thank you followers

Monday, August 22, 2011

blog sebagai surat hati

aku nak belog..!! belog yang cantik. simple. dan orang pun suka. aku nak tulis kisah hati aku. surat yang aku taip, surat rahsia hati aku. aku tak mahu meniru. dan aku juga tak mahu ditiru. aku suka tengok belog korang. semua cantik. banyak follower. aku tak kisah. aku akan cuba. bagi aku, penulisan itu penting. belog, satu dunia untuk aku, yang baru aku jumpa. ya, aku boleh meluah segalanya disini. walupun mungkin ada yang tak faham, aku tak kisah. asalkan hati ini tenang.


sebelum ini, kertas dan pen sahabat aku. kertas dan pen tak pernah membelot. tak seperti manusia, mulut selalu bocor. rahsia tak menjadi rahsia kalau bercerita sesama manusia. kertas dan pen tu akan ikut cakap hati aku, tak mungkin terpesong..!! kalau hati aku kata "ya", maka "ya" lah yang tertulis. kini, aku jumpa dunia baru, belog. belog sahabat baru aku, namun..tak juga aku dapat lupa pen dan kertas. aku masih memerlukan mereka.


setiap apa yang terluah disini, ianya dari aku. dari aku sendiri. harapnya, ada yang memahami maksud yang aku cuba sampaikan. bagi aku, tak perlu nak melebih, tak perlu mencipta segala tarikan yang luar biasa. aku tak mampu berlakon menjadi orang hebat yang lain. aku masih bangga menjadi diri aku. untuk menjadi yang terbaik, tak perlu untuk kita menjadi sesiapa yang lain selain diri kita. apa yang penting, asalnya ada ikhlas dalam hati. .sekian.



4 comments:

LyNn LyNdA said...

i suke kate2 u...
ade mksud tsirat n tsurat...
nice...

ayuna ayuni.. said...

hehehehhe.....
thanks...:))
rajin2 singgah sini ye...

Nasya Farhana said...

i like ur way ayuni ayuna aka yuna.. hihii.... follow me back k..??^^

mama lynn said...

like dis entri.. blog ni da macam diari online kt kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...