thank you followers

Friday, September 30, 2011

kisah lima blogger hebat

tersebutlah al-kisah lima blogger yang bersahabat baik bermula dari dalam perot ibu lagi. bukan nak kata apa la kan tapi dorang ni memang kamcing sangat la. tiap-tiap hari dok update blog. blog dorang masing-masing dah gempak. blogger hebat la katakan. dah cipta nama masing-masing. di kalangan blogger, dorang ni memang juara. 



nak sedapkan cerita, dorang lima orang ni ada karakter yang berlainan. sorang ni lembot, sorang lagi garang, sorang lagi pulak malas, sorang ni pulak manja, dan yang last ni pulak rajin. 



nak buat cerita ni bertambah menarik, aku lupa nak bagitau korang semua. dorang ni kembar siam dan seiras tau. jadi, dorang berlima ni melekat la setiap masa. mana-mana pergi mesti berlima, tak pernah terpisah walaupon sesaat. jadi, bila dah macam tu, banyak la hal yang timbul. 



bila yang lembot nak post entry, yang kuat malas ni tak bagi. bila je yang malas ni selalu sangat malas, yang garang ni pulak marah. bila dah yang garang ni dok marah, yang manja ni pulak menangis tak henti-henti. 



masalah dorang ni berlarutan dari hari ke hari. masing-masing nak tunjuk hebat. dalam masa yang sama, yang rajin ni tak banyak cakap pon. dia diam je, tak masuk campor langsung dengan hal empat lagi kembar dia yang lain tu. dia duduk elok-elok, hadap  laptop sambil layan entry aku ni haaa. RAJIN la katakan................ hehehehe....







terima kasih sebab sudi baca blog aku yang hitam dan tak seberapa ni
aku sayang korang semua



kau CANTIK. kau MENARIK. TAPI kau SONGSANG

sesetengah orang ni memang cukup-cukup romantik. tak kisah pompuan ke lelaki. aku memang suka sangat tengok orang manja-manja ni. bagi aku, manja tu seni yang aku sendiri tak ada kelebihan tu. aku pernah cuba untuk jadi romantik dan manja. tapi, haram..!! sebijik macam pondan tua gaya aku. aku tak sanggup nak ulang perbuatan tu lagi. ok. kat sini, aku tak nafikan, memang sweet la tengok orang bahagia macam tu. tapi, kadang-kadang romantik dan manja tak bertempat boleh buat aku nak termuntah beb. 

cerita hari ni, pasal LESBIAN. khas untuk mana-mana manusia yang terjebak dalam dunia ni. aku bukan nak kutuk, nak sembur atau nak mengumpat. cuma, nak meluahkan rasa terpendam. mana tak, aku pergi mana-mana mesti jumpa manusia songsang ni. aku tak tahu la ni trend terkini ke apa kan. tapi aku rasa, memang golongan ni dah makin berkembang dah. makin menjadi-jadi. kalau berjalan kat mall, bersepah jenis songsang ni. berpelok berciom dah biasa dah. dorang yang buat, aku yang malu lebih. biadap betol..!!



merujuk gambar di atas, korang rasa sweet tak? celah mana yang datang sweet tu aku pon tak tahu. cuba korang bagi aku paham, mana datang sweet tu. dorang ni songsang wei..!! macam mana kisah cinta dorang pon aku tak paham. masing-masing ada benda yang sama je pon. nak tahu apa lagi kan? nak je aku pergi temubual pasangan songsang ni. apa dorang rasa? macam mana cinta dorang tu berputik? yang mana satu pompuan? yang mana satu lelaki? apa rancangan dorang untuk masa akan datang? nak kawen bila? nak anak berapa orang?  soalan-soalan tu sentiasa ligat dalam hotak aku. nak pergi tanya, tak pasal-pasal dorang pk aku orang gila pulak kan.

ni ada satu kes pernah jadi kat aku sendiri. satu hari, aku balik asrama lepas ada perlawanan hoki. masa tu musim cuti sekolah. so, tak ramai la orang kat asrama masa tu. tinggal team aku dan ada lagi beberapa team hoki dari sekolah lain. sebab letih punya hal, mandi tak segala tak, aku terus je terbongkang atas katil tanpa cadar tu. nak dijadikan cerita, ada sorang penkid ni datang baring sekali tepi aku. aku ngan dia boleh dikira rapat la jugak la dari hari mula dia datang daftar kat situ. tapi, aku punya rapat setakat member je pon. tak sangka pulak dia pk jauh gila khinzir macam tu. slumber hotak dia je mintak bukan-bukan. nak ringan-ringan segala. memang makian la jawapan dari aku kan. dan-dan masa tu jugak aku tolak terus dari katil aku. bedebek!! jatuh tergolek atas lantai. geli geleman seluruh badan aku. ada ke patut nak buat hubungan terlarang dengan aku. silap pilih orang betol la. iman aku masih kuat lagi la wei..!! haha. dia rasa dia hebat ke buat aku macam tu?? habis tu, sampai ke sudah aku tak tegur dia, pandang pon loya tekak je. sampai hari ni, aku anti orang songsang...!! trauma pon ada kot.



