Cerita ni, telah lama berlaku, berbulan-bulan yang lalu. Bukan mimpi, bukan khalayan tetapi satu realiti dalam kehidupan. Siapa yang tak ingin disayangi?? Siapa yang tak ingin dibelai mesra? Terutama dari seorang ibu. Orang kata, kasih sayang seorang ibu ada di mana-mana dan bila-bila masa je. Aku percaya semata-mata kerana aku salah seorang anak yang bahagia dengan hidup aku. Aku tak pernah ambil tahu tentang hidup dia, dia, dia dan dia. Yang aku tahu, bila aku bahagia, orang lain pun sama. Aku tak tahu tentang realiti hidup yang sebenarnya. Bukan semua yang kita rasa, orang lain juga akan rasa. Gembira kita, mungkin sedih orang. Kaya kita, mungkin miskin orang. Sakit kita, mungkin lega orang. Begitu hakikat hidup sebenarnya. Baru aku tahu….
Aku sendiri tidak tahu dimana mulanya cerita ini, yang pasti, mata aku menjadi saksi pada waktu itu. Semasa semua itu berlaku, aku kaku. Hanya itu yang mampu aku lakukan, aku gementar dengan situasi sebegitu. Hendak aku lari, kaki berat disitu. Hendak aku menangis, aku tahu aku harus tabah.
Suasana di dapur pada ketika itu sangat sunyi. Aku tahu ada sesuatu yang aku tidak tahu. Aku memerhati. Seorang ibu, memasak untuk semua anak-anak dan suaminya. Tanpa sebarang kata, terlihat kasarnya si ibu. Aku lihat, suaminya terdiam di penjuru dapur. Anak-anaknya, diam seakan memahami situasi mereka, tertunduk merenung lantai. Sungguh simpati. Aku tertanya-tanya, apa masalah mereka. Si ibu, memasak sambil memaki hamun, hempas segala barang di dapur. Sungguh kesat...sungguh menakutkan. Aku terdiam, berundur beberapa langkah ke belakang.
Aku ingin tahu, apa perasaan anak-anak dan si suami ini? Sungguh aku diselubungi perasaan sebak yang tak terhingga. Jelas, nampak ketakutan di wajah si anak-anak. Jiwa mereka seperti apa? Ibu itu, apa masalahnya? Bagaimana anak-anak ini akan tempuhi setiap hari yang berikutnya?
Ya allah, aku minta segala kekuatanmu untuk anak-anak ini. Hati mereka masih rapuh. Mereka terlalu muda untuk mendengar caci maki lebih-lebih lagi dari ibu sendiri. Anak-anak lain sibuk berlari mencari di mana ibu mereka, berlumba untuk dipangku, untuk dipeluk, untuk dicium ibu. Tapi mereka, mancari-cari dimana kasih sayang ibu, mereka mencari tempat berteduh untuk lari dari si ibu. Aku mengerti kata hati si anak-anak ini. Walaupun mereka tidak berkata, aku faham segalanya.
Setelah lama menunduk, salah seorang mengangkat wajah derita itu. Aku memandang tanpa kata, merenung supaya anak itu ada sedikit kekuatan. Mereka tersedar yang aku memerhati semua yang terjadi. Serentak, mereka berlari menghampiri aku. Ya, saat itu, aku kumpul segala kekuatan yang ada. Di saat aku memeluk mereka, terasa hangat airmata menitis. Aku tahu, tanpa kata-kata, mereka hanya mampu meluahkan dengan airmata. Aku biarkan….
Pengalaman ini, tak mungkin aku lupa. Ingin aku belai mereka, ingin aku beri segala kekuatan yang aku ada. Tapi, aku tidak mampu. Akhirnya, aku harus pergi. Aku melangkah dengan hati yg sangat sebak, menahan airmata dari menitis. Kini, aku keseorangan, teringat anak-anak disana. Jauh disini, aku hanya mampu berdoa, agar segalanya berubah. Semoga ALLAH lembutkan hati si ibu dan beri segala perlindungan kepada anak-anak itu. Amin…
No comments:
Post a Comment