thank you followers

Saturday, October 29, 2011

pompuan tak suka bola sepak

dari pukul sebelas malam tadi bawak ke pagi ni, rata-rata blog semua nak review pasal bola sepak. serba salah pulak aku jadinya. kang kalau tak tulis pasal bola sepak ni, macam aku ni tak up-to-date lah pulak. ye tak? konon macam aku ni tak follow gosip semasa.

memandangkan semua orang dah bercakap kencang pasal bola sepak tu, aku nak ambil sikit je dari topik bola sepak malam tadi. aku nak komen lebih-lebih, aku memang tak reti la wei. aku memang tak minat bola. dari dulu, sampai la sekarang. memember cakap kiri kanan pasal bola pon, hati aku tetap tak tersentuh. 

entry aku hari ni, bukan nak bercerita pasal bola semalam. tapi, pasal peranan pompuan terhadap perlawanan bola sepak. ha, nak tahu lagi baca entry aku sampai habis..!!


**negeri sembilan menang. hampa la jugak aku sebagai penduduk tetap pantai timur**
**********************************************************************************************

zaman sekarang bukan macam dulu kala. sekarang zaman dah moden. perangai pompuan lebih kurang lelaki. kadang-kadang tu, pompuan pulak yang melebih lagi dari lelaki. tak lari jugak dalam topik bola sepak. aku perasan lah kan, sekarang ramai je pompuan yang dah boleh melepak sekali ngan lelaki sambil berborak pasal bola. mula dari nama-nama player, posisi player tu, pencapaian, biodata, segala hal dia dah boleh hafal lah. kalau pompuan cam gini, senang cerita lah aku rasa. kadang-kadang si pakwe tak malu la bawak awek lepak kedai mamak ajak nonton perlawanan bola sepak sama-sama. ye tak?

tapi, tak tertinggal jugak pompuan yang tak boleh masuk buku langsung pasal bola sepak ni. dah dia tak minat bola, nak marah-marah pulak kalau si pakwe ni nak luangkan masa untuk nonton perlawanan bola. ala, bukan tak biasa dengan ayat pompuan cam gini kan. contohnya:-

-"hubby, baby menci hubby..!! lama baby tunggu hubby mesej tau.. mesti tengah lepak kat kedai mamak tengok bola lagi kan? baby nak hubby pilih sekarang. hubby nak baby ke, hubby nak bola tu..??!!"

aku, walaupun aku pompuan dan tambah lagi aku memang tak suka bola tapi aku sangat menyampah dengan pompuan jenis tak reti bahasa macam ni. aku tak rasa pompuan-pompuan ni patut meneruskan cara sakai macam ni. tak lama wei, gerenti pakwe kau lari lintang pukang lah. bukan ke lelaki suka pompuan yang memahami diri dorang..? so, bila si pakwe nak lepak ngan memember, nak nonton bola sepak, bagi jela. bukan lama pon kan. dah korang tak minat, dok diam sudah..!!

bagi sesape yang dah kawen. kalau laki korang tu memang jenis gila bola, apa salah jadikan hari perlawanan bola tu sebagai 'special day' untuk korang bersama. haha. ewah. macam aku dah berlaki je kan. aku memang la tak kawen lagi. tapi, aku selalu tengok mak aku la. mak aku macam tak minat sangat bola. tapi, bila ada perlawanan bola, mak aku ada taktik baik punyeh nak halang mr bapak dari pergi kedai mamak. mak aku akan call sepupu sepapat sepopot aku dan memember aku, ajak datang tengok bola kat rumah. then, mak aku kemas-kemas ruang tamu tuh ala-ala macam santai je. bab makanan pulak, memang tiptop la. serious gempak, tak de yang kurang.

so, aku rasa, pompuan-pompuan yang tak berapa minat bola tak payah la nak bergadoh segala dengan si pakwe/si suami semata sebab perlawanan bola sepak. memahami dorang tu lebih baik. hubungan pon bertambah rapat beb. 

***********************************************************************************************

aku try buat kek ni, sempena nak tengok perlawanan bola sepak semalam. mr bapak cakap sedap. mak aku cakap tak sedap. haha. aku peduli apa kan. aku buat korang makan. hehe.




peringatan: cuba paham hati orang yang kita sayang. sedikit sebanyak, kita akan dapat kebahagian yang sama.

-peace yawwww-

4 comments:

Cik Gee said...

gee x suke bola sepak, tapi x pernah pulak terpikir nak halang org lain main bola sepak.. hehe.. :)

cacamarba said...

walopn aku laki..aku x minat bola sbb pd aku,bola ialah satu permainan lari2 ke depan ke belakang..hahaha..tp yg kek tu mcm menarik je.kek lapis apollo ke?

ayuna ayuni.. said...

gee:

buat apa la kite nak halang kan??

cuba kalau ade orang halang kita shopping. tak pon halang kita makan.

mesti bengkak hati punyo kan..

heheh

ayuna ayuni.. said...

cacamarba:

tak minat bola...???

wah, first time kot ada lelaki mengaku cem gini...


sempoi la...hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...