tapi, kalau korang semua perasan la kan. golongan penkid ni biasanya cun-cun kot. muka sedap-sedap nak pandang je. kalau la betol-betol jadi pompuan sejati, mesti cun gila baban lah. mesti beratur punya mamat-mamat nak usha. tapi, silap jalan betol dorang semua ni.  dah elok-elok keluar sebagai pompuan, nak tukar-tukar jadi lelaki pulak. nak tarik ke jalan asal pon, jiwa dorang memang kental. yang aku tak boleh blah, elok pulak sepasang tu boleh jumpa geng sesama songsang. aku tak boleh bayang macam mana permulaan hubungan dorang. mungkin ke macam ni...

abot- "hai..!! i nak tanya you, you jawab betol-betol ok. you songsang tak? i songsang tau...."

siti- "hai....i pon songsang la. you ni, malu la i macam ni...."

abot- "ok..mulai sekarang, i boyfriend you. you pulak girlfriend i tau?

siti- "sweettttt nye....i dah ada boyfriend baru...."



sumpah macam sial la. aku tak paham..!! tak paham...!!! punya berlambak, berlonggok-longgok jantan kat luar sana, yang sama jantina jugak kau pilih. tak tahan lagi, yang sorang tu 24 jam nak control macam jantan, yang sorang lagi pulak konon pompuan melayu terakhir sangat lah. peluk sana, peluk sini. pegang sana, pegang sini. jangan nak songsang sangat la wei. pada pandangan aku la, orang macam ni sangat nampak kebodohan dalam diri mereka. pelik memang pelik la.

aku harap sangat, golongan ni semua cepat-cepat hapus dari muka bumi ni. berhenti la semua perangai songsang ni. sekurang-kurang nya boleh la mengurangkan suhu dunia. sebab terlalu banyak maksiat sangat la dunia ni panas, tak reti-reti nak sejuk. dunia pon dah tak mampu nak tampung dosa-dosa kita kot. cuba-cuba lah mengurangkan dosa masing-masing. jadilah orang romantik dan manja bertempat. 

peringatan: jangan buat kerja sia-sia. dah la salah dari agama, bertentangan dengan budaya pulak tu. jangan nak tiru omputeh sangat la. dorang bebas buat apa je, kita ni ada hukum hakam yang perlu dijaga.

-peace yawww-

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # luka berdarah



sumpah aku nak pengsan
tapi
orang kata hati terluka lebih sakit
boleh percaya ke?


Monday, September 26, 2011

hati ini tak salah



aku tahu hati ini tidak salah
diri kita pun tidak pernah berubah
mungkin juga kita selalu bertegah
namun rasa cinta kita patut boleh dimegah

walaupun kau terbang jauh nun disana
hati ini tetap berkata, kau masih bersama aku
aku tahu hati ini benar bila berkata
aku hanya untuk kau dan kau untuk aku

dah bertahun kau terbang bersama yang lain
aku hanya mampu melihat dari sini
pun begitu, hati tetap berkata kau tiada yang lain
aku terduduk letih melihat kau terbang ke sana sini

suatu hari kau datang mencuit hati ini lagi
aku kaku  setelah bertahun baru kini kau kembali
perlu kah aku berdiri, berlari dan terima kembali
aku masih takut jika aku ditinggalkan lagi

 jawapan hanya pada aku, terima atau sebaliknya
aku mungkin pohon tempat kau singgah
aku tahu dalam hati ini masih ada cinta
tapi itu tak mencukupi..!! aku tak mahu menyerah

dengan langkah lemah, aku kuatkan jiwa
jawapannya sudah ada, sudah pun ku susun rapi di bibir
aku tak mahu kerana cinta aku yang merana
maafkan aku...!! mungkin aku bukan pencinta yang tegar


Sunday, September 25, 2011

jantan macam kelapa

jantan macam kelapa. makin tua makin best orang kata. aku tak berani nak kata apa, sebab tak pernah nak rasa. tetttt. ok. 

