thank you followers

Monday, August 29, 2011

jiwa si yatim piatu

bila along tengok kain baju kurung yang belum dijahit tu, along terkenang ibu. bila along lihat tikar sejadah terlipat rapi bersama kain pelikat tu, along teringat wajah ayah. dulu, ayah dan ibu jemput along  pulang untuk menyambut aidilfitri bersama-sama, along pasti akan pulang. sekarang, along juga sabar menanti, namun ayah dan ibu tak mungkin kembali.

hari raya ni, hari raya pertama untuk along dan adik-adik beraya tanpa ayah dan ibu. seperti selalu, along akan bawak adik-adik ke pusara ayah dan ibu. along janji along akan pergi. raya kali ni, tak macam dulu-dulu lagi. dah tak de rendang ibu, dah tak de baju baru yang ibu jahit, dah tak de kuih-kuih yang ibu buat. dapur kat rumah pun, sunyi je. dan, yang paling terasa hilangnya, along dan adik-adik dah tak boleh minta ampun ngan ayah, ngan ibu. banyak dosa kami ngan ayah dan ibu. ibu dan ayah pergi terlalu awal, along tak jangka semua ni. kalau lah along tahu semuanya akan berakhir macam ni, along nak peluk ibu. along nak peluk puas-puas, tak nak lepas-lepas. along nak ibu...along nak ayah. tiada lagi leteran ibu, tiada lagi suara ayah, semua nya tak de dah. bu,... along rindu ibu. ayah, along rindu ayah sangat-sangat. 

besar ujian ni ibu, ayah...adik-adik selalu tanya along, mana ibu dan ayah pergi. setiap kali tu, jiwa along bergetar, tak tahu mahu berterus terang atau pun berselindung. mereka masih kecil ayah... mereka masih perlukan ibu dan ayah. along tak mampu, tak mampu buat semua ni. along masih muda untuk semua ni, masih mentah untuk menjadi ketua keluarga. along nak nangis, tapi wajah adik-adik beri along kekuatan untuk meneruskan semua ni. along tak nak tunjuk along sedih, along mampu menangis dalam hati je. ibu, ayah....along perlukan doa ibu dan ayah dalam hidup along.

kalau dulu, along selalu 'mogok' kalau kehendak along tak dihirau. sekarang, along tak peduli, along tak nak minta apa-apa dah, cuma along nak ibu dan ayah je. kalau dulu, along selalu keluar merayau dengan kawan-kawan. sekarang, along janji along akan duduk rumah je. kalau dulu, along selalu biarkan ibu dan ayah buat kerja. sekarang, along rela buat semua kerja tu. kalau dulu, along selalu jerit-jerit panggil ibu. sekarang, along nak ucap along sayang ibu selalu. kalau dulu, along marah ibu cium pipi along. tapi sekarang along perlukan ciuman itu, along akan cium ibu balik, along akan peluk ibu balik. ibu.....along nak ibu...!!

ayah...along banyak dosa ngan ayah. apa yang ayah pesan, semua along buat tak endah. ayah suruh along sembahyang, ayah suruh along berdoa, ayah suruh along baca al-quran...tapi, semua along tak buat. sekarang, ayah dan ibu dah tak ada lagi. along cuma ada kekuatan melalui sembahyang, baca quran dan berdoa je. ayah, along buat semua tu sekarang ayah..tu je peneman hidup along. dan, yang itu je sedekah dari along...seorang anak yang tak pernah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. along redha ibu dan ayah pergi serentak. mungkin ALLAH nak along sedar. adik-adik yang ibu dan ayah tinggalkan, along akan jaga, tu lah permintaan terakhir ayah dan ibu sebelum keluar rumah kali terakhir 8 bulan yang lalu. along redha segalanya ibu..ayah, along redha..... 




SELAMAT HARI RAYA IBU DAN AYAH
DARI JAUH ALONG MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI KE HUJUNG KAKI 
HALALKAN MAKAN MINUM KAMI ADIK BERADIK


setinggi mana kedudukan seorang anak, dalam dakapan ibu juga yang paling selesa
sekuat mana pun gertakan, gertakan ayah juga yang menusuk ke dalam jiwa
seluas mana pun kita belayar dilautan, sesat entah kemana, ALLAH adalah peneman kita
seribu langkah kau berjalan dan berlari, tak mungkin boleh memutarkan masa
jadi, buka lah mata, bersyukur dengan apa adanya, sayang selagi mereka masih ada

p/s: kita masih beruntung, memiliki ibu dan ayah..keluarga yang lengkap. jadi, di hari raya ini, tidak ada salah jika kita memohon ampun, bersalam, memeluk dan mencium kedua ibu bapa kita. walaupun tak pernah buat, jadikan tahun ni tahun yang pertama. jangan jadi seperti 'along'. tahun depan, belum tentu ibu dan ayah kita akan beraya bersama kita. sekian.

4 comments:

Tajuddin said...

brsyukur ngan krniaan ibubapa kpd kte..bygkan btapa pdihnya hdup seseorang itu tnpe bntuan mreka..

ayuna ayuni.. said...

ya, betol.....
lagi2 bila tgk org lain yang ada ibu bapa

mesti sedih habis

Chachos Cheezy Wedges said...

alaaa.. sdey nye... hmmmmmmm~~
sobsob..

ayuna ayuni.. said...

sedih kan?? org yg menaip ni, lg la sedihnye...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...