thank you followers

Wednesday, November 30, 2011

disember




hari ini aku tersedar kembali
aku lihat kiri dan kanan masih seperti selalu
lalu aku tunduk memandang lantai
aku kuis-kuis debu yang ada sama macam debu-debu dulu

kali ini
disember datang lagi untuk kali ke dua puluh satu
aku masih tak menentu masih lagi menapak mencari tuju
kenangan lalu aku cuba buang sejauh yang mampu
semoga aku bahagia dengan perjalanan hidup baru

disember 2008, semuanya bermula
tercipta aku sebagai insan normal tiada lagi kegelapan dalam jiwa
disember 2008, masa yang tak akan pernah aku lupa
dimana bermulanya titik permulaan aku sebagai ayuni ayuna

kalau boleh, aku tak mahu lari dari disember
disember adalah hujung tahun bagi orang semua
tapi tidak bagi aku kerana disitu sinar aku bermula




-peace yawww-


Tuesday, November 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # pet pet 2



ni nama dia bubble, spesis boa constrictor
kalau korang follow entry aku sebelom ni
mesti korang kenal ael kan
kalau tak kenal tengok SINI

-peace yawwww-


Monday, November 28, 2011

running man



aku tak tahu semua yang baca entry ni layan ke tak game show ni
bermulanya, member-member aku yang pengaruh
lama-lama aku rasa seronok dan terminat
game show ni memang tak pernah dibuat kat malaysia pon
yang aku suka sebab dia 'bawak' aku ke korea
dia ada lah selit-selit sejarah dan tempat-tempat kat sana
sumpah best gila
tambah pulak semuanya hensem-hensem tahap gaban gitu kan
setakat ni aku baru layan sampai episod 62
masa-masa aku terluang, aku layan benda ni la

sebelum aku terlupa, game show ni ada lagi sorang ahli
pompuan tau, cantik pulak tu
ji hyo
korang nak tahu, korang tengok sendiri lah



dalam game show ni aku paling minat mamat ni
jongkook oppa
gambar paling seksi aku bagi korang tengok
hehe

sesapa yang ada episod selepas 62 tu
tolong gitau aku


peringatan: nak layan game show ni, layan la. tapi, jangan sampai terabai perkara wajib ok. solat, belajar, tolong mak, macam-macam la. 


-peace yawwww-


Saturday, November 26, 2011

pompuan dan gitar

macam biasa, hujung minggu aku mesti balik rumah. awal-awal sem ni, masih belom banyak kerja. ada jugak masa nak cilok balik ke rumah. bila ada waktu lapang, aku mesti pergi lepak kat pantai. angin ala-ala romantik buai-buai perasaan aku. jalan-jalan kaki ayam sepanjang pantai tu, sambil-sambil maen pasir dan air. indah sebenarnya hidup ni, kalau kita betol-betol menghargai.

oleh sebab banyak masa aku luangkan kat pantai, banyak sangat lah adegan cinta yang aku tengok. kekadang, tersentuh jugak hati aku. lagi-lagi bila aku nampak sepasang kekasih ni ha. si pakwe maen gitar untuk si awek. punya lah santai, sambil jalan sambil nyanyi-nyanyi. sumpah romantik, bagi aku la.




memori yang secara tak langsung terukir dalam hotak aku, adalah gitar tu. bila balik rumah, aku tak banyak cerita sangat, terus rasa macam nak buat loan ngan mr bapak. rasa-rasa macam nak beli gitar satu. aku nak belajar maen gitar. tak kisah lah kalau orang kata lucu pon, aku peduli apa kan.

aku bukan apa, bukan aku nak kalahkan si yuna tu. tak pon. aku nak maen gitar bukan untuk tatapan semua orang. aku nak maen gitar untuk someone special. mestilah bakal suami aku. haha. entah apa la bakal laki aku buat sekarang ni ek?




entah-entah tengah dating ngan pompuan lain. entah-entah pon, tengah dok menaip entry sama macam aku. entah kan bila aku akan jumpa bakal laki aku, aku pon tak tahu. biar takdir menentukan segalanya. wahahaha.

tak ke rasa macam romantik gila? maen gitar untuk suami, sambil-sambil minum petang.



