thank you followers

Wednesday, August 31, 2011

pompuan kempunan nak cantik

pagi-pagi raya lagi aku dah bangun...tanpa disuruh, aku straight je ke toilet. sambil berjalan, mata segan-segan nak bukak, campur pulak ngan niat hati nak sambung balik mimpi tadi. berbelah bagi sungguh. tapi, setiap langkah aku tu, aku asyik cakap "hari ni, aku akan jadi lebih berguna dari hari yg lain". bermotivasi habis...!! cam sengal tak? dah sampai ke hala tuju aku, toilet, aku pon membuang segala lemak yang aku kumpul time berbuka malam tadi. last day puasa la katakan. makan memang la lebih sikit dari biasa, mak aku pon masak kaw-kaw punya. heaven sangat la time tuh, tanpa berfikir akan lemak yang kian bertambah. 





ok, kembali ke cerita asal aku, usai aku buang segala, aku pun bersiap lah...baju baru, tudung baru, selipar baru, macam-macam baru ah. senyum bangga tahap cipanzi tau. aku tengok la kat cermin bilik aku, "cantik gak aku ni pon, cuma tak reti nak gunakan kecantikan ni je pon", memang ada nada riak disitu ye. aku pon capai la barang-barang mekap aku. ala, barang mekap la sangat...apa yang ada je pon. cuma sikat, bedak debu stok baby punya tu, lotion dan bedak compaq johnson, vaseline....tu je la yang aku mampu. eyeliner, blusher, eyeshadow, mascara, whatsoever tu semua tak de. "siot betol", bentak hati aku. aku tak kira, yang penting...aku nak jadi "miss world" hari nih. by hook or by crook, eceh. poyo perabeh!!




********************************************
teringat pulak aku hal dua hari lepas, ha..ni la cerita entry ni sebenarnya. beria-ria aku ajak mr.bapak pergi watson kat satu mall ni, opkos la area kuantan je. pe jadah pon aku nak pegi watson kedah ke, perak ke, kl ke..aku tak gila lagi, jauh pon ye jugak. al kisah, kononnya nak tampil lebih cantik dan anggun. so, aku rasa aku perlu ke watson untuk mencari sedikit sebanyak benda-benda tempek kat muka. yelah, muka dah tak lawa, so perlu lah bantuan bende tempek segala untuk cantik. seriously, aku memang tak pandai, tapi dah nama pon pompuan. kak limah, kak tijah, mak eton, mak senah sebelah rumah yang kedot 55 baris pon nak nampak muda. ye tak? begitu juga aku lah kan. tak mahu kalah punyo. lebih dari setengah jam, mr.bapak yang setia menanti kat luar tepon dah..ajak balik. haish. kacau betol la. ni payah yang datang ngan orang lelaki ni. kerja nya nak cepat je. dia tak tahu yang kita ni nak cantik.~

dengan pantasnya, aku pergi kat barang tempek jenama maybelline, aku pegang-pegang je pon...aku jalan depan sikit lagi, ada silky girl, aku pegang lagi sambil tengok-tengok. aku tak reti nak pilih la beb. sedih time tu, aku je yang paham. rasa macam nak guling-guling sambil nangis je. tapi still wat muka berlagak tahu lagi. promoter kat situ, haram jadah..tak reti nak wat keje langsung, makan gaji buta. tau ah pose pon, jangan la kedekot sangat air liur tu, air liur je pon, berbuka nanti boleh refill gak, layan jela aku ni. haish. promoter pon perlu ada firasat hati yang tinggi tau? ape daaaa~~ so, aku teruskan perjuangan tanpa sebarang pertolongan dari promoter yang makan gaji buta tu, aku jalan ke simply siti situ sana sini, pastu revlon, pastu essence pastu ape benda jenama ntah lagi nyek. haram!! aku tak tahu dan tak jumpa apa yang patut aku beli. aku tengok jenama, aku ambek barang tu, aku pegang, tenung sampai juling mata aku, guna tester segala. ceit!! still, tak tahu nak beli yang mana. buntot aku dah rasa vibrate kali kedua, memang tak lain tak bukan, mr.bapak lagi..!!




