thank you followers

Monday, October 31, 2011

couple kat celah batu

satu hari, yang sangat indah. kat tepi pantai pulak tu. celah-celah batu tempat kuman selalu sembunyi. ada sepasang merpati yang tak sejoli. duduk rapat-rapat, sambil main ramas-ramas tangan. sebagai saudara sesama bangsa, aku makin rapat rapat ke tempat dorang. nak jugak belajar apa yang perlu borak bila dok berdua macam gituh kan. 

aku mana nak ada pengalaman sangat dalam babak cinta ni. yang aku tahu tengok drama korea yang tak pernah nak logik tu. tak sama la dengan apa yang jadi kat dunia nyata. ni., hasil yang aku dapat selepas bersusah payah aku menyelit celah-celah batu semata nak dengar dorang cakap apa. sedikit sebanyak apa yang aku dengar aku nak kongsi ngan korang semua. jom layan...!!!




******************************************************************************************

PAKWE: sayang ni kenapa?

MAKWE: sayang tak tahu la abang.

PAKWE: abang tahu..!!

MAKWE: abang tahu apa?

PAKWE: abang tahu apa yang sayang tak tahu la..

MAKWE: apa yang abang tahu??

PAKWE: abang tahu apa yang sayang tak tahu la....

MAKWE: ...........


*****************************************************************************************

memang cam gitu ke kalau kita berborak ngan pakwe kita? aku tak tahu. tak pernah ada jantan pon. haha. tapi, kalau lah cam gitu. bangang la pulak aku rasa. nak kata romantik, tak pon. aku tengok macam dua ekor sakai je. 

kalau korang jadi si makwe tu, apa korang nak jawab??




peringatan: kalau ye pon nak bercinta. bercinta la ikot jalan yang cerdik sikit. jangan nak tunjuk perangai tak berapa pandai tu sangat.


-peace yawwww-

Sunday, October 30, 2011

buat tak senonoh dalam lif

petang tu, aku pergi hospital. pukul enam lebih macam tu, aku terpacak tunggu lif nak naik ke tingkat lapan. nak naik tangga, sayang pulak kat lemak-lemak tepu yang aku berjaya kumpul selama ni. jadi, jalan penyelesaian yang terbaik adalah tunggu jela lif yang lembap macam sipot sedot tu. dengan baju kurung warna cokelat, selendang kuning, lengkap dengan handbag mak aku yang aku pinjam. memang cukup lah personaliti aku macam ala-ala pompuan melayu gitu kan. dah pompuan melayu, mesti lah aku kena berlagak sopan tambah ayu-ayu sikit kan.

tapi, bukan pasal baju kurung yang menjadi bahan bualan aku dalam entry kali ni. bukan jugak pasal handbag mak aku yang aku curik tu. entry hari ni, aku nak bercerita pasal kesopanan kita bila berada berdekatan dengan orang ramai. lebih-lebih lagi dalam lif...!!!



*****************************************************************************************

nak dijadikan cerita, aku nak naik tingkat lapan itu hari. petang-petang, kebiasaannya pengunjung hospital ni bertambah ramai lah kan. jadi, penuh lah satu lif tu ha. selagi tak bunyi 'teeetttt, muatan berlebihan...pergi jahanam kau'.., selagi tu lah dorang nak sumbat dalam lif tu. dah aku yang pendek ni tenggelam di sebalik orang-orang yang tinggi, ceruk kat belakang tu ha tempat aku.

aku tak heran sangat la depan atau belakang tempat aku berdiri. tujuan aku, nak cepat sampai je ke tingkat lapan tu. aku memang tak suka tempat yang himpit-himpit cam gitu. yang menjadi masalah pada masa tu, salah seorang dari manusia dalam lif tu melepaskan gas beracun. ape kejadahnya pulak dalam lif yang penuh bagai sardin hancur ni nak lepas kentot. mana boleh begitu!! macam celaka korang tahu? memang aku hangin satu badan la time tuh.

kalau wangi macam perfume tumpah tu, aku tak dak masalah mana sangat. ni kan, alahai dia punya bau macam bangkai setahun yang nak dimasak tumis. menyengat je lobang hidung aku. busuk tu, hanya orang dalam lif tu je dapat tahu. tak boleh aku nak menceritakan bau nya kat korang semua.




