua nak cokolat la. bukan apa, ada sesetengah insan awek-awek ni berpendapat chocolate ni mampu mengurangkan tekanan. 



PERFUME
satu lagi perangai insan awek-awek, sentiasa inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. kalau kemana-mana, insan awek-awek ni akan pastikan keadaan diri selalu dalam keadaan yang menyenangkan. cantik, manis, elok je mata memandang. tak lupa jugak, tambahan keyakinan melalui bau-bauan. bau anggur, bau strawberry, bau oren, bau durian. eh, durian?? ok, aku memain je.



BARANG KEMAS
kalau insan awek-awek yang selalu pk-kan masa depan, ni adalah top list hadiah kesukaan-nya. emas bukan calang-calang hadiah. harganya naik, tak turun-turun pada masa sekarang. lagi-lagi pulak kalau si dia bagi couple ring. rasa macam ala-ala drama korea gitu kan. contoh barang kemas yang selalu menjadi kesukaan insan awek-awek, rantai dan cincin. romantik sungguh.



BAJU
ni pantang. kalau diajak shopping, kebanyakan insan awek-awek akan gembira tersangat. lagi-lagi pulak kalau dihadiahkan pakai-pakaian. ni paling effective lah aku rasa. insan awek-awek akan selalu ingat kat si pakwe setiap kali pakai. ye tak??



NOVEL
rata-rata insan awek-awek zaman skang memang suka sangat ber-novel bagai. romantik katanya. yeke? jadik, boleh jugak dijadikan sebagai hadiah. bagi peminat novel, mesti insan awek-awek ni happy sampai lompat macam katak. 



*******************************************************************

tu je yang aku boleh senaraikan. insan awek-awek ni suka di bagi-bagi sesuatu. walaupun tak besar, tak mahal sekurangnya ikhlas mesti ada. aku rasa, hadiah ni sebagai pemanis hubungan. ewah!!

tapi, kalau aku lah kan...tak payah susah beli semua ni pon tak hape. cukup bagi aku makan sampai kenyang pon dah ok.

peringatan: jangan terlalu mengejar sesuatu yang bernilai. nilai ringgit itu, walau setinggi mana pon masih tak boleh nak ditandingi dengan nilai keikhlasan hati.


-peace yawww-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...