"lambat lagi ke? cakap kejap je...", mr.bapak dah mula cam bengang.

"ala...jap2, dah kat pintu keluar mall ni", cubaan menipu sunat dibulan puasa, aku memang terer bab bab ni kalau korang nak tahu.

senyap. mr.bapak matikan panggilan tanpa sepatah ayat. aku pon tanpa berlengah lagi, letak semua bende jadah tu balik, keluar watson dengan muka seposen. korang nak kata apa? nak gelak? gasak ah...peduli apa aku. sekurangnya aku ada niat untuk tampil lebih meriah dari biasa, tapi....tak jadi lah kot. bukan sebab tak reti nak pilih produk, bukan jugak sebab mr.bapak tak sabar-sabar ajak balik. tapi, ada sebab lain la beb. nak tahu apa sebab? tunggu~

tiap kali aku guna tester produk tu, aku bau benda tu macam tak best la. busuk semacam je. kalau nak listkan, bau dia bawah sikit je bau bahan buangan korang semua. ya ampun la busuk, tak tahu la aku kot hidung aku terlebih kembang ke ape ke sampai aku bau cam tu sekali kan. tapi, memang sah, bukan salah hidung aku ni. memang bau haram jadah tu la. sambil aku dok bau-bau, kembang-kembang hidung aku dibuat haram jadah tu, aku teringat pulak orang kata ada produk kecantikan ni guna uri ibu mengandung tu la, guna lemak cik pig....so, aku cakap sorang-sorang "fulamak!! busuk siot. mesti guna benda-benda haram jadah semua tu, sebab tu bau cam gini"...dan, sebab tu jugak ah aku panggil benda yang aku nak beli tu haram jadah. sorry la.....bukan pesen(style) aku la main tempek-tempek ni.~




aku tak kata la semua produk cam gituh, tu cuma aku punya otak pk. aku pon, dengar cite semua tu dari orang-orang aku je pon. tak la aku baca mana-mana risalah. aku cuma nak gitau la, korang nak beli produk apa-apa pon, pk dulu... selamat dari semua bahan terlarang segala, boleh bawak sembahyang segala, pastu ukur kemampuan diri(banyak produk mahal). lagi satu, aku ingat pesan lecturer aku. beliau berkata:


"korang beli produk kecantikan mahal pon, bukan boleh ubah apa, kalau lubang hidung besar..maintain besar cam gitu la jugak. tak akan menjadi mengecil punya"



ye tak ye jugak eh?? haha... nasib baik aku tak jadi beli, selamat duet aku. ;)



peringatan: jangan jadi cam aku. taksub nak cantik. sampai cam ni jadi. kita pompuan, cantik muka je pon, tak guna gak....hikhik

Monday, August 29, 2011

jiwa si yatim piatu

bila along tengok kain baju kurung yang belum dijahit tu, along terkenang ibu. bila along lihat tikar sejadah terlipat rapi bersama kain pelikat tu, along teringat wajah ayah. dulu, ayah dan ibu jemput along  pulang untuk menyambut aidilfitri bersama-sama, along pasti akan pulang. sekarang, along juga sabar menanti, namun ayah dan ibu tak mungkin kembali.

hari raya ni, hari raya pertama untuk along dan adik-adik beraya tanpa ayah dan ibu. seperti selalu, along akan bawak adik-adik ke pusara ayah dan ibu. along janji along akan pergi. raya kali ni, tak macam dulu-dulu lagi. dah tak de rendang ibu, dah tak de baju baru yang ibu jahit, dah tak de kuih-kuih yang ibu buat. dapur kat rumah pun, sunyi je. dan, yang paling terasa hilangnya, along dan adik-adik dah tak boleh minta ampun ngan ayah, ngan ibu. banyak dosa kami ngan ayah dan ibu. ibu dan ayah pergi terlalu awal, along tak jangka semua ni. kalau lah along tahu semuanya akan berakhir macam ni, along nak peluk ibu. along nak peluk puas-puas, tak nak lepas-lepas. along nak ibu...along nak ayah. tiada lagi leteran ibu, tiada lagi suara ayah, semua nya tak de dah. bu,... along rindu ibu. ayah, along rindu ayah sangat-sangat. 