"jenis tak menyempat..!! lubang buntot besar. dah sakit perot, tahan lah sikit. makin kembang lah lubang hidong aku bau kentot kau ni ha...!!"- spontan aku ni berkata. niat hati nak cakap ala-ala berbisik je. tapi, dah tak boleh nak control volume dah time tuh. tetiba volume tu terangkat ke tahap maksimum.

dah baik-baik manusia dalam lif tu memandang sama sendiri mencari sape yang terkentot. lepas je aku cakap, dorang mencari sape yang menyembor kata-kata kurang sopan tu. aku tunduk buat-buat tak tahu je masa dorang pusing kat aku. masih lagi nak control sopan.

********************************************************************************************************

tu pengalaman paling ngeri bagi aku dalam minggu ni. sumpah macam sial la. aku tak paham..!! tak paham...!!! punya lah berlambak tempat dalam dunia ni. kenapa dalam lif yang sempit lagi padat tu yang dia nak melepaskan kentot. boleh pulak tu, dah kentot memasing buat muka tak bersalah je. nak je aku cepuk sorang-sorang.

aku rasa, dalam lif pon perlu ada amaran tertentu la. pihak tertentu boleh lah kot segera menampal benda macam gambar kat bawah ni. kat situ, tulis besar-besar macam gini.

KALAU KAU NAK KENTOT, BERAMBOS...!!



korang tak payah nak gelak kat aku sangat lah. macam tak pernah terkena je babak cam gini ek. kalau korang pernah terkena, jom share cerita... nak jugak aku tahu kisah orang lain. ye tak?

peringatan: jangan buat perkara sumbang. tak pasal-pasal kena maki dek orang. walaupun orang lain tak nampak, tapi ALLAH nampak tahu.

-peace yawwww-

tragedi oktober



tak sanggup lagi aku
mengenang kisah lalu
keganasan menghantui diriku

biarkan ia pergi
menjadi suatu misteri
bagaikan tiada hati yang peduli

tak mahu ku ingat lagi
apa yang telah terjadi
tragedi oktober

***********************************************************************************

mungkin perkataan ni semua lirik semata bagi korang. tapi, bagi aku semua ni penuh dengan maksud yang aku saja yang akan paham. bila oktober muncul, aku teringat kisah lama. tragedi hitam, yang tak akan pernah bertukar menjadi putih. selama mana rahsia hati ni akan tersimpan, berapa kali lagi oktober yang mampu aku redah.
 hanya aku yang tahu.


Saturday, October 29, 2011

pompuan tak suka bola sepak

dari pukul sebelas malam tadi bawak ke pagi ni, rata-rata blog semua nak review pasal bola sepak. serba salah pulak aku jadinya. kang kalau tak tulis pasal bola sepak ni, macam aku ni tak up-to-date lah pulak. ye tak? konon macam aku ni tak follow gosip semasa.

memandangkan semua orang dah bercakap kencang pasal bola sepak tu, aku nak ambil sikit je dari topik bola sepak malam tadi. aku nak komen lebih-lebih, aku memang tak reti la wei. aku memang tak minat bola. dari dulu, sampai la sekarang. memember cakap kiri kanan pasal bola pon, hati aku tetap tak tersentuh. 

entry aku hari ni, bukan nak bercerita pasal bola semalam. tapi, pasal peranan pompuan terhadap perlawanan bola sepak. ha, nak tahu lagi baca entry aku sampai habis..!!


**negeri sembilan menang. hampa la jugak aku sebagai penduduk tetap pantai timur**
**********************************************************************************************

zaman sekarang bukan macam dulu kala. sekarang zaman dah moden. perangai pompuan lebih kurang lelaki. kadang-kadang tu, pompuan pulak yang melebih lagi dari lelaki. tak lari jugak dalam topik bola sepak. aku perasan lah kan, sekarang ramai je pompuan yang dah boleh melepak sekali ngan lelaki sambil berborak pasal bola. mula dari nama-nama player, posisi player tu, pencapaian, biodata, segala hal dia dah boleh hafal lah. kalau pompuan cam gini, senang cerita lah aku rasa. kadang-kadang si pakwe tak malu la bawak awek lepak kedai mamak ajak nonton perlawanan bola sepak sama-sama. ye tak?