bapak kau 50 tahun. mak kau 45 tahun. laki kau 40 tahun. kau 20 tahun. apa celop?? biar benar?? sial habis ni... kawen ngan kelapa tua. aku tak nak!! aku tak nak!!



tapi, orang selalu kata, cinta tu buta. cinta tu tak mengenal usia. tapi kan, kalau dah beza 20 tahun, celah mana yang tak kenal usia nya?? kau gila ke....

aku tak paham macam mana pompuan-pompuan moden ni boleh terpikat ngan kelapa tua?? aku dah cari sebab-sebab akan hal ini di merata tempat, termasuk la dalam almari dan celah-celah buku aku. langsung, tak dapat jawapan pon. aku mula blur. tak tahu nak kata apa.



apa pekdah zaman moden cam gini nak kawen ngan kelapa tua? bersepah jantan kat luar sana menanti si dara jelita. yang si dara pilih kelapa tua kenapa? idea untuk menulis entry ni datang tiba-tiba. setelah secara tak sengaja aku tengok sepasang kekasih bermesra. pompuan ni jelita, sambil manja-manja dengan kelapa tua. mandi pantai pulak tu. boleh bayang kegelian aku macam mana? haaa....ewah..!!

apa faktor utamanya?? jom kita cari sama-sama.......

************************************************************

FAKTOR HARTA
aku rasa pompuan moden ni nak duit je. yela, kelapa tua biasanya dah ada kewangan yang kukuh. ada asset yang tetap. paling cikai, kereta sebuah, rumah sebuah, duit dalam bank pon cukup untuk hidup. kerja, memang sah-sah kerja tetap punya, siap tunggu nak pencen je lagi. jadi, pompuan moden akan pilih kelapa tua dari kelapa muda. apa barang, kelapa muda baru je nak melangkah mencari rezeki kot. mungkin pompuan moden rasa tak terjamin. kan??



FAKTOR RUPA
aku tak rasa pulak ni sebab utama. sebab, biasanya kalau dah dipanggil tua...memang beruban punya, tambah sikit ada misai, perot boroi segala. tak sexy langsung. mungkin jugak sebab taste aku tak sama dengan pompuan moden. tapi, kan dah kata...cinta tak mengenal rupa. ceh!!



FAKTOR PENGALAMAN
yang ni part paling best. aku suka nak huraikan part ni. orang tua kan lebih dulu makan garam sebelum kita. so, pompuan moden ni perlukan bimbingan dari yang lebih tua lah kot. sebab tu pompuan moden mencari-cari si kelapa tua. paling kurang, kelapa tua ni romantik. ala, mana tak nya...entah dia duda anak sebelas ke. memang la dia dah tahu nak buat hati pompuan cair kan. kalau tak reti, tak kan keluar sebelas anak tu. kan? kan?



FAKTOR KENDIRI
ni pon satu. aku suka jugak. faktor diri sendiri/kendiri. pompuan moden pilih kelapa tua ni sebab memang dorang dah miang sangat. gatal nak kahwin sangat dah, takot jadi anak dara tua, nanti market turun. memang lah kelakar pulak aku rasa. kalau ye pon takot jadi anak dara tua, tak de jantan macho lain ke yang boleh korang cari selain kelapa tua.. adoyai..!!



***************************************************************

ok, empat faktor yang aku mampu fikir buat masa ni. nanti kalau ada yang nak tambah, aku tambah lagi ok. kalau korang rasa ada faktor-faktor lain, sila share bersama eh.

sebelum aku stop main tonyoh-tonyoh keyboard ni, aku nak tanya si pompuan-pompuan ni. nak ke korang ngan kelapa tua...?? hehe.....lalalalala....



peringatan: jantan-jantan perlu bertindak dengan lebih agresif untuk menambat hati pompuan tau. muka hensem-hensem, apa celop kena tinggal ngan makwe.... haha.