besar ujian ni ibu, ayah...adik-adik selalu tanya along, mana ibu dan ayah pergi. setiap kali tu, jiwa along bergetar, tak tahu mahu berterus terang atau pun berselindung. mereka masih kecil ayah... mereka masih perlukan ibu dan ayah. along tak mampu, tak mampu buat semua ni. along masih muda untuk semua ni, masih mentah untuk menjadi ketua keluarga. along nak nangis, tapi wajah adik-adik beri along kekuatan untuk meneruskan semua ni. along tak nak tunjuk along sedih, along mampu menangis dalam hati je. ibu, ayah....along perlukan doa ibu dan ayah dalam hidup along.

kalau dulu, along selalu 'mogok' kalau kehendak along tak dihirau. sekarang, along tak peduli, along tak nak minta apa-apa dah, cuma along nak ibu dan ayah je. kalau dulu, along selalu keluar merayau dengan kawan-kawan. sekarang, along janji along akan duduk rumah je. kalau dulu, along selalu biarkan ibu dan ayah buat kerja. sekarang, along rela buat semua kerja tu. kalau dulu, along selalu jerit-jerit panggil ibu. sekarang, along nak ucap along sayang ibu selalu. kalau dulu, along marah ibu cium pipi along. tapi sekarang along perlukan ciuman itu, along akan cium ibu balik, along akan peluk ibu balik. ibu.....along nak ibu...!!

ayah...along banyak dosa ngan ayah. apa yang ayah pesan, semua along buat tak endah. ayah suruh along sembahyang, ayah suruh along berdoa, ayah suruh along baca al-quran...tapi, semua along tak buat. sekarang, ayah dan ibu dah tak ada lagi. along cuma ada kekuatan melalui sembahyang, baca quran dan berdoa je. ayah, along buat semua tu sekarang ayah..tu je peneman hidup along. dan, yang itu je sedekah dari along...seorang anak yang tak pernah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. along redha ibu dan ayah pergi serentak. mungkin ALLAH nak along sedar. adik-adik yang ibu dan ayah tinggalkan, along akan jaga, tu lah permintaan terakhir ayah dan ibu sebelum keluar rumah kali terakhir 8 bulan yang lalu. along redha segalanya ibu..ayah, along redha..... 




SELAMAT HARI RAYA IBU DAN AYAH
DARI JAUH ALONG MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI KE HUJUNG KAKI 
HALALKAN MAKAN MINUM KAMI ADIK BERADIK


setinggi mana kedudukan seorang anak, dalam dakapan ibu juga yang paling selesa
sekuat mana pun gertakan, gertakan ayah juga yang menusuk ke dalam jiwa
seluas mana pun kita belayar dilautan, sesat entah kemana, ALLAH adalah peneman kita
seribu langkah kau berjalan dan berlari, tak mungkin boleh memutarkan masa
jadi, buka lah mata, bersyukur dengan apa adanya, sayang selagi mereka masih ada

p/s: kita masih beruntung, memiliki ibu dan ayah..keluarga yang lengkap. jadi, di hari raya ini, tidak ada salah jika kita memohon ampun, bersalam, memeluk dan mencium kedua ibu bapa kita. walaupun tak pernah buat, jadikan tahun ni tahun yang pertama. jangan jadi seperti 'along'. tahun depan, belum tentu ibu dan ayah kita akan beraya bersama kita. sekian.

Friday, August 26, 2011

"contest word search (TEST IQ) BUT....nice"



dah jadi follower kepada SINI dan SITU
dah buat special entry untuk contest ni
dah copy gambar yang diberitahu kat atas tuh
aku pilih soalan HOSPITAL
ni aku tempek jawapan




p/s: berkat aku main "word search" ngan adik-adik aku la aku jadik terer cam ginih..!! yo gebba gebba..!!