tapi, tak tertinggal jugak pompuan yang tak boleh masuk buku langsung pasal bola sepak ni. dah dia tak minat bola, nak marah-marah pulak kalau si pakwe ni nak luangkan masa untuk nonton perlawanan bola. ala, bukan tak biasa dengan ayat pompuan cam gini kan. contohnya:-

-"hubby, baby menci hubby..!! lama baby tunggu hubby mesej tau.. mesti tengah lepak kat kedai mamak tengok bola lagi kan? baby nak hubby pilih sekarang. hubby nak baby ke, hubby nak bola tu..??!!"

aku, walaupun aku pompuan dan tambah lagi aku memang tak suka bola tapi aku sangat menyampah dengan pompuan jenis tak reti bahasa macam ni. aku tak rasa pompuan-pompuan ni patut meneruskan cara sakai macam ni. tak lama wei, gerenti pakwe kau lari lintang pukang lah. bukan ke lelaki suka pompuan yang memahami diri dorang..? so, bila si pakwe nak lepak ngan memember, nak nonton bola sepak, bagi jela. bukan lama pon kan. dah korang tak minat, dok diam sudah..!!

bagi sesape yang dah kawen. kalau laki korang tu memang jenis gila bola, apa salah jadikan hari perlawanan bola tu sebagai 'special day' untuk korang bersama. haha. ewah. macam aku dah berlaki je kan. aku memang la tak kawen lagi. tapi, aku selalu tengok mak aku la. mak aku macam tak minat sangat bola. tapi, bila ada perlawanan bola, mak aku ada taktik baik punyeh nak halang mr bapak dari pergi kedai mamak. mak aku akan call sepupu sepapat sepopot aku dan memember aku, ajak datang tengok bola kat rumah. then, mak aku kemas-kemas ruang tamu tuh ala-ala macam santai je. bab makanan pulak, memang tiptop la. serious gempak, tak de yang kurang.

so, aku rasa, pompuan-pompuan yang tak berapa minat bola tak payah la nak bergadoh segala dengan si pakwe/si suami semata sebab perlawanan bola sepak. memahami dorang tu lebih baik. hubungan pon bertambah rapat beb. 

***********************************************************************************************

aku try buat kek ni, sempena nak tengok perlawanan bola sepak semalam. mr bapak cakap sedap. mak aku cakap tak sedap. haha. aku peduli apa kan. aku buat korang makan. hehe.




peringatan: cuba paham hati orang yang kita sayang. sedikit sebanyak, kita akan dapat kebahagian yang sama.

-peace yawwww-

follower ke-500

masa mula-mula aku buat blog dulu, aku saje memain cakap ngan memember aku. aku cakap, kalau follower aku dah 500, aku nak bagi sesuatu yang istimewa kat follower aku tu. time tuh, aku tak de la pk follower aku akan mencecah angka 500. yelah, blog aku ni macam kuat membebel, sape jek yang suka baca. ye tak?

tapi, tak lama hari tu, datang sorang adik manis ni. dia muncul sebagai follower ke 500 kat blog aku ni. dah, memang lah aku excited gila baban kan. kata-kata aku yang memain mula-mula dulu, betol-betol jadi. so, dah ada follower yang ke 500, aku pon pening la apa aku nak beri sebagai tanda aku happy sangat ngan adik manis ni.

jenuh dok pk, time tu lah laptop aku buat masalah. jadi, tergendala la segala niat terpendam aku tuh. dah lama dia jadi follower aku. hari ni, aku berjaya buat sesuatu yang istimewa kat adik manis ni. ni ha, aku tak tahu nak panggil apa nama kat benda aku buat nih. aku buat special untuk adik manis ni.




nama adik manis ni  SUFIANA RAMLI
dia duduk kat SEMANGGOL, PERAK
birthday dia 10 DECEMBER 1992
korang boleh follow dia kat SINI


****thanks yaww adik manis****

Friday, October 28, 2011

seluar dalam pompuan

baru-baru ni aku ada la pergi lepak kat rumah sewa sepupu aku. nak dijadikan cerita, sepupu aku suruh la aku masak untuk housemate dia. memasing time tuh tak balik kerja lagi la. spontan, aku jadik bibik kat rumah yang macam tempat ular mengawan tu. 

yang bestnye, bila aku bukak pintu rumah. aku tengok satu benda ni, aku macam dah terkejot berok. nak tau apa benda..?? ha, korang bukak mata luas-luas, aku bagi gambar ni percuma tak perlu bayar.




kalau dah tengok design spender cam gitu, aku tahu sangat la tu seluar dalam pompuan. masa aku tengok tu kan, nak marah ada, nak tergelak pon ada. bodoh betol la jiran sepupu aku ni ha. dah rumah sepupu aku ni ha ada 10 ekor jantan, dah pulak dijemur spender dorang depan pintu rumah. buat malu saje la. tak de otak ke memang saje nak tarik perhatian..??

