semalam, aku rasa bangunan asrama aku bergegar semacam. tak lain tak bukan, semua sebab bola. aku punya la bengkak hati, mana tak kan. orang lain syok boleh tengok perlawanan bola. aku pulak, tanpa secebis tenaga, terbaring kat tilam bujang sambil hadap laptop. nak bangun memang tak daya. lima hari tak cukup tidor. pasal tak cikup tidor, nanti next entry aku cerita ok. tak muat kot nak sumbat bagai dalam entry yang satu ni.
ok. oleh sebab aku tak mampu nak kemana malam tu, aku online je. macam biasa. fb, blog, twitter. tiga tab cukup untuk aku menambah informasi baru. malam semalam, ramai gila orang yang buat liputan percuma pasal bola ni. tak sampai stengah jam, penuh kat home fb aku tu. macam-macam aku baca la. so, aku tak de la macam katak bawah tempurung sangat kan. aku tahu la indon score dulu. pastu malaysia menang. haha. tu je yang aku tahu.
yang aku nak jadikan entry hari ni, pasal semangat kita bersama. aku tak salahkan sesiapa kalau dorang begitu ghairah meng-update status berkenaan dengan bola kat fb tu. tu hak masing-masing. tapi, aku sedikit kecewa bila baca status cam gini. tengok bawah ok. aku bagi contoh siap.
*************************************************************************
"pukimak punya player. nak hentam sama sendiri pulak...!"
"sial!!! main serang-serang-serang. tapi, aku pasti, malaysia akan menang."
"babi la. kalau korang nak buat kecoh, buat lah. tu negara korang tapi jangan sentuh player malaysia mcm tu."
"fuck! fuck! fuck! i hate indonesian...!"
"adik aku menari lagi bagus dari jantan atas padang ni berlari. lembap..!!"
"malaysia macam tikos. indon gertak sikit dah sorok kepala. banggang."
*************************************************************************
aku rasa cukup la yang ni saje. aku tak ramai kawan kat fb tu. sebab tu, bila korang update status, berpuluh muncul kat home page aku. bila post yang best-best berbunga jugak la aku baca kan. bila dah macam gini bahasa, celah mana berbunga nak datang pon aku tak tahu. aku rasa kecewa la bila kawan-kawan aku buat cam gini.
aku tak kisah lah korang nak terasa ke tak dengan entry aku kali ni. kalau terasa pon, lantak korang lah kan. aku tak akan mudah kata "i'm sorry" kepada manusia yang cetek hati dan pemikiran macam korang semua.
sedar la wei. kita bukan third world country, kita dah maju. cuba pk cara orang hidop di negara yang maju. pk secara orang-orang pandai berfikir. tak nampak korang hebat pon bila korang memaki macam tu. kalau status tu berkaitan ngan life korang, aku tak nak sentuh jugak. tapi, ni pasal identiti kita sebagai rakyat malaysia. jangan nak jatuhkan nama negara sendiri dengan watak-watak negatif korang tu. serabot aku tahu.
bila kita dalam sesuatu majlis, kita mesti membawa beban iaitu nama sesebuah organisasi. macam semalam. kita sebagai penyokong malaysia, pastilah kita bawak nama negara kita. jadi, jaga nama negara elok-elok. ni tak, kat situ la nak memaki bagai.
peringatan: biar kita menang di padang dan juga pemikiran. jangan sebab menang di padang, moral kita hilang terbang melayang.
-peace yawww-
No comments:
Post a Comment