thank you followers

Thursday, July 28, 2011

cerita tentang AL-QURAN




Ada orang baca Al-Quran hari-hari

Ada orang baca Al-Quran dua hari sekali


Ada orang baca Al-Quran selang sehari


Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali


Ada orang baca Al-Quran setahun sekali




Ada jugak yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan time dia mati





nak ke macam tu??





Friday, July 22, 2011

SAHABAT itu apa..?







Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih.
Kau subur dengan penuh rasa terima kasih.




Monday, July 18, 2011

wahai perempuanku........



mengatur langkah hari demi hari
jenuh dengan segala dugaan ini
lalu..aku rehat seketika
dan memandang dunia..

indah ciptaan MU...
adakah kami umat MU yang setia?

setiap penjuru aku ingin pergi..
setiap cabaran aku mahu lalui
agar..ia dapat kuatkan akar hati ini
dengan redha MU

jika hatiku sedang ketawa
sedarkan aku dari segala alpa dunia
jika hatiku sedang berduka
silangkan hati ini dengan kalimah MU

noda..memang ada, tetap ada..
di setiap penjuru hidup  ini
walau pun begitu...
aku tegar berdiri megahnya sebagaimana aku kini

wahai perempuanku..lihat masa depan mu
sekali kau cipta titik noda dalam sejarahmu
ia akan menjadi bayang hingga akhir hayat mu
fikirlah wahai perempuanku

wahai perempuanku..
walau dimana kamu berdiri
jagalah hati..sucikan diri
jgn sesekali biarkan hatimu dicuit mereka
mereka yang mampu menghantui masa kelak mu

sungguh...sukar untuk mencipta segala kekuatan itu
namun..percaya hadirnya  ALLAH dihatimu
akan ada sinar di hidupmu..




Saturday, July 16, 2011

jakun. blogger baru. apa rasa...??




jakun. teruja. belek-belek. addicted. bagai nak mati rasanya. tu la yang aku rasa bila aku dapat apa yang aku tak pernah dapat. kesian kan? kan? dulu, aku tak pernah ada laptop. yela, bukan orang kaya pun, mana mampu. bila dah sambung study baru dapat satu. dah dapat tu, siang malam, 24 hours aku belek, explore apa yang patut. memang jakun sungguh..!! pastu, member aku kenalkan pulak fb kat aku. sekali lagi aku dapat benda baru. teruja lagi. aku gila game kat fb, online sampai subuh la layan game, rela tak tidur. sekarang aku rapatkan diri aku dengan blog. blog??? ye....belog, yang korang dok tatap skang ni. aku sudah addicted la. dunia blog ni, syok. umpama diari, tapi bukan lah milik kita sorang. jadi, apa-apa kita nak taip dan post entry, kenalah pk sepuluh kali..! takut ada yang terasa. takut ada yang marah. 






bila aku pilih untuk melangkah ke dunia kedua ni, aku tak paham apa benda semua ni. tapi, lama-lama...aku faham sesuatu. dunia kedua aku ni (blog aku) bukan lah calang-calang tempat. macam masuk black area pon ada kadang-kadang. penuh dengan misteri. awal-awal lagi, aku ada terbaca blogger kutuk blogger. ada tu jugak, yang kutuk blogger baru. ada orang kata, blogger hebat tak pandang blogger bawah-bawah ni. ada yang kata, blogger tak boleh wat cam ni. ada pulak yang kata, blogger kena macam ni. apakah?? haish...

hah..!! amek kau. semua ni terjah lam otak aku dalam masa yang sama. berdenyut-denyut otak aku. aku fikir, betol ke apa yang aku buat ni? menjerumuskan diri ayuni ayuna ke dunia blogger. masa tu, lutut aku dah goyang. lama aku fikir, dan dapat satu jawapan yang pasti. hei..mesti la aku berani meyh..!! aku janji, entry-entry aku bukan untuk kutuk sesiapa. lebih kepada cerita tentang diri aku. diri seorang perempuan. dan untuk orang-orang luar yang fikir apa aku fikir. ini blog baik-baik punya la...orang main langgar blog ni, wa langgar lu la nanti. lu langsi, lu mati oooo.... walaupun tak cantik macam orang lain punya, tapi aku sayang blog aku ni. 

sekarang, dengan bangga nya aku nak cakap yang aku ada blog wei...!! haha. korang ada? ada? kalau ada, meh kita follow-follow. assalamualaikum. "i will follow you"


.............sekian...........