*******************************************************************************************

bagi sesiapa yang duduk rumah sewa. jaga-jaga lah dengan semua harta benda kita. bukan setakat seluar dalam je, tetapi semua. kalau korang ada beskal ke, motor ke, kereta ke, baju luar ke, baju dalam ke...semua perlu jaga. orang sekarang ni, kita bukan boleh percaya sangat. sedangkan motor dan kereta yang besar tu pon boleh dicuri, apatah lagi barang-barang kecik ni pulak. ye tak?

lebih lagi benda tu korang pakai. sensitif tahu? kalau aku la, nak tunjuk seluar dalam kat family sendiri pon segan, apa lagi pulak nak gantung depan pintu rumah. memang nampak sangat perangai sakai.

lagi satu, jangan tak nak percaya pulak. zaman sekarang, walaupun moden, tapi ilmu sihir menyihir ni masih lagi kekal. buatnya lah, korang gantung seluar dalam korang tu merata. pastu, ada orang curi dan jampi-jampi. tak pasal la korang jadi bendul gila baban. nak ke jadi gitu..??




*****************************************************************************************************

dan, ada jugak di kalangan lelaki yang gila seks. aku tak cakap bohong. ni pernah jadi kat taman aku. mula-mula makcik-makcik kat sini selalu la mengadu kat jiran memasing yang spender dorang hilang. setiap hari mesti ada yang hilang. lama-lama tu, makin menjadi la. hilang, hilang, hilang dan hilang. jadi tanda tanya la pulak kat setiap orang, kemana spender makcik-makcik ni semua pergi. dah tak lama lepas tu, terkantoi la. ada sorang pakcik kat sini yang ambil. dia ambil time malam-malam. ada sumber yang bercerita lah kan, sumber ni jiran pakcik tu la. pakcik ni suka bau seluar dalam orang. pastu, dia akan main jolok-jolok spender tu ngan ranting kayu. menakutkan bukan?




jadi, korang yang mana sesuka hati gantung/sidai anak-anak kecik korang tu kat memana. tolong pk baik-baik. bukan nak buruk sangka. tapi, dunia sekarang macam-macam ada. apa-apa yang tak logik pon akan menjadi logik, dunia dah maju kan. 

peringatan: harta korang, korang pandai-pandai lah jaga. yang melekat di badan mahupun yang tak melekat di badan. jangan dok tunjuk kat orang. jangan sesuka hati bagi orang sentuh.

-peace yawww-

Wednesday, October 26, 2011

layanan macam sial

blog aku basi tanpa post-post terbaru. warna blog hitam bertambah lagi hitam. tambah pulak sekarang musim hujan panas, dah berkarat pulak blog aku ni. jadi, nak menambahkan seri, sedikit sebanyak aku perlu la bagi entry baru barang satu dua kan?

cungkil punya cungkil, dapat lah satu topik ni ha. aku tak nak cerita lebih-lebih. sebab, aku rasa benda ni selalu sangat dah jadi depan mata. ke korang tak nampak? yang tu, aku tak tahu lah kan. bagi diri aku, hal ni dah banyak kali jadi tontonan umum aku. 




nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku adalah sedikit kerja yang perlu aku lepak kat salah sebuah pejabat kerajaan di ibu kota. nak bercakap ngan orang besar ni, memang aku ada jugak gentarnya tapi buat jela muka macam ala-ala berani kucing. bodoh tak bodoh, satu jam aku lepak kat situ macam orang sakai. dalam masa tu, aku dah kuatkan mental dan fizikal aku. prepare untuk dimalukan dengan pelbagai sindiran mungkin. tentang apa masalah aku, sampai aku perlu lepak kat situ, tak perlulah aku cerita kat entry ni kot. nanti-nanti ajelah. tak muat satu entry pulak kan.