-peace yawww-

Saturday, September 24, 2011

menyesal lepas nafsu

matahari mula naik tanpa segan silu. tengahari tu, cuaca sangat cantik. tak panas sangat, tak mendung sangat. aku usha ke langit biru. menarik, sekawan burung merak sedang terbang laju. entah kemana hala tuju mereka, aku pon tak tahu. 

niat hari ni niat nak berehat-rehat dirumah terpaksa dibatalkan. oleh kerana cuaca yang agak best, aku tak mahu terlepas dari melakukan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental aku. duet dalam jeans lusuh aku masih tidak terluak, baru sebentar tadi mr. bapak bagi. tersenyum penuh dengan makna.  

hembusan angin dari tadi tak berhenti menyapa pipi aku yang tak berapa nak gebu. tiupan angin datang lagi, menembusi ruang-ruang benang baju. aku berdiri di halaman rumah. memejamkan mata, cuba mengambil feel hari yang indah itu. seraya itu aku menghela nafas, "aaaahhhhh...", sungguh penuh dengan rasa-rasa seronok. bunga ros yang hampir layu kulihat segar dari biasa. indah nian.



aku melangkah masuk kembali ke teratak keluarga aku. aku bersiap ala kadar. tudung oren kesayangan aku, aku lilitkan dikepala, sungguh sesuai dengan baju yang merah menyala. ya, aku mengaku, memang aku gagal dalam fashion. aktiviti hari ni memang dah lama aku tinggalkan. sanggap jugak lah. jom follow cerita aku pegi shopping....~

************************************************************************

hari tu, macam-macam lah aku shopping. boleh kata lengkap lah untuk aku teruskan hidup. dari hujung rambut sampai ke hujung kuku jari kaki. semua ada. dari yang pakaian luar ke pakaian dalam. segala hal, tak tertinggal langsung. puas memang puas la kan. kebetolan pulak masa aku pergi tu, harga runtuh sana  sini. duet mr. bapak ditambah dengan duet pinjaman PTPTN aku. memang heaven lah kan. tok sah nak cakap. aku main ambil je apa aku nak. macam mall tu nenek aku yang punya dah rasa dalam hati. 



hala ke petang, pukul 6.35 gitu-gitu, aku dah kehabisan tenaga. shopping bagai nak gila, masa berlalu tak rasa lama sangat pon. nak tak nak, terpaksa la balik. dengan paper bag yang penuh kiri kanan tangan aku, dengan peluh menitik-nitik lagi. aku menuju laju ke kereta. dalam hati, sungguh tak sabar nak sampai rumah, nak limpahkan semua ni atas katil aku. haha.~

******************************************************************

dah sampai rumah, aku terus masuk bilik. mr bapak yang tenang depan tv pon, slumber je aku abaikan. tak buang masa, aku terus hempas buntot ke katil. terbaring kelesuan. 10 minit lepak situ, aku bingkas bangun, terus aku limpah segala macam yang aku shopping tadi.

ewah! senyum bangga lah kot. aku lah paling happy dalam dunia untuk hari ni. memang dah tak de siapa-siapa yang lebih happy dari aku. megah macam kutu babi je aku rasa. 

..............belek punya belek punye belek............

terjumpa purse lusuh aku dicelah-celah baju baru yang aku baling awal-awal tadi. hal pertama yang aku perasan, purse aku tak lagi kembong macam awal pagi tadi. no hal lagi. aku bukak purse tu, memang terbeliak bijik mata aku. dan-dan wang kertas RM50 sekeping dan RM1 tiga keping.

siot..!!

termenung jap aku ngadap katil yang berlimpah-limpah dengan barang aku shopping tadi. dengan paper bag yang berterabur macam rumah tikus dah. aku rasa macam aku menyesal la pulak. entah setan mana yang rasuk aku hari tu pon aku tak tahu. apa motif setan tu masuk dalam badan aku pon, aku tak tahu jugak. mungkin setan tu dah lama geram nak shopping kot. so, mangsa yang paling hebat adalah aku.



masalah sekarang ni, macam mana aku nak teruskan kehidupan dengan duet yang tak banyak tu? boleh ke aku hidup dengan makan baju-baju yang aku baru beli tadi? sial sungguh.. menyesal, menyesal, menyesal.....!!!!

kalau nak kata tentang penyesalan. aku lah manusia paling menyesal dalam dunia ni. hari ni, aku rasa tak de dah orang lain yang paling menyesal selain dari aku.  terus aku rasa macam tak nak hidup. masa tu, belom lagi bersoal jawab dengan mr. bapak. dengan mak aku satu hal pulak nanti. memang basah la ketiak aku dengar dorang ceramah.

terus, dengan langkah berani mati, aku menuju ke arah pintu bilik aku. aku bukak, lalu tengok ke kiri dan ke kanan. kurasakan dunia selamat, aku masuk balik, tutup dan kunci pintu bilik kemas-kemas. harap tiada hari esok.....

*****************************************************************



peringatan: buat sesuatu, jangan ikot kehendak setan. setan bertugas 24jam untuk menyesatkan manusia. menyesal kemudian memang tak de guna.