tak ke rasa macam sweet giler? maen gitar untuk suami, sambil jalan-jalan tepi pantai.



tak ke rasa macam happy? maen gitar untuk suami, masa berkelah bersama.



sumpah, aku rasa macam meroyan gilek. tetiba macam gini kan. ni semua gara-gara pasangan cinta yang aku jumpa kat pantai malam tadi. haish. tapi, tak ye tak...memang romantik kan kalau macam gitu. lagu pertama aku nak bagi laki aku dengar adalah lagu have i told you lately by rod stewart. 

tetiba anak aku pon lebih kurang aku. kecik-kecik dah belajar maen gitar. untong nasib boleh la ganti yuna. ye tak?




peringatan: cipta saat-saat bahagia selagi termampu. cari yang terbaik selagi ada waktu. 

-peace yawwww-


kota mekah ke kota madinah



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

*************************************************************************

masa sekolah dulu-dulu, cikgu akan ajar nyanyi. ramai-ramai akan nyanyi lagu ni. sekarang, belajar makin tinggi dah tak dek lagi nak nyanyi sama-sama. keadaan dah jauh berbeza. walaupun perkara di sekeliling kita dah terlalu banyak berubah, tapi kita tetap yang satu. 

manusia pon berubah. mungkin berubah hati, mungkin juga berubah perilaku. kita juga mampu berhijrah. dari kota hitam ke kota putih. dari lembaran jahat ke lembaran baik. setiap lembaran tu, kita sendiri yang memilih. dan, semuanya hanya kita yang mampu. hanya kita yang mampu....



-peace yawwww-



Friday, November 25, 2011

bila hujan membasahi bumi

di luar, langit yang cerah kembali kelam. rintik-rintik hujan kasar mengenai permukaan jendela berkaca. di hadapan cermin, lemah sahaja tasya mengirai rambutnya yang sudah pun panjang separas bahu. matanya terarah pada sepasang seluar hitam dan blaus pink yang terdampar di atas katil. kata-kata papa berkumandang di telinganya.

"tasya, pakai baju yang papa belikan tu ok. papa nak bawa tasya makan kat luar, hari ni hari jadi tasya. kita celebrate sama-sama ye..!!"

tasya kembali termenung panjang. tasya sendiri tidah tahu, kemana jiwanya terbang pergi. tiada lagi kebahagian dalam hidup ini. papa cuma pulang ke rumah sebulan sekali. mama pula, telah lama tinggalkan mereka sendiri. yang ada bersama tasya, hanyalah mak milah. orang gaji yang pangkatnya sebagai seorang ibu di mata tasya.

hidup tasya kosong. walaupun berada di banglo mewah. ada rumah besar tapi bagai hidup seorang di hutan sepi. ada papa tapi selalu ditinggalkan sendiri. ada mama tapi telah lama diambil pergi. 




*************************************************************************

hujan lebat membasahi tanah. sejak tiga hari lalu, wardah senyum tidak seperti selalu. senyuman yang terpamer sejuta keresahan. dalam hatinya, tanpa henti berdoa supaya cuaca kembali tenang. bukan mudah hidup sebagai anak nelayan. rezeki mereka bergantung pada cuaca. mungkin ada yang gembira bila titisan mula menitik pada pagi hari. tapi, bagi wardah hujan pada pagi hari sangat ditakuti. 

melihat wajah ayah di muka pintu, hatinya makin sayu. 

"wardah, masak bubur dulu untuk adik-adik. nanti jangan lupa, bagi mak makan sekali. ubat mak dah habis, nanti ayah usahakan untuk beli.."

ada sayu dalam nada ayah. tapi, ayah masih lagi tidak mahu mengalah. wardah segera ke dapur. sekilas, terpandang mak yang terlantar di atas tikar. bertambah sayu. sebagai anak sulung, wardah tak mampu melakukan apa-apa. untuk mencari kerja, tak sanggup rasanya. entah siapa yang akan menjaga mak. entah siapa yang akan tengokkan adik-adik.

tapi, wardah sedar. dia harus tabah. tabah untuk berkongsi kekuatan bersama adik-adik. tabah untuk terus berada di sisi mak dan ayah. selagi wardah mampu, dia akan menjaga keluarganya. walupun serba kekurangan, tapi dia lengkap bersama keluarga. 