Thursday, August 25, 2011

raya dulu vs raya sekarang

LAGU
aku bukan nak kata apa la, lagu raya sekarang memang tak boleh blah!! tak best langsung. aku dengar, dengar dan dengar lagi...still tak terharu pon. aku tak tau la pulak kot aku ni jiwa keras ke apa. tapi, member aku pon cakap cam gitu jugak. aku, walaupun jiwa muda..bab lagu-lagu raya ni, aku prefer lagu raya dulu-dulu. dj dave, hail ameer n uji rashid, fazidah joned, ahmad jaiz, m nasir dan ramai lagi..!! makcik n pakcik ni punya lagu boleh buat aku nangis wooo.....



UCAPAN
kalau korang ingat la kan, dulu-dulu punya cara ucapan guna kad raya kan? meleleh la peluh aku dok mencari kad raya untuk member-member. aku pulak memang jenis tak suka beli kad yang sama, lagi jenuh memilih. tapi sekarang, macam-macam cara mudah dah wujud. tepon, email, fb, twitter, bla bla bla... tapi, cara dulu lagi best..!! kene pergi beli, tulis ucapan, tempek setem, hantar pos. penat memang penat. tapi, yang penat tu la yang ada banyak memori. nak dibandingkan sekarang, dok depan laptop, tenyeh-tenyeh keyboard then tekan butang post or send. korang rasa, yang mana lebih orang hargai? kad raya, orang susah nak buang..malah, setiap kali hari raya, kad-kad raya tu akan dibelek-belek semula. berbeza dgn cara sekarang, sesenang korang tekan butang send or post, sesenang tu la orang tekan butang delete. kan? kan? kan?




KUIH
kalau dulu, masing-masing sibuk menahan kelopak mata, takut la tertidur sebab malam-malam nak buat kuih raya. berkumpul adik beradik, tepung sana tepung sini. macam-macam kuih yang ada. sedap tak sedap, belakang kira. yang penting buat sama-sama, bergurau senda. mak pon senang hati tengok anak-anak ada 'teamwork'. tapi sekarang jarang sangat da, sebab kat luar, terlalu banyak kuih raya longgok. main tunjuk je. biasanya, orang main serbu port kuih raya ni masa malam raya la kan?? lebih murah kata mereka.. lagi satu, kuih raya dulu punya nama, nama melayu.. sekarang, zaman dah moden nama pon tukar dah jadi half melayu half tak melayu. aku si penggemar kuih raya ni pon dah tak boleh hafal nama-namanya.




**************************************

p/s: aku saja buat entry ni, orang lain cerita pasal raya, aku pun nak la jugak!! hihihik... ada 3 situasi 'dulu dan sekarang' aku bagi... tapi, main point nya adalah:

BAYANGKAN SEKARANG KORANG RAYA BERSAMA MAK BAPAK KORANG....TAHUN-TAHUN DEPAN MASIH LAGI KE..??? 
hargailah mereka selagi mereka ada

"SEGMEN JOIN BLOGLIST AG"



assalamualaikum

dear All,
I take this opportunity to wish all readers of my blog happy ramadhan al-mubarak. My sincere and best wishes as well to all fellow Malaysians at home and abroad a very ‘Happy Merdeka Day’. 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
and
Selamat Hari Raya to all muslim readers
have a great festive season and have a great time with your  family

********************************************************

special to AG:

Selamat Hari Raya and Happy Independence Day
May you have a joyful Hari Raya with lots of lemang and rendang! 
May you have a happy holiday filled with generosity, love, kindness and peace. 
May Allah bless you at this special time of the year. 
Amin.
**************************
************

p/s: aku nervous gila nak tercekik wat entry ni, first time la join segmen cam gini....hihi korang nak join?? join kat sini


Monday, August 22, 2011

blog sebagai surat hati

aku nak belog..!! belog yang cantik. simple. dan orang pun suka. aku nak tulis kisah hati aku. surat yang aku taip, surat rahsia hati aku. aku tak mahu meniru. dan aku juga tak mahu ditiru. aku suka tengok belog korang. semua cantik. banyak follower. aku tak kisah. aku akan cuba. bagi aku, penulisan itu penting. belog, satu dunia untuk aku, yang baru aku jumpa. ya, aku boleh meluah segalanya disini. walupun mungkin ada yang tak faham, aku tak kisah. asalkan hati ini tenang.