-peace yawww-

sempurna di penjara





menghadap dunia dan menjelajah kota. semua kisah aku, hitam belaka. celah mana datang kegelapan tu, aku sendiri tak pasti. yang aku tahu, hidup aku misteri. dendam yang tak tahu dimana puncanya, menyebabkan aku makin jauh ke dalam kegelapan. aku tahu, kesesatan aku kesesatan yang pasti. seribu kali aku ingin mengubah diri, seribu kali juga aku berada dalam mimpi. realiti tak pernah membawa aku ke dunia yang abadi. yang aku tahu, aku hanya sendiri.

nama aku siti zuberda bt abdullah. dikenali sebagai zuber. mulanya kisah hidup aku, di sebuah hospital di Malaysia. sejak mula lagi, hidup aku sudah ada titik hitam. aku bukan dilahirkan disitu. tetapi, aku telah ditemui disitu. di celah rumpunan sampah, bayi perempuan itu adalah aku. aku diambil dan dipelihara oleh ibu dan ayah. aku anak tunggal dalam keluarga tu, segala aku mahu tak perlu aku tunggu. cakap, mesti dapat. kasih sayang dan duit seiringan melimpah-limpah ke arah aku. apa lagi yang aku mahu. tak pernah aku teringin untuk melihat wajah ibu bapa sebenar aku. kalau jumpa, mahu aku bunuh sepertimana dorang buat aku masa dulu. tak mungkin aku akan terima orang yang buang aku.

ibu yang menjaga aku dari aku kecil, kasih sayang tu akan aku kenang sampai bila-bila. biarpun, bukan darah daging aku, biarpun bukan ibu kandung aku. ayah memang seorang yang tegas, dari kecil suka memukul aku dan ibu. kecil-kecil dulu, aku cuma mampu menangis melihat ibu dipukul, dihenyak, diterajang, diperlaku sesuka hati depan mata aku sendiri. aku bagaikan tunggul kayu, disepak dan diterajang adalah hadiah kepadaku disetiap hari. masa tu memang tak banyak yang aku minta, cuma ingin membesar secepatnya dan membalas setiap serangan yang menimpa.

lama-lama, aku makin membesar mengikut arus dunia. aku bersekolah, dari tadika ke sekolah rendah. dan kini, aku tingkatan 3. hidup dengan jiwa muda, ditambah pula perasaan dendam yang aku pupuk sejak dulu, memang parah sesiapa yang menjadi aku. walaupun aku perempuan, tapi jiwa aku lebih kental dari semua. hidup aku mengajar untuk tidak mengenali sesiapa. barang ibu, barang ayah, barang kawan-kawan mahupun sesiapa. aku tiada masa untuk semua hal-hal yang aku rasa sangat-sangat remeh. dari dulu, aku terkenal dengan sikap yang satu. aku sangat pendiam tetapi akan mengganas bila perlu. memang tidak ada sesiapa yang berani menyentuh pasal hidup aku. bukan aku tak mahu, tapi jiwa ini disekat sesuatu. 

di sekolah, aku lah muka yang selalu keluar masuk bilik disiplin. sampai satu ketika, kes-kes aku bersangkut dengan pihak polis. aku memang tak kisah. cikgu, pengetua, kawan-kawan, polis. asalnya aku marah semua aku akan rembat. makin lama, makin teruk perangai aku. makin lama, makin sesat aku dalam dunia aku sendiri. 


habis sekolah menengah, aku mula belajar di salah sebuah kolej tempatan di ibu kota. makin menjadi-jadi. liar aku lebih liar dari segala. bermula dengan kenakalan yang sedikit, aku mula mencuba sesuatu yang baru. kalau waktu aku sekolah, aku mencuba dadah segala. di kolej pula, aku mula hidup sebagai pusher. bukan sebarangan, bukan selalu jumpa pusher perempuan. mana yang leka, datang sembah kaki aku. aku hebat, hebat gila rasanya. aku menjadi pusher, bukan duit yang aku kejar. aku pun tak tahu kenapa, satu kepuasan yang aku dapat dari tu. sukar untuk aku terangkan.

titik hitam aku mula merebak luas, setelah aku bunuh dua manusia yang berperangai setan. ayah aku yang membesarkan aku dan seorang lagi wanita. tragedi hitam itu berlaku dalam rumah aku sendiri. memang aku berdendam dengan ayah tapi tak pernah aku terfikir untuk bertindak seperti ini. apa yang berlaku terlalu sukar untuk aku terima. di saat ibu sedang bertarung nyawa, ayah mula menunjukkan sikap sebenarnya, yang dah lama aku tahu. selama ni, aku diam tak mahu ibu terseksa. tapi, semakin aku biar semakin terok ayah buat ibu. 