*************************************************************************

di saat kita gembira, mungkin ada yang lebih gembira. di saat kita merana, mungkin ada yang lebih merana. kita bukan sesiapa, kita tak tahu kehidupan di luar sana. entah bergembira, entah berduka. yang kita tahu, bila kita susah...susah sesusahnya. tanpa sedar, ada lagi manusia yang lebih susah daripada kita.

kekayaan kadang kala tak memberi kita bahagia. kekayaan kadang kala membuatkan diri kita sepi tanpa sesiapa. kemiskinan pula kadang kala memberi kita sengsara. kemiskinan juga kadang kala membuatkan kita lebih semangat untuk menempuh segalanya. orang kata manusia tiada beza. bagi aku, memang manusia tiada beza. asalnya dari tanah yang sama. tetapi, manusia sendiri yang membezakan diri mereka. tak semua si kaya mahu menjenguk si miskin. tak semua si miskin mampu mengangkat kepala kepada si kaya.




...itulah lumrah kehidupan... 

peringatan: hujan mula turun. kita bergelak ketawa, gembira kerana cuaca dingin. tapi, kita tidak sedar akan tangisan mereka yang bergantung hidup untuk mencari sesuap nasi di lautan luas lagi sepi.

-peace yawwww-

Thursday, November 24, 2011

susu dari seorang ibu

bila cakap pasal breast, semua mata buntang...!! urat-urat badan semua nak jadi tegang. memang la ia sesuatu tarikan luar biasa dari seorang pompuan terhadap lelaki. tapi, jangan la nak negatif selalu. sekali sekala, perlu jugak positif dalam kehidupan. aku percaya, masing-masing pon ada mak. tak kisah mak korang jauh ke dekat ke. yang penting, korang semua pasti ada mak kan? kadang-kadang ada yang panggil ibu, mama, mommy, ummi dan sebagainya. walau beratus panggilan sekalipon, orangnya tetap yang satu. macam aku, aku panggil mak. 

hari baik cam gini, aku nak menyeru semua pembaca entry ni, supaya berterima kasih kepada mak bapak kita. terutama mak, yang bekalkan minuman paling berkhasiat untuk kita satu ketika dulu. mana tak kan, paling kurang korang akan rasa susu ibu dulu sebelum dikenalkan kepada susu-susu tepung yang sangat mahal di pasaran tu. jadi, hari ni kita layan kebaikan susu ibu ok.



*************************************************************************

susu ibu adalah penawar tebaik untuk bayi yang mengalami cirit birit, gangguan sistem usus, jangkitan saluran penafasan dan keradangan akibat virus pada telinga.

susu ibu mempunyai anti-mikrobial yang berfungsi utuk menentang bakteria dalam usus.

susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi.

selenium dari susu ibu pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan sel dan merangsang proses pembesaran baby.

susu ibu mampu mengembangkan organ baby terutama bagi baby pramatang ketika dilahirkan.

susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan perkembangan paru-paru yang tidak normal.

bila baby hisap dan serap lemak, hormon kolesistokinin yang akan mengaktifkan saraf akan keluar. hormon tu mampu mencetuskan rasa relaks dan mampu melegakan kesakitan. 

bila baby rasa kemanisan susu, persepsi kesakitan mampu berkurang kerana pengeluaran opioid dalam tengah otak baby.

sentuhan kulit ke kulit mampu menstabilkan tahap glukosa darah, suhu badan dan kadar pernafasan. 

melalui susuan juga, hormon tekanan mampu dikeluarkan. 

melalui penyususan juga, ibu mampu menurunkan tekanan darah rendah.

hubungan antara ibu dan baby makin kukuh kerana kebiasaannya ibu akan memegang erat sambil merenung baby ketika penyusuan.

sentuhan bibir bayi mampu merangsang saraf deria dalam puting ibu menyebabkan pengeluaran dua hormon dalam otak ibu iaitu prolaktin dan oksitosin.

prolaktin(hormom keibuan) membantu ibu untuk merasa santai dan lebih menyayangi baby.

oksitosin(hormon kasih sayang) akan menegluarkan susu dan juga mencetuskan perasaan gembira dalam diri ibu.

