thank you followers

Saturday, December 31, 2011

mungkin ada sinar baru






pohon itu melambai bahagia
aku yang mengintai turut serta
tersenyum sendiri entah kemana hilang duka
tahun baru, aku cuba mencari ertinya

kenangan lalu aku tak akan lupa
entah mampu entah tidak hati berkata
bukan aku mahu sandiwara
tapi akan ku cuba untuk berjiwa

aku tahu aku berdosa
aku tahu dosa ini membuatkan aku merana
ingin bercerita entahkan pada siapa
aku rasa tiada sesiapa boleh menyelami jiwa

kalau kau mampu, cuba berdiri sebagai aku
memang aku setuju untuk menukar jiwa
aku pasti kau tak akan berjalan laju
kerana hidup aku penuh dengan duka

aku ketawa bukan bermakna tiada air mata
aku suka bukan bermaksud tiada duka
aku menangis kerana aku kecewa
nasib diri tak secantik manusia yang ada

bagi aku, tahun baru atau tahun lama sama sahaja
tiada istimewa melainkan debar di dada
menunggu apa lagi cubaan yang akan ada
aku cuba untuk bersiap sedia

aku gagah di depan mata mereka
aku berani di depan semua
tahukah mereka?
dalam hati ini ada ketakutan yang tidak terkata

aku berpuisi bukan kerana apa
aku berpuisi hanya untuk melempiaskan rasa
melalui puisi aku mudah berkata
puisi aku melambangkan diri aku lebih dari mulut berkata

aku penat menjadi seorang manusia
bukan aku kata aku berputus asa
cuma aku mahu kehidupan yang tenang selamanya
itu sahaja azam tahun ini dan sebelumnya

semoga aku terjumpa dimana sinarnya
aku akan mencari sampai kan terjumpa


-ayuni ayuna-

Thursday, December 29, 2011

cinta tak dibalas





sesuatu yang terlupa
biasanya tak bererti apa-apa...
sesuatu yang ingin dilupa
biasanya sesuatu yang pernah dicinta...

namun, yang cinta itu tak mahu mempedulikannya
sakit memang sakit hatinya
dan itulah penyakit yang lebih berat dari biasa
ingin dia menyembuhkan penyakitnya
namun, kenangan bersama kekasih selalu membayanginya

memang sembuhnya sakit kepala
ternyata lebih mudah daripada
sembuhnya orang yang mabuk dilamun cinta
ia bagaikan terkena panahan di kaki dan tangannya
dengan kedalaman yang sungguh mengena
jika dicabut, terasa benar akan sakitnya
jika dibiarkan, terhambat setiap gerak langkahnya
sungguh sakit jika tak dihiraukan oleh yang dicinta



-peace yawww-



PENCARIAN BLOGGER AKTIF OLEH MIALIANA.COM


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


assalamualaikum
korang tak rase ke benda alah gerak-gerak kat atas ni cute??
disebabkan benda alah yang cute ni lah aku terpanggil untuk tengok-tengok
rupanya akak mia liana buat segmen
apa nak tunggu lagi??
aku teruslah join

untong naseb bertambah kenalan aku kat dunia maya ni
hai semua pembaca, jom join sekali join ni


-peace yawwww-


Wednesday, December 28, 2011

google translate punya hal

Farah taip surat ni, nak bagi kepada si pakwe. Nak sedapkan ayat, dia nak guna english. Dengan bantuan google translate lah kot. Nak tahu apa masalah dorang sampai nak berpisah bagai? Jom baca surat si Farah ni. Baca dengan penuh perasaan ye.... Jiwang ni wei...!!





*********************************************************************

Hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!! My friend speak you play three wood.

Now, i know you correct correct play three wood. So, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here. But, i always love where also i live….safe live……



*********************************************************************


ok, kalau korang jadi si pakwe, nak balas ke tidak surat ni? sebelom balas, korang rasa korang paham tak isi surat ni? aku suka kalau boleh bercakap dengan si Farah ni. dia berani kot. tak pandai pon, tapi masih berani. kita sebagai pendengar atau pembaca. 
kalau si Farah ni tersilap kat memana, WAJIB tegur. bukan MENGUTUK


"ENGLISH IS FUN"




peringatan: cuba menjadi pendengar yang setia walaupun ilmu yang diberi ada sedikit kesalahan. selepas mendengar, betolkan apa yang perlu. cara itu lebih bijak.