Friday, July 15, 2011

bila diri dalam kesesatan



kerja syaitan untuk menyesatkan umat islam
kerja kita untuk mendekatkan diri dengan tuhan
memang syaitan akan ketawa, terbahak-bahak
bila masa, anak-anak adam dan hawa ini sesat

aku tahu, masing-masing ada salah
tapi...kita selalu diberi peluang kedua untuk berubah
harus ke kita tetap dengan pendirian kita
yang satu itu, degil, untuk ikut arah syaitan


syaitan kata mari-mari-mari
kalau kau lemah, kau angguk lalu terus pergi
syaitan kata ke sini-sini-sini
kalau kau ada iman, kau tetap berdiri

kata orang, ilmu agama itu penting
sesat kemana pun, kau tetap tahu jalan kembali
aku setuju, terasa telinga berdesing
sebabnya aku tahu, aku masih perlu mencari

seringkali, diri ini tersilap, terbabas dari landasan
bila masa aku tersedar, penciptaku sedang melihat
aku takut...aku kesal, lalu aku mohon ampun
semoga aku tabah dengan azam baru yang terpahat

..................................

Thursday, July 14, 2011

pukimak betol...!!

agak-agak best ke tajuk entry ni. tak baik. jangan gelak. huh! sebut sekali je ok. dua kali sebut da berdosa (memandai je aku ni). bukan apa pon. saja nak kongsi-kongsi. perkataan *teeet* tu memang tak patut terluah dari mulut pon. 

tak kisah la kau lelaki ke, kau pompuan ke. benda tak elok, cakap la dalam nada lembut sekali pon, tetap buruk bunyi nya. kan? kan? kan? percayalah. aku paling tak suka dengar perkataan *teeet* ni. 



kalau lelaki yang sebut, aku gerenti tak kan toleh kali ke dua dah, walaupun kau hensem bagai nak gila sekali pon. nampak sangat kau ni jantan yang tak reti nak hormat pompuan. wei, bukan ke mak kau pon pompuan ke? kau tak ada adik beradik pompuan eh? haish. bikin jatuh market jela lelaki cam ni.



pompuan pulak, biarlah muka tak cantik pun, bahasa jaga la sikit. ni tak, muka dah tak cantik, bahasa pulak kurang ajar. bertambah la tak cantik kau tu. kalau yang cantik pulak, main basah je mulut dok sebut *teeet* ni, pon tak lawa gak jadinya. kau pakai lah mcm puteri ke, dayang ke, siti nurhaliza ke, kau akan jadi hodoh jugak.




sejujurnya, aku tak tau maksud asal ayat ni. cuma, memang aku tau la...benda ni tak elok disebut. kalau ye pon nak sebut, sebut la benda lain kalau nak marah, ni kau sebut jugak benda sensitif macam tu?? 


lu pikir la sendiri... da, sekian.



Monday, July 11, 2011

kenangan dalam kotak



dalam kotak ini ada kenangan
macam-macam kenangan yang tersimpan
dah lama aku simpan
dalam kotak ini penuh dengan kenangan

terlalu lama, aku tak mampu buka
aku cuba dan terus lagi cuba
tapi, tak terdaya..
yang keluar akhirnya air mata

aku tak suka, kenangan aku dengan si dia
aku suka dia, dia pun pernah cakap yang sama
cinta-cinta-cinta, semua tu buat aku gila
akhirnya, jiwa ni juga yang terseksa

dia, bagi macam-macam kat aku
teddy bear, coklat, cincin, nota dan buku
semua tu memang aku tak lupa, tak mampu
kalau aku tahu aku akan kecewa, aku tak mula dulu

sekarang, aku teringat kotak tu lagi
aku nak try la buka jap lagi
walaupun hati aku berdebar bagai nak mati
tapi, aku rindu dia, kotak tu sebagai pengganti

dulu, dia selalu ada untuk aku
walaupun dah hampir 3 tahun berlalu
aku tak mampu lupakan si dia tu
cinta pertama la katakan, memang celaru

walaupun dia tu jauh
aku tetap rasa dekat, masih utuh
walaupun hati dia dah menjauh
rasa aku tetap sama, tinggi tak pernah jatuh





Wednesday, July 6, 2011

...syaitan...





syaitan tu wujud. kita tak perlu nak jadi keras hati dan keras kepala. kita kena terima, memang dia ada. cuma, ada ketika kita nampak, tapi tak tahu nak berkata-kata. takut, memang takut. tapi, ALLAH yang cipta kita dan syaitan tu. ALLAH lagi berkuasa. percayalah..!! jangan sampai rasa takut kita kepada syaitan melebihi rasa takut kita kepada ALLAH. sekian.



Tuesday, July 5, 2011

beb, this is too muchhh...!!




dulu kita pasangan terhebat
romantis lah sangat konon
bila terkenang segalanya
aku rasa macam bahagia 
dan juga bercampur duka
apa yang kau rasa?
aku pun tak tahu

dulu kita berjanji nak setia
semua tu adat dalam bercinta lah derrr
janji esok hari ni dah lupa
aku bodoh ke?
kalau aku kata, aku pegang janji kita

aku nak gelak berdekah-dekah
tapi, bila ingat muka kau
aku stop tiba-tiba
aku takut ke? takut apa?

aku pun berjalan
nak cari mamat baru 
aku nak simpan dalam hati ni
tapi, aku mimpi kau lagi beb

adoi...hoi...!!!
this is too much beb...too muchhh...!!
sekian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...