*************************************************************************

orang kata, kalau lama-lama guna susu ibu, anak tu akan jadi cerdik. yeke? mak aku kata, masa aku baby dulu, aku payah nak berhenti minum susu ibu ni. tapi, kenapa aku tak cerdik pon? hehe. tapi, memang seriyes, aku sangat-sangat rapat dengan mak aku. aku tak tahu lah ada pengaruh dari penyusuan ke tidak kan. mungkin ada lah kot. 

yang aku buat entry ni, hanyalah cebisan pengorbanan dari seorang ibu. banyak lagi pengorbanan beliau yang mungkin kita tak nampak. sedikit sebanyak, apa yang kita lakukan hari ni akan meninggalkan kesan dalam hati mereka. adakah kita semua cukup membahagiakan hati seorang ibu? kalau dulu, ibu susah-susah untuk kita. sekarang? adakah kita boleh susah-susah untuk dia? dok sorang-sorang, cuba renungkan tentang kita. 

air mata ibu mengalir disebabkan dua situasi. terlalu bersyukur kerana dianugerahkan seorang anak yang sangat baik atau terlalu kecewa memiliki seorang anak yang tak tahu menghargainya. korang sendiri boleh pilih, air mata mana yang korang nak dari ibu masing-masing.




peringatan: kita hanya ada seorang ibu yang melahirkan kita. perginya dia, tak siapa pon boleh ganti. sementara ada, tengoklah senyuman kebahagiaan beliau sepuasnya.

-peace yawww-


Wednesday, November 23, 2011

bibir seksi

setiap pompuan inginkan kecantikan tahap maksimum. aku tak kata orang lain, diri aku sendiri pon sama. tapi, aku rasa ada beza antara nak nampak cantik dan nak tunjuk kebodohan diri. nak cantik biarlah sekali dengan pakej tunjuk cerdik. dah lama aku nak buat entry cam gini. tapi, tak tertaip pulak. hari ni, lepas aku baca myMetro, aku nekad jugak nak buat satu entry. hari ni kita layan entry bibir seksi. ok?





aku terbaca, pasal pompuan ni dia ketagih cucuk bibir dia.  nak bagi nampak seksi la konon kan. dia kata, dia sangat minat watak kartun jessica rabbit. sebab tu lah, dia mencuba untuk menjadi seperti kartun tu. setakat ni, dia dah berhabis lebih kurang RM20 000. memang lah membazir gila aku rasa. duet sebanyak tu berhabis untuk bibir. kalau betol seksi aku tak kisah sangat. lagipon dia bukan guna duet ptptn aku pon. masalahnya skang, aku tengok dia tak seksi. macam seksa je bawak bibir cam gitu.





korang tengok gambar kat atas ni, rasa-rasa cantik? seksi? aku tak tahu nak kata apa. sebab aku rasa, tak kena dengan citarasa aku pon. kalau pon aku seorang lelaki, tak ghairah mana pon aku tengok. hehe.

bibir setebal ni pon, dia masih belom puas hati. mungkin dia akan tambah ketebalan bibir tu lagi. dia kata, dah cucuk 100 kali. dan, mungkin akan menambah lagi bilangan cucuk-cucuk tu. gila tak gila pompuan ni. menakutkan lah pulok aku rasa.

*************************************************************************

dah alang-alang aku buat entry cam gini, aku nak kata la sikit. kita pompuan, tak salah kalau nak cantik. biar cantik semula jadi, jangan dibuang atau ditambah apa yang telah ALLAH bagi. semua yang diberi tu, ada hikmahnya. jangan sebab nak nampak cantik, korang pulak jadi badot sarkas. mahu macam gitu? 

cuba belajar untuk menerima dan bersyukur. seriyes aku kata, semua pompuan itu cantik. yang membezakan kecantikan kita semua adalah dalaman kita. kalau cantik luar dan cantik dalam, itu adalah satu pakej yang cukup istimewa.





peringatan: cantik luar, tak cantik dalam pon macam tak guna. sucikan hati dulu, muka pasti akan berseri.