satu hari, aku balik hujung minggu, aku terdengar suara jeritan. aku tahu, itu suara ibu lalu aku berlari pantas ke arah bilik utama. ayah sedang menarik rambut ibu yang tiada daya untuk buat apa-apa. di atas katil, ada seorang wanita yang tak senonoh langsung caranya. aku tahu apa yang ayah dah lakukan. memang dasar setan. tanpa aku berfikir apa, darah muda aku mula membara. api dendam yang selama ni menyala-nyala mula inginkan kepuasan. aku guna pisau yang sememangnya teman aku. pisau itulah yang menjadi saksi kejadian hari itu. ayah, wanita murah tu..aku bunuh tanpa ada belas kasihan. 


semua aku lakukan untuk kisah-kisah lama. segala kesakitan yang aku dan ibu rasa akhirnya terbalas. tengok tubuh ayah terkaku dengan darah yang keluar tak berhenti, aku ketawa. aku rasa puas, yang tak mampu aku terima dari sesiapa. tapi, kepuasan aku ternyata bukan kepuasan ibu. ibu juga mati bersama kerana terkejut dengan segala yang terjadi. aku, dengan baju yang berlumur darah segala. pisau yang tadi aku pegang kemas, aku lemparkan. aku berlari ke arah ibu, akhirnya air mata aku menitis buat sekian lamanya. 

akhirnya, aku sendiri yang menelefon polis, mungkin orang kata aku gila. tidak, aku tak gila. segala yang aku lakukan adalah di dalam kawalan aku sendiri. aku tahu setiap gerak badan aku. memang kehendak aku untuk melihat ayah dan wanita itu berakhir seperti itu. sedikit kesesalan pon tidak timbul di penjuru hati aku. tapi, aku rasa bersalah, bersalah terhadap ibu. ibu pergi tinggalkan aku, itu yang aku tak dapat terima. aku dah terlambat. ingin memohon kemaafan, ibu telah pon tiada. sungguh hina keadaan diri aku pada waktu itu.

sampai masa untuk aku sambung kehidupan di celah-celah besi, di sebalik tembok batu. di dalam sana, manusia ramai dikalangan aku. ada juga yang aku dah pernah jumpa sebelom ni. jadi, untuk aku hidup tidak sukar seperti yang lain. lima bulan aku hidup di dalam, aku dah jadi ketua otai. memang bukan aku untuk hidup sebagai balaci. aku suka kuasa yang tertinggi. aku mahu semua di bawah tapak kaki aku. aku tak suka mengikut arahan malah aku lebih suka memberi arahan. hidup di dalam sana bukan seperti tontonan ramai di tv, kehidupan di sana terlalu dasyat. siapa berani mati, akan hidup lama. 

untuk aku sesuaikan diri dengan kehidupan di dalam tak lah susah mana bagi aku. selama ni, walaupun aku hidup di luar, tiada bezanya keadaan dengan berada di dalam. serupa, sama gelap. mula-mula aku kat dalam, ada juga aku menunjuk protes sehari dua. habis semua orang dalam akan jadi barang hentakan aku. seperti biasa, aku ni pendiam dalam segala hal. dalam hati, ada juga kesal bila teringat ibu yang telah pergi. tak sempat aku berterima kasih. 

lama-lama aku hidup di dalam sana, aku mula jumpa dengan cahaya. macam tak percaya, tempat gelap ni yang beri aku kehidupan sempurna. walaupun makannya tak sesedap mana, tapi aku boleh makan dengan tenang. walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, aku masih sempat untuk menunaikan perkara wajib kita semua. semuanya aku jumpa di dalam sana.

hati aku jadi lembut untuk menerima realiti dunia. walaupun aku manusia tidak sempurna, aku masih lagi mampu berdiri mencari segala perkara untuk menjadi lebih sempurna dari biasa. aku tenang kini. aku tenang. 

kini, setelah 3 tahun aku di bebaskan, alhamdulillah..aku kian sempurna. aku rasa bangga kerana Allah masih sayangkan hambanya yang satu ini. dari kegelapan, aku meniti ke jalan kebahagiaan. semoga tiada sesiapa yang mengikut jejak langkah aku.