sebelum ini, kertas dan pen sahabat aku. kertas dan pen tak pernah membelot. tak seperti manusia, mulut selalu bocor. rahsia tak menjadi rahsia kalau bercerita sesama manusia. kertas dan pen tu akan ikut cakap hati aku, tak mungkin terpesong..!! kalau hati aku kata "ya", maka "ya" lah yang tertulis. kini, aku jumpa dunia baru, belog. belog sahabat baru aku, namun..tak juga aku dapat lupa pen dan kertas. aku masih memerlukan mereka.


setiap apa yang terluah disini, ianya dari aku. dari aku sendiri. harapnya, ada yang memahami maksud yang aku cuba sampaikan. bagi aku, tak perlu nak melebih, tak perlu mencipta segala tarikan yang luar biasa. aku tak mampu berlakon menjadi orang hebat yang lain. aku masih bangga menjadi diri aku. untuk menjadi yang terbaik, tak perlu untuk kita menjadi sesiapa yang lain selain diri kita. apa yang penting, asalnya ada ikhlas dalam hati. .sekian.



Monday, August 15, 2011

why i love you



you give to me hope and help me to cope
when life pulls me down, you bring me around

you teach me to care and help me to share
you make me honest, with kindness the best

from you I learned love with grace from above
it's for you I live and I want to give

you are the reason that fills each season
when I hear "love", i think of you
you are my world and best friend too

i love you because 

you are so kind, thoughtful and caring
i love you because 
you are so pleasant, lovely and sharing

Thank you



Wednesday, August 10, 2011

berkata tentang bulan




ada bulan di atas sana
berseri cahayanya mampu membuat aku senyum bahagia
oh bulan, kenapa kau jauh disana?
walaupun jauh, aku tetap penunggu yang setia

malamku ditemani lagu, berdiri di jendala
aku melihat, merasai suasana bulan bercahaya
aku tahu, aku tak mungkin akan kesana
tapi...itu yang aku mahu sebenarnya

hatiku memberontak lagi, mahu pergi ke bulan
aku duduk tetapi rasa seperti di awangan
cantik bulan itu, lagi-lagi bila mengambang
aku risau..adakah aku gila bayangan seseorang?

ya, seseorang...mungkin bulan itu yang aku tunggu
ku tunggu-ku tunggu bulan di atas sana
tapi, bulan di bawah juga aku merayu
pulanglah...pulanglah kepadaku

bila lihat bulan, wajah mu datang bertandang
sebab itu, aku sentiasa memandang bulan
hati yang penuh rindu ini selalu terbuang
tersisih, terhina olehmu teman

jauh bulan di atas sana, jauh lagi bulan di tanah rata
kau dan aku berada di bumi bersama-sama 
tapi, sukar untuk aku bersua muka
lalu..aku pilih untuk terus melihat bulan di atas sana



p/s : satu saat aku bayangkan kau seperti bulan, indah..sejuk mata memandang. DAN. ada satu saat aku bayangkan kau seperti mentari, panas..terik yang mampu mengalirkan peluh di dahi. maaf..!


Saturday, August 6, 2011

GOOD MORNING..!



Good Moooorning!

I am glad that you are finally out of bed!

I just wanted to say a quick hello to you,

I know you are busy and have a lot to do!

So, go enjoy a cup of coffee, or some tea,
(ops..!! puasa larrr)

And have the very best morning that can be!

I hope you smile as you go through you day,

Whether you are busy working or at play,

Remembering this good morning send,

From your slightly silly, but faithful friend!



The Greatest Pleasure in Life is to do
What People Say U Cannot do!!!!!!


Enjoy Your Day !!

isteri dera perasaan suami dan anak-anak


Cerita ni, telah lama berlaku, berbulan-bulan yang lalu. Bukan mimpi, bukan khalayan tetapi satu realiti dalam kehidupan. Siapa yang tak ingin disayangi?? Siapa yang tak ingin dibelai mesra? Terutama dari seorang ibu. Orang kata, kasih sayang seorang ibu ada di mana-mana dan bila-bila masa je. Aku percaya semata-mata kerana aku salah seorang anak yang bahagia dengan hidup aku. Aku tak pernah ambil tahu tentang hidup dia, dia, dia dan dia. Yang aku tahu, bila aku bahagia, orang lain pun sama. Aku tak tahu tentang realiti hidup yang sebenarnya. Bukan semua yang kita rasa, orang lain juga akan rasa. Gembira kita, mungkin sedih orang. Kaya kita, mungkin miskin orang. Sakit kita, mungkin lega orang. Begitu hakikat hidup sebenarnya. Baru aku tahu….