sorang officer ni, dok baca paper sambil kaki kedua-dua kat atas meja. aku mula berentap dalam hati. aku pk, sure dia ni ada minimum 10 phD, sebab lagak dia macam dia ketua segala hal dalam dunia ni. memang sial la, geram je aku time tu kan. yelah kan, kalau tak, tak mungkin sampai kaki letak atas meja kan? tapi, tak apa la...tu memang selalu terjadi kat sini pon.



tunggu punya tunggu punya tunggu



tempat aku lepak tu mula didatangi orang. kebanyakannya bangla dan nepal. macam mana aku tahu? haha. mestilah dari bau-bau dorang yang aku dah hafal tu. kan ke aku banyak deal ngan orang luar, opkos la aku kena kenal bau-bau dorang kan. poyo gila baban la pulak aku ni. ok, sambung cerita, dorang ni semua bergari dan berkumpulan. satu kumpulan ada 5 atau 6 orang. semakin lama, semakin ramai. dan, setiap pelusuk tempat tu dipenuhi bau yang kurang enak, perfume mydin yang aku pakai ni pon dah hilang power pon.





dan, yang aku nak ceritanya kat sini, pasal layanan. aku perhatikan, layanan officer kat situ sangat menjijikan aku. aku tak tahu lah bagi orang lain. tapi, kalau aku..biarpon dorang semua tu buat salah tapi apa salahnya kalau dilayan elok-elok? dorang pon manusia dan manusia semestinya berperasaan. tak gitu?? apa salah kalau cakap elok-elok. tak perlu nak maki hamun, herdik segala. aku tengok bangla-bangla tu pon muka macam tikus mondok dah kecut dengan officer dekat situ.

memang dorang ni dari third world countries, tak pandai macam kita, dorang tak reti english, pakai selekeh, busuk, tapi susah sangat ke nak layan dorang baik-baik? bukan lah nak suruh layan sambut dorang dengan kompang, tarian zapin, majlis makan segala. tapi, cukuplah dengan adab manusia biasa-biasa aje. ni tak, macam nak layan anjing je ha gayanya. ada yang disuruh duduk mencangkung, ada yang disuruh berdiri tegak, ada yang disuruh berdiri sambil tersenyum. wadefak?? perlu ke semua tu? tu semua lebih kepada penderaan mental kot. pastu digelaknya dorang, dah sebijik macam dok dalam tempat sarkas tu. kesian lah aku tengok.



aku sebagai orang melayu di kalangan bangla dan nepal tu, menebal jugak muka. bukan apa, malu dengan sikap orang melayu kita, yang dikata penuh dengan tatasusila segala. pergi mampus la dengan tatasusila segala. semua tu propaganda semata. mungkin dorang ada tatasusila bila dengan manusia yang bertaraf. tapi, tidak dengan orang-orang yang nampak selekeh-selekeh.



macam mana tak de kes orang kita kena bakar dengan warga asing? macam mana tak de kes orang kita kena rogol dengan warga asing? macam mana tak de kes orang kita kena rompak dengan warga asing? memang kalau tengok zahirnya, dorang jahat dorang kejam. tapi, kadang-kadang pernah tak kita terpikir disebalik kisah dorang? bagi aku, dunia sekarang dah tak selamat. manusia dah tak boleh nak dipercayai. yang senyum tu, tak semestinya baik. yang bengis tu, tak semestinya sombong. yang rapat tu, bukan bermakna sahabat. yang jauh itu, bukan bermakna musuh ketat. korang nilai-nilai lah sendiri.

-peace yawww-

Thursday, October 20, 2011

raja dan permaisuri




Kita berdua adalah raja dan permaisuri di dunia ini. Yang akan memerintah dunia kejam atau adil. Kuasa masih di tangan kita selagi kita bijak dan hidup dalam berkasih sayang. Untuk hidup dalam kasih sayang, keteguhan cinta diperlukan. Kita perlu belajar untuk menjadi pemaaf, sama ada memaafkan atau dimaafkan. Sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Tapi, walau apa pun yang akan terjadi, raja dan permaisuri tidak boleh berpisah. Akan pincanglah kasih sayang, akan runtuhlah negara.