-peace yawww-


Tuesday, December 27, 2011

Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!




akhir-akhir tahun ni, aku semangat nak join segmen banyak-banyak. segmen ni pon menarik minat aku. jadi, aku pon join. sebab utama, banner dia kaler pink. aku tak suka pink. tapi, aku suka orang yang suka warna pink. haha. macam biasa, nak join segmen ada beberapa step mudah. 

******************************************************

Follow blog AKAK PINK

Buat Entri "Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!"

Letak Banner dalam entri

Tag dua orang dan pastikan dorang tahu

Bagi link kat tuan segmen ni

Like SANA dan SINI


*************************************************************************





*************************************************************************


-peace yawww-


SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL MEMFOLLOW :)








ada segmen yang menarik minat aku lagi. jadi, aku join la. segmen ni macam biasa jugak. senang untuk kita kenal lebih ramai blogger. senang jugak untuk kita jejalan dalam dunia maya ni. aku first time pon datang jenguk si tuan punya segmen ni. aku minat background music dia. haha. jom join ramai-ramai. tarikh tutup 30 disember 2011. nak tahu lebih? klik SINI. 


-peace yawww-



WORDLESS WEDNESDAY # semot hitam




keikhlasan memang sukar dilihat
sememangnya orang yang ikhlas tak akan riak
hanya orang yang mengejar nama bersorak-sorak
lihat dunia, dunia lihat kita
jangan sesekali terpedaya dengan mereka



-peace yawwww-



Segmen - 5 Blog Paling Diminati 2011..By Nizam Ijam




assalamualaikum semua. aku bukak entry ni dengan salam dan dengan penuh kegembiraan. hari ni, aku nak join satu segmen dari seorang jejaka bernama nizam ijam. ni dah kali kedua aku join segmen abang kacak ni. dalam segmen ni, nizam ijam nak kita semua listkan lima blog yang paling diminati. ok, aku akan cerita satu persatu ok. ni lima blog yang paling aku minat.


*************************************************************************


PENDAMBA MAWAR
pendamba mawar ni, aku kenal masa aku baru lagi masuk dunia blog. aku suka baca blog dia sebab ayat dia jiwang. hekhek. bila aku baca, rasa macam indah je sesaat dua. senyum-senyum gitu kan.




NIZAM IJAM
ni tuan punya segmen. aku suka sebab aku selalu tengok vlog dia. aku ingat lagi, first vlog dia yang aku tengok lagu pergi. terus jatuh cinta kat suara abang kacak ni. pastu, ada jugak hal berkaitan dengan blog yang aku tak tahu aku pernah tanya dia. dan, dia jawab elok-elok je soalan aku. yang paling best, nama blog aku ni pernah masuk dalam vlog dia. hoho.




FINAL HOPE
ni pon, aku kenal masa aku baru mula bukak blog jugak. dia bahasakan diri dia ABAH. aku suka abah sebab abah mesra dengan pembaca blog dia. dia banyak bagi tips jugak kekadang. dan, setiap kali dia buat segmen, mesti meletop-letop. 




ABANG TAM
ni pulak, bukan blog biasa yang kita semua pernah tengok. dia tak pernah promote blog dia tapi sangat ramai silent reader. lebih kepada cerita pengalaman hidup dia. dia dah bukak tiga laman blog, aku follow dari yang pertama sampai yang ketiga ni. aku tak nak bercerita lebih, sebab dia sangat hebat bagi aku.




APIH EL NINO
blog ni pulak, aku selalu baca dari dulu lagi. masa tu aku belom ada blog lagi. bila aku start bukak blog aku, aku takot-takot nak follow dia. entah apa yang aku takot pon aku tak tahu. satu hari, aku beranikan diri add kat fesbook. ha, sekarang dia salah seorang kawan aku dalam dunia maya jugak. 



*************************************************************************
kenapa pulak semua blog yang aku minat semua daripada blogger lelaki


dah aku pompuan. pompuan mestilah tertarik dengan lelaki. ye tak?? hekhek. jawapan sebenarnya, aku sendiri pon tak tahu. kalau pompuan lain lebih suka kepada blog yang ada tutorial pakai shawl atau mekap bagai, aku tak pulak suka benda macam gitu. jadi, ni lah diri aku dan ini lah jugak blog yang paling aku suka. walaupon aku tak komen entry dorang, walaupon aku tak banyak cerita dengan dorang. tetapi, ni lah blog-blog yang akan penuhkan tab-tab kat google chrome aku.