******************************************************************


peringatan: dendam kalau disimpan akan makan diri. jangan biar marah menguasai hati.


-peace yawww-

Wednesday, September 21, 2011

seks yang aku idamkan

sentap habis la jantan-jantan yang terbaca tajuk entry aku kali ni. eh, mungkin pompuan jugak. zaman sekarang dah tak macam dulu-dulu, tak kisah la kau pompuan ke kau lelaki kan. kalau tak, tak kan dengan slumber goyang je aku nak wat entry pasal seks ni. tak ke gila...



ewah-ewah. kemaen aku tonyoh keyboard ni, excited punya hal nak bercerita seks ni. tanpa malu langsung. tolong jangan follow perangai buruk lagi hina ni ok.

sebelum tu, mana-mana yang tak pernah nak 'period' dan tak pernah nak 'mimpi basah'...kau jangan nak menggatal baca entry aku. entry ni memang khas aku buat untuk orang-orang matang dan subur je.

dah, aku berhenti merapu. aku dah tak sabar nak cerita ni.... ok, tarik nafas masing-masing. sedot udara sepenoh yang mungkin pastu lepas perlahan-lahan. buat lagi sekali. tarik nafas, sedot perlahan-lahan...hembus sampai tersembor air liur masing-masing. ok, ready?? 

*********************************************************************
aku segan la pulak nak bercerita hal dalam baju ni...macam mana nak mula ni...adoi...!!! mana-mana yang biasa, meh la tolong start dulu. aku ni sopan lagi suci tak biasa kot cakap benda-benda tak elok macam ni.



ok..ok..dah aku yang mula, aku juga akan sambung dan habiskan entry ni. aku akan cerita jugak. risau sangat. slow-slow la beb. apa aku nak cerita ni, sedikit sebanyak, mungkin korang perlu tahu. untuk masa depan korang jugak. aku memang jenis manusia yang pandang ke depan. tak nak menoleh ke belakang. tak best pon. ok, seks yang aku dok idam sangat cam ni ha..............

jeng--jeng--jeng--jeng

**********************************************************************

**********************************************************

**************************************************

****************************************

******************************

*****************



tiap hari aku dok bayang benda yang sama. kalau lah duit ni boleh buat seks. senang hidup aku. aku kumpulkan RM50 sekeping, RM1 sekeping, RM5 sekeping dalam poket. tinggal lah dalam 4 atau 5 jam. pastu tengok-tengok RM50 dah pregnant. tunggu lagi 24jam, dah beranak. memang tenang habis lah hidup aku. aku lah paling kaya dalam dunia ni. siap boleh naek helikopter, round-round malaysia sambil tabur duet lagi. amacam? best kan??


kwang--kwang--kwang


ok pembaca semua, tu lah seks yang paling aku idamkan.... kalau jadi, memang terjamin masa depan aku. haha....~~~

peringatan: jangan cepat tertipu dengan duit. nampak je banyak..sebenarnya sikit. lagi-lagi kalau guna ke hala tak betol. tak berkat hidup.

-peace yawwww-


Tuesday, September 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # pet pet 1


ok, hari ni lepak ngan aku
sambil main-main ngan AEL ni
jom layan..

-peace yawww-



Sunday, September 18, 2011

lelaki suka pompuan macam ni

hari ni aku nak bercerita pasal lemak. bukan nasi lemak. bukan masak lemak cili api bagai tu. ni kisah lemak yang senang-lenang dalam perot kita ni.




satu hari, aku ngan puak rapat aku, amir ngan bobo, lepak-lepak minum kat satu kedai mamak ni. aku memang lapar, gila habisan perot aku bercerot. dah macam taman rama-rama dalam perot ni. tambah pulak bau mee goreng, kembang kempis pulak hidung aku.

sial betol. dalam purse pulak ada bank card yang tak berduet je pulak. cash, memang haram tak de kecuali sen-sen. ni la kerja bodoh yang selalu sangat aku buat, entah berapa puluh kali dah jadi macam ni. buat malu je, student accountancy, bajet untuk diri sendiri pon berterabor. haram gila..!!

***********************************************************

"yu...order je apa kau nak...aku bayar, lusa ganti balik"-amir berbasi-basi ngan aku. sambil menyuap mee goreng basah. 

"tak pe la..."-aku konon macam malu-malu serigala lagi time tu.

"aku kata order je...makan punya hal, aku tak berkira wei...kawan je pon bukan orang lain"

"ntah kau ayu...order jela, segan aku nak makan..kau dok tengok je...."-bobo menambahkan lagi saranan amir tadi.

tanpa malu-malu serigala, aku pon angkat tangan, lambai-lambai panggil mamak tu.