Aku cuba lari dari kehidupan yang penuh dendam. Menuju ke arah kesempurnaan. Kemaafan yang diperkata orang, ketenangan yang diperkata orang, kesabaran yang diperkata orang. Aku mahu semua itu. Aku lemas dalam kekalutan diri sendiri. Antara dendam dan harapan. Aku berdiri di tengah-tengah. Sungguh. Aku lemas begini. Aku tak mahu terus-terusan sebegini. Aku ingin sekali mengecapi keindahan hidup seperti raja dan permaisuri. Mampukah?


Tuesday, October 18, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # laptop



laptop aku dok kat bengkel sekarang
punya la celaru hidup aku tak dapat update blog
entah berapa ratus pulak duet aku akan melayang
nak lepas gian punya hal, rembat mainan adik aku ni ha
pon boleh la

-peace yawww-

cinta si kaki pukul


Nak mulakan entry, kita mulakan dengan cinta. Orang kata cinta tu indah. Orang kata jatuh cinta lagi parah dari jatuh tangga. Aku suka tengok mak bapak aku bercinta, aku pon suka tengok orang-orang lain bercinta. Selagi buat sesuatu yang halal, mesti sedap mata memandang kan. Tapi yang tak best, sekarang ramai yang musnah gara-gara cinta. 




Demi cinta, ada yang merelakan diri diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Ada yang sanggup jadi mangsa dera kekasih sendiri. Alasan banggang yang selalu dorang bagi, 'itu adalah satu pengorbanan'... Celah mana datang pengorbanan jenis macam tu pon aku sendiri tak pasti. Aku tak kata berkorban tu salah. Tapi, cara berkorban tu biarlah cara yang cerdik sikit, berpada-pada dan berbaloi. Kalau dah berkorban badan segala. Tu dah kategori bahlol, ye tak? Korang nak jadi pompuan yang bahlol lagi tolol..? Aku akan bagi LIMA sebab kenapa korang perlu tinggal manusia jenis kaki pukul ni. Jom jenguk bawah, layannnn......

************************************************************************************************

PAKWE KAU TAK TAHU MENGHARGAI DIRI KAU
Memang orang selalu cakap marah tu tanda sayang. Tapi, kalau sayang tak kan nak timbulkan lebam-lebam segala. Lagipon, dia tu bukan kawen ngan korang lagi. Bayangkan, tak kawen dah dipukul ditendang. Kalau dah kawen macam mana? Agaknya, silap buat air tawar sikit diberi penendang. Silap sapu sikit diberi penampar. Memang terlebih meriah rumah tangga kita kalau jadi macam tu. Mak bapak kita sendiri pon sayang nak pukul kita terok-terok. Jadi, kenapa harus kita bagi hak untuk dipukul kepada seseorang yang tak de ikatan sah pon ngan kita..? Buang je dia dari hidup kau...!! Kalau betol dia sayang, dia akan jaga kita macam jaga kaca yang mahal sangat nilainya. Lalat nak lalu depan hidung pon dia tak kan bagi. Ni kan pulak nak naikkan tangan dan kaki, ye tak?

PAKWE KAU TAK TAHU MENGHARGAI CINTA KAU
Kau yang bodoh. Bagi cinta, bagi jiwa, bagi segala kehidupan kepada si dia. Balasan yang dia bagi, bukan kasih sayang pon tapi penuh dengan keganasan. Korang happy ke hidup macam tu...?? Orang lain, cinta dibalas dengan cinta. Mesra bersama, bergurau senda segala. Tapi, korang terpaksa menanggung sakit dek kena pukul dari si dia. Bukak lah mata, korang pon ada hak untuk hidup bahagia. Tinggalkan je dia dari hidup kau..!! Cari yang lain, yang lebih baik lagi dan tahu hargai cinta suci kita.

PAKWE KAU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN
Biarpun korang baru bercinta, tapi korang perlu lah pk masa depan. Bila dah enak bercinta, mesti nak kawen kan. Dengan perangai si dia yang suka memukul tu, layak ke si dia tu untuk menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik...?? Sedangkan diri sendiri pon tak terpimpin, ni kan pulak nak pimpin anak bini suatu hari nanti. Lelaki yang tak boleh mengawal emosi, bukan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup tau. Mana tak, nanti dah kawen ada anak segala, masalah pon makin bertambah. Kalau si dia tak boleh mengawal emosi sebaiknya, mahu la dengan anak-anak pulak dijadikan mangsa. Korang nak tengok anak korang dipukul macam binatang ke? Jangan nak pk panjang, buang je dia dari hidup korang...!!!