-peace yawww-





Monday, December 26, 2011

facebook aku kena kunci

aku tak paham kenapa ada hal ni. ni dah kali ketiga aku terkena. tetiba je facebook aku kena lock. aku dah pk apa salah aku sampai jadi macam tu. haha. mungkin kot facebook bengang sebab aku marah pasal facebook timeline suatu masa dulu.




ye tak ye, sekarang aku rasa facebook timeline ni berguna lah jugak. mahu atau tak, aku terus guna jugak pon facebook tu. tapi, bila dah gila facebook timeline, facebook tu pulak buat hal ngan aku. tetiba aku menekan nak komen memember, tak boleh la pulak. disuruh log in semula. bila aku log in, dia keluar macam gini.




nak dijadikan cerita, aku tak boleh la nak update status. tak boleh nak komen-komen. yang boleh, like-like-like sahaja. bukak facebook, tak update status rasa macam tak bermakna la pulak kan. haha. jadi, aku pon sambungkan talian twitter aku ke facebook. setiap kali aku update kat twitter, keluar la kat facebook jugak. kan cerdik cara gitu. 

tapi, aku masih jugak nak tahu kenapa facebook aku jadi macam gini. macam mana nak ok-kan balik. sesape yang tahu sikit-sikit, mintak tolong kongsi. dah naek meroyan aku kat sini pk masalah ni. 




-thanks yawwww-



Sunday, December 25, 2011

mangsa pasangan cinta

satu hari, member-member aku ajak aku pergi pasar malam. aku kalau bab pasar malam ni, satu je yang aku minat. makanan. yang lain-lain, memang aku cukup-cukup tak suka. dengan orang ribu riban, dengan pekikan suara orang jual buah. lagi pulak, pasar malam kat tempat aku belajar ni, memang ramai warga asing. abang bangla ada, abang indon ada, abang nepal ada. macam-macam jenis abang yang aku ada kat sini. 




tapi, disebabkan aku lapar gila masa tu. memang kena pulak dengan masa, aku tengah mengidam mee goreng kawah. aku pon ikot lah memember aku ni. tengah elok jalan-jalan cari makan, aku ternampak satu kelompok manusia, dok tengok menatang berbulu arnab. sesape yang follow blog aku, mesti tahu aku takut kucing kan. tapi, bukan setakat kucing je beb, aku takot semua haiwan berbulu. jadi, bila tengok arnab tu, semua urat aku jadi tegang. dah macam urat kena strok dah jadinya. tapi, berlagak cool la depan orang kan. aku tengok dorang excited gila baban. peluk si arnab tu, usap-usap si arnab tu. untong lah kau arnab, aku pandang je...

yang dapat menarik perhatian aku, bukan si arnab tu, bukan jugak memember aku tu. tapi, sepasang makhluk ni. aku tahu dia student tempat aku jugak. memang selalu aku tengok dorang berdua, kira-kira macam sweet couple lah ni kan. dia dok tepi belah kiri aku. memember aku pulak tepi belah kanan. aku kat tengah tu, takot tengok arnab lagi, geli tengok sweet couple tu lagi. dah memang macam askar masuk barisan, tegak je aku kat situ.




lama aku tegak kat situ, memember aku ajak sambung jalan. masa tu, sweet couple pon dah nak balik jugak. si pakwe tu beli sepasang anak arnab, dua rumah arnab. si awek tu memang lah nampak happy sangat kan. memang dari mula lagi aku dengar, dorang nak beli. si pakwe nak jaga arnab betina. si awek nak jaga arnab jantan. memang sweet sangat pon.

bila aku dah sampai asrama, aku terus buat entry ni. aku rasa sekarang memang trend lah kan. bila nak jadi sweet couple, main bela-bela binatang. dah ramai yang aku jumpa sweet couple macam gini. antara haiwan yang selalu jadi mangsa, jom tengok bawah...!!

