thank you followers

Thursday, August 25, 2011

raya dulu vs raya sekarang

LAGU
aku bukan nak kata apa la, lagu raya sekarang memang tak boleh blah!! tak best langsung. aku dengar, dengar dan dengar lagi...still tak terharu pon. aku tak tau la pulak kot aku ni jiwa keras ke apa. tapi, member aku pon cakap cam gitu jugak. aku, walaupun jiwa muda..bab lagu-lagu raya ni, aku prefer lagu raya dulu-dulu. dj dave, hail ameer n uji rashid, fazidah joned, ahmad jaiz, m nasir dan ramai lagi..!! makcik n pakcik ni punya lagu boleh buat aku nangis wooo.....



UCAPAN
kalau korang ingat la kan, dulu-dulu punya cara ucapan guna kad raya kan? meleleh la peluh aku dok mencari kad raya untuk member-member. aku pulak memang jenis tak suka beli kad yang sama, lagi jenuh memilih. tapi sekarang, macam-macam cara mudah dah wujud. tepon, email, fb, twitter, bla bla bla... tapi, cara dulu lagi best..!! kene pergi beli, tulis ucapan, tempek setem, hantar pos. penat memang penat. tapi, yang penat tu la yang ada banyak memori. nak dibandingkan sekarang, dok depan laptop, tenyeh-tenyeh keyboard then tekan butang post or send. korang rasa, yang mana lebih orang hargai? kad raya, orang susah nak buang..malah, setiap kali hari raya, kad-kad raya tu akan dibelek-belek semula. berbeza dgn cara sekarang, sesenang korang tekan butang send or post, sesenang tu la orang tekan butang delete. kan? kan? kan?




KUIH
kalau dulu, masing-masing sibuk menahan kelopak mata, takut la tertidur sebab malam-malam nak buat kuih raya. berkumpul adik beradik, tepung sana tepung sini. macam-macam kuih yang ada. sedap tak sedap, belakang kira. yang penting buat sama-sama, bergurau senda. mak pon senang hati tengok anak-anak ada 'teamwork'. tapi sekarang jarang sangat da, sebab kat luar, terlalu banyak kuih raya longgok. main tunjuk je. biasanya, orang main serbu port kuih raya ni masa malam raya la kan?? lebih murah kata mereka.. lagi satu, kuih raya dulu punya nama, nama melayu.. sekarang, zaman dah moden nama pon tukar dah jadi half melayu half tak melayu. aku si penggemar kuih raya ni pon dah tak boleh hafal nama-namanya.




**************************************

p/s: aku saja buat entry ni, orang lain cerita pasal raya, aku pun nak la jugak!! hihihik... ada 3 situasi 'dulu dan sekarang' aku bagi... tapi, main point nya adalah:

BAYANGKAN SEKARANG KORANG RAYA BERSAMA MAK BAPAK KORANG....TAHUN-TAHUN DEPAN MASIH LAGI KE..??? 
hargailah mereka selagi mereka ada

4 comments:

aque said...

bace yang atas mcm happy2 jew... bile bace last perengan.. sayu plak rase hari....

papewpown salam lebaran n happy merdeka

Kyohei Akimaru said...

yeah...your right.when i want to buy hari raya card...most design is very lack now...and also.talking about raya especially duit raya,most children come,dulu they give 10 or 20 cent.and now,budak mahu koman RM2 atau RM 5 atau lebih...sometimes niat budak2 kena ubah...wht you think?

ayuna ayuni.. said...

AQUE : saje je wat gempak dulu kat atas,,,,

ehhehhehe.....yg sebetolnya, kat bawah tu...

ayuna ayuni.. said...

KYOHEI AKIMARU:

hahah...duit raya?? teringat kecik2 dulu...

we(kids) go out in groups from house to house saying “Assalamualaikum, kami nak raya"...

actually, kami NAK duet raya but segan melampau

walaupun dpt 50sen, it's ok dah...suka sangat

but now, budak memang straight to the point "assalamualaikum, kami dtg nak duet raya, xnak makan..dah kenyang"

my mom tergelak sambil geleng2 kepala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...