PAKWE KAU TAK DE KEISTIMEWAAN LANGSUNG
Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan. Biarpon kita rasa sikap kaki pukul dia tu satu kekurangan dan sikap pandai memujuk dia satu keistimewaan. Hakikatnya, dia tak de keistimewaan langsung pon berbanding dengan lelaki-lelaki yang lain. Apa yang dia tahu, dia akan jadikan kita sebagai tempat untuk dia lepaskan rasa marah dan geram. Dan, selepas tu akan memujuk meminta maaf dari kita balik. Kalau dia betol-betol insaf, dia tak kan ulang benda yang sama. Tapi, kalau dah sepuluh kali pukul, sepuluh kali mintak maaf, tu dah masalah lain. Korang jangan nak jadi bodoh kali yang ke sebelas. Tinggalkan si dia..!!

PAKWE KAU TAK BERPERIKEMANUSIAAN
Secara fitrahnya, lelaki dijadikan oleh  ALLAH untuk melindungi pompuan. Namun, kalau sudah sikap dia tu kaki pukul, tiada istilah dalam hidup dia untuk melindungi pompuan. Jangan bazirkan masa kita dengan manusia yang tak tahu nak hormat kita sebagai seorang pompuan. Selagi dia tak belajar untuk menyayangi orang lain, selagi tu lah dia tak layak untuk bercinta. Yang pompuan pulak, perlu ke korang mempertaruhkan masa depan korang untuk lelaki yang jenis kaki pukul ni..? Jangan siakan masa, percayalah yang korang mampu untuk memiliki seseorang yang lebih baik. Buang je dia dari hidup korang...!!

**********************************************************************************************

Aku ada jugak la dengar cerita dari kawan-kawan aku pasal masalah macam ni. Aku ingatkan, semua hal ni wujud dalam drama kat tv tu je, tak sangka dalam dunia realiti pon wujud. Yang aku tak paham, dah kalau tangan naik ke muka dan kaki dah naik kebadan, kenapa tunggu lagi? Lelaki tu bukan suami korang pon, pakwe je pon. Bila-bila korang nak lari pon, tak de masalah la. Tak berdosa langsung pon. Tak guna dok berharap pada orang yang tak tahu hargai dan menilai cinta kita. Tak payah nak konpius nak terus bercinta atau nak berhenti bercinta. Orang jenis kaki pukul ni memang patut kena tinggal.

Ok, tu je yang terlintas dalam kepala aku sekarang. Kalau korang ada apa-apa yang nak tambah, boleh komen la kat bawah ni. Sesape yang ada cerita berkaitan kisah cam ni, boleh gak share. Tiba-tiba terasa nak marah dengan orang yang selalu menjadikan pompuan tempat melepaskan marah. 



Peringatan: pompuan ni lemah tahu..? jaga dan pimpin kami ke arah yang betol. jangan menyesatkan dan jangan jadikan kami mangsa keadaan.

-peace yawww-

Sunday, October 16, 2011

aksi 18sx depan mata aku

malam minggu, malam yang paling heaven. malam orang muda bersuka-ria dan berpesta. kebiasaannya, malam ni la semua orang muda nak lepas gian. mana yang tak jumpa awek seminggu, mana yang tak layan snooker sebulan, mana yang tak keluar lepak berhari-hari, mana yang tak keluar makan sepuluh hari. semua nak lepas sangap malam minggu. kalau sepuluh orang muda mudi, ada la sorang yang melekat kat umah..belajar ngaji ngan mak dia. yang lagi sembilan, haram...!! kan?kan?

aku tak nak melalot lebih-lebih. entry hari ni, aku nak cerita pasal malam heaven aku, baru-baru ni. jom layannnn.............