*************************************************************************











*************************************************************************

untong lah semua binatang-binatang ni, dapat tumpang kasih sayang orang sedang angau bercinta. tapi, kenapa binatang ni je? kenapa tak bela katak ke, ayam ke, itik ke, ular ke. kesian binatang-binatang lain yang tak cukup kasih sayang. dorang pon nak belaian manja jugak.

nanti bila aku dah nak jadi sweet couple, aku nak bela kerbau la. sekor nama bobo, sekor nama bibi. boleh jadi jugak kan. kalau kekal sweet sampai bila-bila, untong la binatang tu. kalau terputus hubungan, macam mana? nak sembelih buat sate ke binatang-binatang ni? cuba jawab sikit.....




peringatan: kadang-kadang kita tak sedar, dalam kita bergembira ada yang merana. menjadikan sesuatu sebagai mangsa keadaan untuk memenuhi kegembiraan kita bukan satu jalan yang baik, walaupun ada ketika nampak macam romantik.


-peace yawww-



Thursday, December 22, 2011

seposen tak laku

masa aku kecik-kecik dulu, aku suka kumpul duit syiling. bila orang tanya kenapa? aku sendiri tak de jawapan. dah memang aku suka, nak buat macam mana kan. tapi, aku suka duit syiling seketol 50sen tu je. syiling lain, memang aku tak nak. kalau mak aku nak bagi sehengget, aku geleng-geleng kepala. bagi aku sehengget tu tak bernilai sangat, lagi pon sehengget kan duit kertas. tak macam duit 50sen seketol tu, walaupun kecik tapi padat dan berat. biasa lah, otak budak-budak kecik mana nak pandai sangat kan.



nak dijadikan cerita, mak bapak aku pon memang sokong lah dengan hobi aku ni. kekadang, dorang saje je bagi duit belanja sekolah aku 4 ketol 50sen. jadi, aku akan simpan la seketol tu masuk tabung. lama-lama duit aku makin banyak. banyak, banyak, banyak dan banyak sangat. tabung aku bukan macam tabung orang lain. aku guna tupperware mak aku je jadi tabung aku. masa tu, aku ada 2 tupperware yang penoh dengan ketolan 50sen. 




satu hari, mak aku nak pergi rumah tok aku. aku punya berlagak, aku bawak la semua tabung tu pergi rumah tok aku. sambil bercerita, aku tunjuk la kat tok aku. aku punya duit dah banyak. aku kata, nanti kalau dah cukup 10 tupperware ngan ketolan 50sen, aku nak hantar lah tok aku pergi mekah. tok aku senyum je. 

masa mak aku ajak balik rumah, aku dengan muka tak malu, mintak duit ngan tok aku. tok aku cari-cari, akhirnya dia bagi 10 ketol duit seposen. aku terus hentak-hentak kaki. aku kata, aku tak nak duit seposen ni. kalau kumpul duit seposen, aku tak kaya. lagi sekali tok aku senyum, dia peluk aku. macam ala-ala nak pujuk la kan. tapi, aku tetap hentak-hentak kaki lagi. tiba-tiba, dia ajak aku masuk bilik dia, dia bukak almari baju dia. masa tu, aku dah cuak jugak. aku pk dia bengang pastu nak kurung aku dalam almari baju tu.

bila tok aku bukak dia punya almari, aku terkejot gila baban. banyak gila botol air mineral yang besar tu. dah tu, semua botol-botol tu penuh ngan duit seketol seposen. aku dah terdiam masa tu. tok aku bagi satu botol kat aku. sebelom aku balik, tok aku ada pesan. 




duit seposen walaupun kecik, masih lagi bernilai. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi dua posen. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi sembilan posen. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi seratus hengget.

*************************************************************************

sekarang, bila aku dah besar, aku dah cerdik sikit. bila aku tengok duit, tak kira seposen ke lima posen ke, aku tetap nak. lagi-lagi duit kertas, tak kisah lah sehengget ke, sepuluh hengget ke, kalau orang bagi aku pasti rembat. 



setiap kali aku ingat balik kisah ni, aku agak terkilan lah. aku teringat kata-kata aku kat tok aku. aku nak hantar dia pergi mekah kalau duit syiling tu dah penuh tupperware. sekarang, duit syiling tu dah cukup tapi tok aku pulak dah pergi tinggalkan aku. tak sempat dia nak merasa duit syiling yang aku kumpul. 

disebabkan bank negara malaysia akan tukar wajah duit-duit ni, aku rasa aku nak pergi simpan bank separuh dari hasil kumpul aku tu. separuh lagi biar jadi koleksi. boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti. haha.

