thank you followers

Wednesday, September 14, 2011

lelaki dan senggugut

aku dah suluh terang-terang tajuk entry aku hari ni pasal sengugut. hari ni, aku buat entry special untuk pompuan-pompuan di luar sana. tak lupa juga kepada pencinta pompuan-pompuan, entry ini merupakan satu peluang untuk korang semua tahu di sebalik kesopanan seorang pompuan. ewah..!! siapa-siapa yang dah 'period', sila tunduk malu. 

wei, aku lah..!! aku dah...!! hekhek

senggugut ni tak asing mana pon bagi kita semua. tak kisah la kau pompuan ke, kau jantan ke. aku pasti korang tahu jadah apa senggugut ni kan. ok, sebelum aku mulakan, korang yang jantan-jantan boleh la berlari pergi ambil pen, kertas segala. aku nak bagi tips ni, kot la lepas ni..jantan-jantan nak ajak si awek jumpa, manja-manja pastu silap 'timing' nak bergurau pulak. tak ke nahas..?? jantan-jantan perlu tahu beb, bila masa pompuan-pompuan ni berada di 'zon merah menyala'... 



aku cerita pasal ni, bukan nak suruh jantan-jantan makin menggedik ngan awek masing-masing. cuba bukak pemikiran...ini satu ilmu yang berguna kot. si jantan-jantan perlu tahu pasal ni semua. untuk si awek sudah semestinya, untuk memahami jiwa ibu-ibu juga, dan mungkin...satu hari nanti jantan-jantan ni dah mempunyai anak-anak, perlu juga menjaga jiwa si anak. baru la boleh jadi bapak yang hebat..!! kan? kan?



aku tak nak cerita situasi yang terjadi bila pompuan dalam 'zon merah menyala'. sebab, lain pompuan lain situasi. ada tu yang sakit sikit-sikit. ada tu yang sakit sampai tak leh berjalan langsung. dan, ada jugak yang tak pernah rasa sakit. tu kalau berkaitan dengan sakit-sakit la.



ada jugak gangguan emosi masa pompuan dalam 'zon merah menyala ni'. yang ni, memang majoriti la. ada pompuan yang suka marah-marah. silap sikit je, dorang dah bagi sebakul caci maki yang akan menyentap jiwa si jantan-jantan. time ni, tahu la korang si pompuan tu sopan ke tak sopan. ada pulak pompuan yang asyik nak menangis je. korang cakap la apa-apa pon, makin banyak korang cakap makin syok dia dok nangis. ada tu yang suka berdiam je. waktu tu, kalau korang tak tahu pompuan ni dalam 'zon merah meyala' alamatnya korang bercakap ngan tunggul batu je lah kot. so, pompuan ni unik tau, emosi kami memang tanpa sempadan. bila nak menggedik, bila nak bercakap, bila nak bermanja, bila nak marah. biasanya kami pompuan-pompuan ni main sembor je emosi tu kat sesiapa.



then, bila jantan-jantan dah boleh 'detect' rahsia pompuan ni, jantan-jantan perlu la jugak tahu macam mana nak merawat atau mengurangkan penyakit yang ada dekat si pompuan-pompuan ni. baru la orang kata korang ni jantan sejati. tak gitu??

*************************************************

ok, paling koman la, si jantan mesti bawak pompuan tu gi klinik. aku memang tak suka. macam bodoh pon ada. pergi klinik bersiap punya la cantik, bayar lagi mahal. tup tup doktor tu akan cakap cam ni....


"you mesti hidup secara sihat, banyakkan bersenam, hidup dengan aktif. semua tu boleh mengurangkan tekanan fizikal dan dapat mengurangkan senggugut. ok, hari ni saya bagi ubat penahan sakit seperti ponstan dan panadol...jangan lupa makan ye......."

-kalau jumpa doktor setakat nak dengar dia bebel cam ni. pastu dapat panadol ngan ponstan, better aku pegi 7E, kan? kan? kan?



******************************************************

yang ni pulak, kalau jantan-jantan ala traditional sikit la. dia ikot petua-petua mak nenek dia. dia ikot cara ni untuk bantu si pompuan-pompuan sekian. ha, mana yang nak ambil petua ni. silakan la....

satu- cari 9 biji pinang tua, bakar pinang tu sampai jadi ala-ala arang. pastu, tumbuk sampai jadi halus. campur serbuk pinang tu dalam secawan air suam. suruh pompuan tu minum 9 hari berturut-turut, mula dari hari pertama 'period'.

dua- cari halia, tumbuk lumat-lumat. pastu campur halia tu dalam air suam. tunggu halia tu mendap ke bawah, baru boleh minum. boleh amalkan selalu. tak kira time 'period' ke tak.

tiga- pompuan perlu amalkan minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih. mana korang nak dapat, lantak korang la. yang penting, rebus rumput tu, tunggu sejuk dan minum sebelum hari pertama.