Aku sendiri tidak tahu dimana mulanya cerita ini, yang pasti, mata aku menjadi saksi pada waktu itu.  Semasa semua itu berlaku, aku kaku. Hanya itu yang mampu aku lakukan, aku gementar dengan situasi sebegitu. Hendak aku lari, kaki berat disitu. Hendak aku menangis, aku tahu aku harus tabah.

Suasana di dapur pada ketika itu sangat sunyi. Aku tahu ada sesuatu yang aku tidak tahu. Aku memerhati.  Seorang ibu, memasak untuk semua anak-anak dan suaminya. Tanpa sebarang kata, terlihat kasarnya si ibu. Aku lihat, suaminya terdiam di penjuru dapur. Anak-anaknya, diam seakan memahami situasi mereka, tertunduk merenung lantai. Sungguh simpati. Aku tertanya-tanya, apa masalah mereka. Si ibu, memasak sambil memaki hamun, hempas segala barang di dapur. Sungguh kesat...sungguh menakutkan. Aku terdiam, berundur beberapa langkah ke belakang.




Aku ingin tahu, apa perasaan anak-anak dan si suami ini? Sungguh aku diselubungi perasaan sebak yang tak terhingga. Jelas, nampak ketakutan di wajah si anak-anak. Jiwa mereka seperti apa? Ibu itu, apa masalahnya? Bagaimana anak-anak ini akan tempuhi setiap hari yang berikutnya?

 Ya allah, aku minta segala kekuatanmu untuk anak-anak ini. Hati mereka masih rapuh. Mereka terlalu muda untuk mendengar caci maki lebih-lebih lagi dari ibu sendiri. Anak-anak lain sibuk berlari mencari di mana ibu mereka, berlumba untuk dipangku, untuk dipeluk, untuk dicium ibu. Tapi mereka, mancari-cari dimana kasih sayang ibu, mereka mencari tempat berteduh untuk lari dari si ibu. Aku mengerti kata hati si anak-anak ini. Walaupun mereka tidak berkata, aku faham segalanya.




Setelah lama menunduk, salah seorang mengangkat wajah derita itu. Aku memandang tanpa kata, merenung supaya anak itu ada sedikit kekuatan. Mereka tersedar yang aku memerhati semua yang terjadi. Serentak, mereka berlari menghampiri aku. Ya, saat itu, aku kumpul segala kekuatan yang ada. Di saat aku memeluk mereka, terasa hangat airmata menitis. Aku tahu, tanpa kata-kata, mereka hanya mampu meluahkan dengan airmata. Aku biarkan….

Pengalaman ini, tak mungkin aku lupa. Ingin aku belai mereka, ingin aku beri segala kekuatan yang aku ada. Tapi, aku tidak mampu. Akhirnya, aku harus pergi. Aku melangkah dengan hati yg sangat sebak, menahan airmata dari menitis. Kini, aku keseorangan, teringat anak-anak disana. Jauh disini, aku hanya mampu berdoa, agar segalanya berubah. Semoga ALLAH lembutkan hati si ibu dan beri segala perlindungan kepada anak-anak itu. Amin…







-peace yawww-


Tuesday, August 2, 2011

sekali aku cinta



biar sesepi ini...
biar serindu ini...
biarpun kau jauh..
biarpun kau hilang..

aku tetap disini bersama janji dulu...
walaupun kau telah mungkiri..

sekali aku cinta...
ianya bukan mudah untuk dilupa...
seksa aku mengingat janji dulu
walaupun kau jauh..
namun disisiku kenanganmu tetap bersama...

biarlah jauh cinta yang lalu..
biarlah pudar kenangan dulu..
yang pasti.....aku masih disini 
menunggu dirimu yang tak mungkin kembali


-peace yawww-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...