yang bahagian tok aku pesan tu, sampai sekarang aku tak lupa. pesan tok tu boleh diguna pakai dalam semua aspek. bila aku pergi mana-mana, aku mesti ingat. benda kecik tak semestinya tak penting untuk kita. jadi, aku cuba pandai-pandai menghargai segala yang yang kecik itu, pandang seriyes segala perkara yang mudah itu. 

aku tak nak terlepas pandang walaupun ianya adalah perkara remeh bagi orang lain. apa-apa pon, al fatihah untuk arwah tok aku.


peringatan: benda kecik, tak semestinya tak bernilai untuk kita. kadang-kadang, benda kecik ni lah yang menjadikan kita hebat sebenarnya.


-peace yawww-



Wednesday, December 21, 2011

pemandu bas terlampau

hari ni, aku dah mula cuti. tak lama sangat pon, lebih kurang seminggu je aku boleh lepak kat rumah ni. elok la dari tak dapat cuti langsung kan. perjalanan aku dari sana ke sini memang tak lama. tiket bas pon tak sampai 20 hengget. macam biasa, aku fobia naik bas. setiap kali naik bas, aku tak suka tidor. aku takot kalau-kalau bas tu terjatuh ke, tergolek ke. tak sempat la aku nak selamatkan diri. kononnya kan.





nak tak nak, fobia atau tak, aku terpaksa dok dalam bas tu lebih kurang tiga jam. sepanjang masa tu, aku langsung tak boleh nak tidor. walaupun niat sebenar memang nak tidor. tambah pulak, malam tadi aku tidor lewat semata-mata nak siapkan semua kerja-kerja yang aku malas nak angkut balik ke rumah. mata rasa macam berat semacam je. 

yang jadi tak best cerita, aku kurang suka dengan perangai pemandu bas tu. aku tak tahu la bas yang orang lain naik sama ke tak macam apa yang aku alami tadi. nak tahu apa yang jadi..? jom tengok bawah.

*************************************************************************




hisap rokok sambil bawak bas. sepanjang aku dalam bas tu, ada lah 7 batang dia petik




aku tak tahu lah kot si pakcik ni nak update status fb guna henset dia tu. kerap sangat




suka marah-marah. asyik nak maki orang je. kesian kenderaan lain


*************************************************************************

aku ni bukan nak banyak komplen sangat. bukan apa, sebab kerja dia tu perlu sikap tanggunggjawab yang tinggi. sebab, driver tu bawak agak-agak 30 orang penumpang. jadi, 30 nyawa yang dia pegang. tersilap langkah, semua nyawa boleh hilang. sekarang ni, macam-macam berita yang tak best kita tengok. langgar sana, langgar sini. tak nak la nanti, salah sorang dari yang kita kenal jadi mangsa.

aku tak tahu nak kata apa, nak tegur rasa macam payah. yela, orang muda nak tegur orang tua. mesti tak menang kita punya lah. jadi, sebelom aku turun tu, aku kata terima kasih kat pakcik tu. naik bas yang pakcik bawak ni macam naik roller coaster pon ada rasanya. best tapi seram sejuk sepanjang masa. aku tengok pakcik tu dah bertukar wajah, cepat-cepat aku turun bas. 

harap lain kali aku tak naik bas pakcik tu lagi. hekhek.

peringatan: bahaya ada dimana-mana. tapi, sebagai manusia yang berakal kita mampu untuk mengurangkan risiko bahaya. tak gitu??


-peace yawww-



Tuesday, December 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # pelangi



Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini.

TETAPI

Hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.


-peace yawww-


Thursday, December 8, 2011

kasih sayang bukan wang ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak perempuan yang berusia tujuh tahun di muka pintu.




“Ayah, boleh tak adik tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Adik saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“RM20 sejam.”

“Oh…”, kata si anak sambil tunduk menekur lantai. 

Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak adik pinjam RM10 daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”.




Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah RM10 ni,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan 10 keping duit RM1 yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini adik kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Adik minta lagi RM10 sebab duit yang adik ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.




“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Adik sudah ada RM20. Ayah ambil duit ni. Adik nak beli sejam dari masa ayah. Adik nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu….




Peringatan: Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka. 

-peace yawww-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...