-pelik-pelik je petua orang lama-lama kan? aku tak tahu berkesan ke tak. bila mak aku buatkan semua ni untuk aku, dan-dan aku buang balik semua tu dalam sinki. pastu, siap la satu hari aku dapat dengar mak aku bebel. hekhek. jangan tiru perangai ni ok.



****************************************************

so, berbalik semula kepada si jantan-jantan. kalau korang sayang sangat kat pompuan tu. kenali hati pompuan. maksud aku kat sini, tak kisah la pompuan tu mak kau ke, adik kau ke, nenek kau ke, awek kau ke, bini kau ke, bakal bini kau ke. jantan-jantan perlu ambil tahu semua hal ni ok. sekurangnya, pompuan tu akan tersenyum dengan layanan korang masa pompuan dalam 'zon merah menyala' ni. biasanya, kami-kami ni garang waktu ni tapi suka orang beri perhatian kat kami. hehe.~



peringatan: kalau sayang, apa je sanggup buat. kenali hati beliau secukupnya. semua lelaki adalah lelaki. tapi, tak semua lelaki adalah jantan yang sejati. 

-peace yawww-



20 comments:

Chachos Cheezy Wedges said...

asal gune jantan2?? adoiii~~
nway, nice info!! haha..~~
da salin dlm nota da.. hahaha!!

ayuna ayuni.. said...

thanks for your comment.

ok, napa guna jantan ek??

bagi aku semua lelaki adalah lelaki.
mak nyah, bapok, gay..semua lelaki. tapi, tak semua lelaki boleh jadi jantan yang sejati.

info yang aku bagi ni, untuk jantan sejati je,..
wahahahah...

:)

Pendamba Mawar said...

noted..thank for info..:)

KiKiHanakO said...

bagus entry nya.! aku pun suka kau sangat ayu lagi rock! ;) comel lahhh

nice to meet ya!

ayuna ayuni.. said...

pendamba mawar:

jadi jantan ok....!!

ayuna ayuni.. said...

kiki:

thanks...

:)

heheheh

ABU said...

ya aku paling tak suka kalau jumpa dr dia cek gitu2 je..pastu bagi ubt penahan skit je..fuh!! cam sia2 je pgi kelinik hahaha

ABU said...

ya aku paling tak suka kalau jumpa dr dia cek gitu2 je..pastu bagi ubt penahan skit je..fuh!! cam sia2 je pgi kelinik hahaha

ayuna ayuni.. said...

ABU : tambah lak kalau tengah dalam zon merah, aku memang rasa nak sedekahkan penendang je kat rd tu tau..! uuuu

Christian Tadeo said...

hello, nice blog you have, i am thinking you might like to exchange link with me so i can visit you everyday if i have my time, if you want to please visit back here and comment on the exchange link section so i know, thanks! http://literasura.blogspot.com

farmys said...

biasanya sengugut dtg masa anak dara jer..

Dah jd mak dara dah tak sakit lagi.. tup.tup dah kuar je.. hehee

emosi je kadang kala turun naik..

Pocket said...

hey hey nice tips sis,
basically sila berlaku baik kepada bakal bakal ibu yang sedang menderita :D (tak ngandung lg pun kira bakal ibu lah kan... nantiiii punya cerita )

ayuna ayuni.. said...

Farmys: hahahah...yeke?? ada je mak dara yang senggugut....

urm......:)

ayuna ayuni.. said...

pocket:

hahahah....agreed..!!!

:P :P

khairul akmal bin azman said...

ahha
gua nak salin..
laki skunk pun byk advance2

ayuna ayuni.. said...

hahahah...
mmg aku buat entry untuk korang salin pon...

thanks singgah2
:)

Jiwa Kamikaze said...

uishh,...sakit noo,...

r-5 said...

huyyyoooo. bagus entry ni nasib takde awek lagi.. kah3..p

faizulosman said...

yg tips org tua2 tu mmg pelik...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/fahamilah-dia.html

Bobo iMBobo said...

yg penting kena manjakan je hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...