"mee goreng basah double satu, roti nan satu, rojak ayam bungkus satu, air teh o satu ais lebih..."-seringkas mungkin aku bagi pesanan kat mamak tu.

"gila....kau membela hantu raya ke, langsuir...?? kalau makan sampai tak ingat masa depan..!!"-amir mengeluarkan suara jantan, sampai tersembur mee yang terlekat celah gigi.

"gasak kau ah...sape suruh nak belanja aku.."-aku tersenyum cuba kawal malu.

*************************************************

usai segala makan menyembang hal dunia bagai. aku pon mintak diri nak balik. sengaja cari helah baik sikit, padahal aku dah tak menahan, perot aku dah senak gila. makan banyak sangat, nak tarik nafas pon rasa macam kena tarik bas je. susah betol. seluar pulak sendat. entah bila kain jeans ni mengecot pon, aku tak sempat nak perasan. celaka la. tengah syok-syok dok bercerita segala, buat hal pulak. melepas nafas yang aku tahan dari tadi. depan orang memang kena buat cun, perot yang tebal 5 inci pon kena jadikan 1 inci je. macam bodoh la aku dok tahan nafas, semata nak nampak perot nipis kan.

menyandar lebih kurang 15 minit dalam kerata, masih lagi terasa senak perot. tak kan nak jolok balik kasi keluar segala makanan tadi pulak kot. sayang la, penat aku kumpul tenaga nak makan punya hal, tetiba nak muntah. oh..tidak..!! aku tutup mulut aku rapat-rapat.

aku mula bayang makanan-makanan tadi. sedap sungguh rasanya. senyum aku sorang-sorang dalam kereta. syok dok teringat perihal makanan, lalu la sorang makcik ni depan kereta. mata aku tak menahan tengok makcik tu, mata aku follow langkah dia sampai lesap dek pandangan. kussss semangat, besar bebenar..!! nak lalu celah-celah kereta pon payah. dalam hati aku kata "benda apa la makcik ni makan sampai jadi besar cam gitu...laki dia tak marah ke?"....aku bersuara sambil geleng-geleng.



kat rumah, sampai ke malam, aku masih lagi tak dapat lupa makcik mantap petang tadi. dalam otak aku dok bayang makcik tu...tapi, muka dia jadi muka aku. mungkin 5 tahun lagi, aku akan jadi cam tu kan. cute jugak pon...aku pon mula berangan. 

************************************************

5 tahun akan datang. 
saiz aku bertukar jadi macam makcik tadi. satu hari, aku berjalan kat taman bunga sambil dipimpin oleh sang kekasih. pastu ada pulak scene nak angkat mengangkat, tapi sayang sejuta kali sayang...sang kekasih aku tu tak larat nak angkat aku. cehhh...!! memang melepas lah kan. ok, tak pe lagi. aku dan sang kekasih terus berjalan, bersama hati yang bergelora dengan rasa cinta. berjalan punya jalan punya jalan, sang kekasih ajak aku balik. sampai kat parking kenderaan, dah satu hal pulak, dia nak hantar aku tapi bawak motor. sah-sah dengan fizikal aku yang cukup mantap tu, tak lepas untuk aku naek motor. melepas lagi..~~~

***********************************************

back to the real life.
aku terbaring atas tilam empuk aku. sambil tangan bersilang di bawah kepala. memikir nasib diri, makin hari makin menjadi-jadi nafsu makan aku. aku tak boleh biarkan. aku tak nak terlepas segala scene bersama sang kekasih aku nanti. ewah...!!



mulai hari ni, aku pupuk azam dan semangat baru...tak mahu makan lebih-lebih lagi. cukup la sekadar lekat celah gigi. menyesal sungguh selama ni makan sampai tak sedar diri. kalau lah aku boleh undur masa. mesti aku dah secantik dia ni...!!! ewahhh....




**********************************************************

azam perlu kental beb. kali ni, memang paling bodoh aku nak buang 5kg lemak aku. logik tak?

lepas ni aku akan save gambar ni dalam henset cikai aku. wat wallpaper, so setiap kali aku nak makan...aku tengok gambar ni...mesti hilang selera punya. jom kita amalkan.....



peringatan: nafsu makan perlu dipenuhi. pon begitu, kesihatan diri jangan dibuat tak reti. nanti diri sendiri yang rugi. ingatlah orang yang tersayang......

-peace yawwww-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...