-peace yawwww-


Tuesday, November 22, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # comolot



kadang-kadang aku tertanya
memang budaya sekarang macam gini ke
senang sangat aku nak jumpa aksi gini
tak malu ke cemane entah


bahasa kita-identiti kita

semalam, aku rasa bangunan asrama aku bergegar semacam. tak lain tak bukan, semua sebab bola. aku punya la bengkak hati, mana tak kan. orang lain syok boleh tengok perlawanan bola. aku pulak, tanpa secebis tenaga, terbaring kat tilam bujang sambil hadap laptop. nak bangun memang tak daya. lima hari tak cukup tidor. pasal tak cikup tidor, nanti next entry aku cerita ok. tak muat kot nak sumbat bagai dalam entry yang satu ni.




ok. oleh sebab aku tak mampu nak kemana malam tu, aku online je. macam biasa. fb, blog, twitter. tiga tab cukup untuk aku menambah informasi baru. malam semalam, ramai gila orang yang buat liputan percuma pasal bola ni. tak sampai stengah jam, penuh kat home fb aku tu. macam-macam aku baca la. so, aku tak de la macam katak bawah tempurung sangat kan. aku tahu la indon score dulu. pastu malaysia menang. haha. tu je yang aku tahu.

yang aku nak jadikan entry hari ni, pasal semangat kita bersama. aku tak salahkan sesiapa kalau dorang begitu ghairah meng-update status berkenaan dengan bola kat fb tu. tu hak masing-masing. tapi, aku sedikit kecewa bila baca status cam gini. tengok bawah ok. aku bagi contoh siap.

*************************************************************************

"pukimak punya player. nak hentam sama sendiri pulak...!"

"sial!!! main serang-serang-serang. tapi, aku pasti, malaysia akan menang."

"babi la. kalau korang nak buat kecoh, buat lah. tu negara korang tapi jangan sentuh player malaysia mcm tu."

"fuck! fuck! fuck! i hate indonesian...!"

"adik aku menari lagi bagus dari jantan atas padang ni berlari. lembap..!!"

"malaysia macam tikos. indon gertak sikit dah sorok kepala. banggang."

*************************************************************************

aku rasa cukup la yang ni saje. aku tak ramai kawan kat fb tu. sebab tu, bila korang update status, berpuluh muncul kat home page aku. bila post yang best-best berbunga jugak la aku baca kan. bila dah macam gini bahasa, celah mana berbunga nak datang pon aku tak tahu. aku rasa kecewa la bila kawan-kawan aku buat cam gini.

aku tak kisah lah korang nak terasa ke tak dengan entry aku kali ni. kalau terasa pon, lantak korang lah kan. aku tak akan mudah kata "i'm sorry" kepada manusia yang cetek hati dan pemikiran macam korang semua.




sedar la wei. kita bukan third world country, kita dah maju. cuba pk cara orang hidop di negara yang maju. pk secara orang-orang pandai berfikir. tak nampak korang hebat pon bila korang memaki macam tu. kalau status tu berkaitan ngan life korang, aku tak nak sentuh jugak. tapi, ni pasal identiti kita sebagai rakyat malaysia. jangan nak jatuhkan nama negara sendiri dengan watak-watak negatif korang tu. serabot aku tahu.

bila kita dalam sesuatu majlis, kita mesti membawa beban iaitu nama sesebuah organisasi. macam semalam. kita sebagai penyokong malaysia, pastilah kita bawak nama negara kita. jadi, jaga nama negara elok-elok. ni tak, kat situ la nak memaki bagai.




peringatan: biar kita menang di padang dan juga pemikiran. jangan sebab menang di padang, moral kita hilang terbang melayang.

-peace yawww-


Thursday, November 17, 2011

hati lembu vs hati manusia





LEMBU: Aku makan rumput. Tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. Kita tak sama ok.
LEMBU: Yeke kita tak sama. Tuan tidur kat mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. Kau tidur dalam kandang. Mana nak sama.

kedengaran laungan azan



LEMBU: Tuan, itu suara apa ek?
LELAKI: Seruan azan mengajak semua orang bersembahyang.
LEMBU: Oh, macam gitu. Tuan tak sembahyang ke?
LELAKI: Errr....aku tak sembahyang.
LEMBU: La, kita sama geng la macam ni tuan.

beberapa minit kemudian



LEMBU: Eh, saya mahu ke surau ni. Mahu dengar zikir dan kuliah.. Sambil-sambil boleh makan rumput belakang surau tu. Untung nasib dapat tambah pahala. 
LELAKI: Untung lah kau lembu.... jalan dulu la ye. Banyak kerja la...

ish....ish....ish....ish....ish



Peringatan: selagi mana kau hidup dalam dunia ni, selagi tu kau perlu ingat kepada ALLAH. 

