thank you followers

Saturday, July 16, 2011

jakun. blogger baru. apa rasa...??




jakun. teruja. belek-belek. addicted. bagai nak mati rasanya. tu la yang aku rasa bila aku dapat apa yang aku tak pernah dapat. kesian kan? kan? dulu, aku tak pernah ada laptop. yela, bukan orang kaya pun, mana mampu. bila dah sambung study baru dapat satu. dah dapat tu, siang malam, 24 hours aku belek, explore apa yang patut. memang jakun sungguh..!! pastu, member aku kenalkan pulak fb kat aku. sekali lagi aku dapat benda baru. teruja lagi. aku gila game kat fb, online sampai subuh la layan game, rela tak tidur. sekarang aku rapatkan diri aku dengan blog. blog??? ye....belog, yang korang dok tatap skang ni. aku sudah addicted la. dunia blog ni, syok. umpama diari, tapi bukan lah milik kita sorang. jadi, apa-apa kita nak taip dan post entry, kenalah pk sepuluh kali..! takut ada yang terasa. takut ada yang marah. 






bila aku pilih untuk melangkah ke dunia kedua ni, aku tak paham apa benda semua ni. tapi, lama-lama...aku faham sesuatu. dunia kedua aku ni (blog aku) bukan lah calang-calang tempat. macam masuk black area pon ada kadang-kadang. penuh dengan misteri. awal-awal lagi, aku ada terbaca blogger kutuk blogger. ada tu jugak, yang kutuk blogger baru. ada orang kata, blogger hebat tak pandang blogger bawah-bawah ni. ada yang kata, blogger tak boleh wat cam ni. ada pulak yang kata, blogger kena macam ni. apakah?? haish...

hah..!! amek kau. semua ni terjah lam otak aku dalam masa yang sama. berdenyut-denyut otak aku. aku fikir, betol ke apa yang aku buat ni? menjerumuskan diri ayuni ayuna ke dunia blogger. masa tu, lutut aku dah goyang. lama aku fikir, dan dapat satu jawapan yang pasti. hei..mesti la aku berani meyh..!! aku janji, entry-entry aku bukan untuk kutuk sesiapa. lebih kepada cerita tentang diri aku. diri seorang perempuan. dan untuk orang-orang luar yang fikir apa aku fikir. ini blog baik-baik punya la...orang main langgar blog ni, wa langgar lu la nanti. lu langsi, lu mati oooo.... walaupun tak cantik macam orang lain punya, tapi aku sayang blog aku ni. 

sekarang, dengan bangga nya aku nak cakap yang aku ada blog wei...!! haha. korang ada? ada? kalau ada, meh kita follow-follow. assalamualaikum. "i will follow you"


.............sekian...........




7 comments:

Farhanah Mokthar said...

hai blogger baru.
keep up writing ya :)

ayuna ayuni.. said...

hai...
ni mesti sifu ni..kan? kan?
thanks dtg sini.
eum...:)

IEQAH said...

wahh blogger baru tapi da hebak..kita bru jugakk..tp awak lg baru n da hebat n entri best..terpikatlaa

IEQAH said...

eh eh..bru pasan tgok post..kita junior jugak..

iz said...

menarik entry ni =)

Pendamba Mawar said...

yengok kat surat hati cam da lama gila blogging..cam PM ni baru la baru

Apih El Nino said...

Saya tulis pasal diri saya tapi tetap ada orang tak puas hati. Macam mana tu cik ayuni ayuna? Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...