***************************************************************************************************

aku macam biasa, lepak kat pantai teluk cempedak atau nama glamour TC.. aku belom ada jantan lagi. so, buat hal sorang-sorang jela. ok, korang nak kata aku tak laku. fine. aku tak kisah. single itu simple wei. hehe. sambil aku makan nasi lemak sambal kerang. aku tengok macam-macam jenis orang dok keluar masuk restoran peberet aku ni. yang berpimpin, yang berpeluk, yang tak bertegur. macam-macam jenis ada la. majoriti, anak melayu yang masih muda-muda. muka memasing ala-ala pucuk muda, mentah lagi.

nak dijadikan cerita, elok-elok je aku nak habiskan nasi lemak aku tu ada la satu hal jadi yang memang aku tak berapa suka la. kejadian tu tak jauh pon dari aku. berhadapan je, lebih kurang lima langkah dari meja aku. sorang pompuan dan sorang lelaki. nampak cara memang tahu la berkapel budak tu. jadi, aku rasa tertarik ngan kecantikan pompuan tu. ngan pakai pashmina belit sini sana. muka dia memang tiptop la kan, lebih kurang sempoi macam lisa surihani je. niat aku nak keluar restoran terus tak jadi. aku rasa macam nak nengok-nengok pompuan ni jek kan.

...seminit....dua minit...tiga minit...

lama-lama korang tau tak aku nampak dorang buat apa?? ha, ni aku tunjuk contoh. gambar ni macam dah teruk sangat, tapi apa yang terjadi depan aku lebih dari gambar ni.




dorang main korek-korek la pulak depan aku. aku tahu la angin malam tu punya la sejuk. tambah lagi pulak dekat ngan pantai. memang cukup-cukup romantik. tapi, jaga la perilaku tu sikit. kalau nak kata dah kawen, muda sangat. kalau betol dah kawen pon, tak kan tak boleh tunggu kat rumah. selesa lagi puas. ni depan-depan orang. serious aku rasa macam nak baling sudu, ngan sisa-sisa nasi lemak tadi. lagi bagos kalau aku kenal mak bapak dia, senang aku snap sekeping dua gambar hantar mms. mahu la mati terkejot agaknya. sungguh tak senonoh kot. kau bertudung segala buat perangai macam tu. celaka nak mampos.




aku punya bengang, aku pon pk nak keluar cepat-cepat la. untuk mencegah kemungkaran tu, aku jalan ngan satu idea. aku bangun dari kerusi kayu tu, sudu yang aku makan tadi tak lepas dari tangan. aku bukan nak buat balik rumah pon sudu tu. aku jalan ke meja dorang, dan-dan depan meja tu, aku jatuhkan sudu. jadi, kalau sudu dah jatuh, aku kena la kutipkan? haha. aku pon kutip la, serentak ngan tu jugak dua-dua ekor yang syok mengorek tu berhenti tiba-tiba. sebelom jalan, aku cakap "tak guna kau sudu, depan-depan orang jugak kau nak jatuh..tak tahu malu langsung...!". aku tengok dorang dan aku letak sudu tu atas meja dorang sebelom melangkah keluar sambil senyum.





fuhhhh....!! lega dan puas hati aku. bukan aku jeles ngan dorang. bukan aku bengang aku tak dapat korek. tapi, aku rasa tanggungjawab aku la. mungkin sebagai sesama islam, juga sebagai seorang pompuan. kalau jadi macam tu, orang tak mengata yang jantan tu. orang akan kata "bodoh punya pompuan".... mungkin aku dapat hentikan scene tu selama beberapa minit. tapi, ok la tu kot. lagipon lepas tu, aku nampak dorang pon keluar restoran tu jugak. mungkin malu. aku tak tahu nak buat apa. tu je aku mampu buat. nak bagi tazkirah panjang-panjang, aku pon tak cukop ilmu jugak lagi. kalau korang, apa korang nak buat?? jangan jawab yang korang nak buat bodoh pulak. aku hempok kepala jap lagi..!! 

peringatan: jangan buat sesuatu yang memalukan. ingat maruah diri sendiri, maruah keluarga dan yang paling penting maruah agama kita. kalau kita tak jaga, sape lagi?

-peace yaww-

Friday, October 14, 2011

tiada lagi penantian


aku ingin kau jauh dari ku
aku mahu setiap gerakku tiada kenanganmu
aku tahu ia sukar tapi itu yang aku mahu

sekian lama kita terpisah
aku mengerti apa itu rindu
kasih yang dulu kini menjadi debu
bagimu dan mungkin juga bagiku

aku kini mampu berdiri sendiri
meskipun tanpa hadir dirimu disisi
tak perlu lagi aku rindu sambil menangisi
tentang apa yang telah terjadi 

hari ini
aku berdiri untuk aku sendiri
tidak mungkin aku diburu kenangan lalu lagi
sekali kau pergi jangan pernah kembali lagi
sungguh tiada penantian dariku lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...