-peace yawww-


Sunday, November 13, 2011

blogger tempat berkhayal






dia kata blog ni tempat manusia berkhayal. aku panas tetiba. aku jeling dia kuat-kuat. tak sampai satu minit, aku tatap muka dia. dengan bibir terketar-ketar, aku lari masuk bilik dan tumbuk dinding. ya, itu cara aku melepaskan geram. kalau korang ikot kisah aku, korang mesti tahu. aku ni memang manusia yang tak tahu erti sabar. jadi, hari ni aku mahu rasa manisnya sabar. untuk itu, aku tenangkan hati supaya tidak menampar sepapan pipi yang gebu lagi berseri. 


aku berlari laju, bukan bermakna aku setuju. aku tak setuju bila dia berkata dunia blog dunia untuk orang berkhayal. untuk apa dia kata cam gitu? padahal dia tak pernah ambil tahu. apa itu blog, apa itu blogger. entah tahu entah tidak perkataan entry, backlink, follower dan sebagainya. sungguh aku ingin sembor marah aku pada dia. tapi, sepantas nya aku ambil laptop lalu ku tulis sebagai luahan hati sahaja. dan, ini hasilnya.


dunia blog ni nyata. dia wujud dalam dunia. sesiapa sahaja boleh melakukannya. tak kira kau tua, kau muda. malahan, tiada syarat tetap untuk si lelaki mahupun untuk si wanita. kita bebas disini. mahu menulis apa sahaja. ada yang memberitahu isi hati dia. ada yang mencerita pengalaman di dunia. ada yang memilih untuk memaparkan isu semasa. dan, ada jugak yang memilih untuk menunjuk kreativiti mereka. itu semua bagus, bagus untuk sesiapa saja. pada si blogger dan juga pada si reader. memasing ada kebaikan tersendiri.


aku bangga, disini aku mampu cipta alam kedua. alam maya yang aku tak kenal sesiapa. tapi, dengan ada blog ni aku ada masa untuk kenal mereka. yang mukanya cantik, yang mukanya hensem, yang duduk di ceruk kampung, dan ada juga yang tinggal di ibu kota. aku tak malu, apa saja kenangan aku, aku beritahu. aku tak kedekot, sedikit sebanyak pengalaman, aku kongsi bersama. aku tak mahu, bila dunia semakin canggih aku tetap berada di tahap ilmu yang sama. disini, aku juga mampu mencedok ilmu yang selama ini aku tak pernah tahu.


bila aku rindu, aku bercerita pasal kerinduan itu. bila aku marah, aku berkongsi kemarahan itu. bila aku sedih, aku mengisi ruang sedih itu dengan warna-warna dari blogger lain. siapa kata berblog ini tak berguna. bagi aku, blog ini adalah segalanya. tempat hati aku berkata-kata. mungkin di luar sana ramai kawan-kawan yang ingin berkongsi cerita. tapi, aku sedar cerita yang luahkan hanya cerita dari mulut sahaja. sedangkan hati diam tiada berkata. dengan blog ini, hati aku mula rasa bebas bersuara. 


aku tenang, tenang bersamanya. walaupun aku blogger, aku masih berada di bumi yang nyata. bukan di alam khayalan seperti yang kau kata. kau di luar sana, cukuplah mencemuh hal orang segala. kau tiada hati, kau tiada akal, kau tiada blog, itu kau yang rasa. jangan disebabkan kau, habis semua terkena. ah.! tempat manusia berkhayal kau kata? apa kau sendiri berada di dunia yang nyata? apa kau manusia yang tiada angan-angan, impian dan cita-cita? jangan mudah lihat keburukan manusia kerana kita adalah sama.





-sekian-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...