thank you followers

Wednesday, October 26, 2011

layanan macam sial

blog aku basi tanpa post-post terbaru. warna blog hitam bertambah lagi hitam. tambah pulak sekarang musim hujan panas, dah berkarat pulak blog aku ni. jadi, nak menambahkan seri, sedikit sebanyak aku perlu la bagi entry baru barang satu dua kan?

cungkil punya cungkil, dapat lah satu topik ni ha. aku tak nak cerita lebih-lebih. sebab, aku rasa benda ni selalu sangat dah jadi depan mata. ke korang tak nampak? yang tu, aku tak tahu lah kan. bagi diri aku, hal ni dah banyak kali jadi tontonan umum aku. 




nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku adalah sedikit kerja yang perlu aku lepak kat salah sebuah pejabat kerajaan di ibu kota. nak bercakap ngan orang besar ni, memang aku ada jugak gentarnya tapi buat jela muka macam ala-ala berani kucing. bodoh tak bodoh, satu jam aku lepak kat situ macam orang sakai. dalam masa tu, aku dah kuatkan mental dan fizikal aku. prepare untuk dimalukan dengan pelbagai sindiran mungkin. tentang apa masalah aku, sampai aku perlu lepak kat situ, tak perlulah aku cerita kat entry ni kot. nanti-nanti ajelah. tak muat satu entry pulak kan.


sorang officer ni, dok baca paper sambil kaki kedua-dua kat atas meja. aku mula berentap dalam hati. aku pk, sure dia ni ada minimum 10 phD, sebab lagak dia macam dia ketua segala hal dalam dunia ni. memang sial la, geram je aku time tu kan. yelah kan, kalau tak, tak mungkin sampai kaki letak atas meja kan? tapi, tak apa la...tu memang selalu terjadi kat sini pon.



tunggu punya tunggu punya tunggu



tempat aku lepak tu mula didatangi orang. kebanyakannya bangla dan nepal. macam mana aku tahu? haha. mestilah dari bau-bau dorang yang aku dah hafal tu. kan ke aku banyak deal ngan orang luar, opkos la aku kena kenal bau-bau dorang kan. poyo gila baban la pulak aku ni. ok, sambung cerita, dorang ni semua bergari dan berkumpulan. satu kumpulan ada 5 atau 6 orang. semakin lama, semakin ramai. dan, setiap pelusuk tempat tu dipenuhi bau yang kurang enak, perfume mydin yang aku pakai ni pon dah hilang power pon.





dan, yang aku nak ceritanya kat sini, pasal layanan. aku perhatikan, layanan officer kat situ sangat menjijikan aku. aku tak tahu lah bagi orang lain. tapi, kalau aku..biarpon dorang semua tu buat salah tapi apa salahnya kalau dilayan elok-elok? dorang pon manusia dan manusia semestinya berperasaan. tak gitu?? apa salah kalau cakap elok-elok. tak perlu nak maki hamun, herdik segala. aku tengok bangla-bangla tu pon muka macam tikus mondok dah kecut dengan officer dekat situ.

memang dorang ni dari third world countries, tak pandai macam kita, dorang tak reti english, pakai selekeh, busuk, tapi susah sangat ke nak layan dorang baik-baik? bukan lah nak suruh layan sambut dorang dengan kompang, tarian zapin, majlis makan segala. tapi, cukuplah dengan adab manusia biasa-biasa aje. ni tak, macam nak layan anjing je ha gayanya. ada yang disuruh duduk mencangkung, ada yang disuruh berdiri tegak, ada yang disuruh berdiri sambil tersenyum. wadefak?? perlu ke semua tu? tu semua lebih kepada penderaan mental kot. pastu digelaknya dorang, dah sebijik macam dok dalam tempat sarkas tu. kesian lah aku tengok.



aku sebagai orang melayu di kalangan bangla dan nepal tu, menebal jugak muka. bukan apa, malu dengan sikap orang melayu kita, yang dikata penuh dengan tatasusila segala. pergi mampus la dengan tatasusila segala. semua tu propaganda semata. mungkin dorang ada tatasusila bila dengan manusia yang bertaraf. tapi, tidak dengan orang-orang yang nampak selekeh-selekeh.



macam mana tak de kes orang kita kena bakar dengan warga asing? macam mana tak de kes orang kita kena rogol dengan warga asing? macam mana tak de kes orang kita kena rompak dengan warga asing? memang kalau tengok zahirnya, dorang jahat dorang kejam. tapi, kadang-kadang pernah tak kita terpikir disebalik kisah dorang? bagi aku, dunia sekarang dah tak selamat. manusia dah tak boleh nak dipercayai. yang senyum tu, tak semestinya baik. yang bengis tu, tak semestinya sombong. yang rapat tu, bukan bermakna sahabat. yang jauh itu, bukan bermakna musuh ketat. korang nilai-nilai lah sendiri.

-peace yawww-

15 comments:

miSpYeja said...

hahah nice entry..x bowink bace wlauw un lebor pnjang...hahahha

Amirah Yusof said...

pening la baca..lalala

cacamarba said...

aku setuju..x kesah la diorg 3rd world ke 4th world ke,yg penting lyn diorg sbg manusia.x pyh nk berlagak tuan.berak dlm jamban jgk.xda beza pn.

syedi said...

nak cite sal layanan polis ni mmg aku dh kne dah......aku x ley blah bila die soal jawab aku mcm aku ni pnjnayah....lagi2 polis2 lelaki yang dh tua mmg kerek giler(polis tmpat len aku x tau la,ni citer kt tmpat aku)

Edy Fee said...

nak mnyindir pon kne ade gaya...biar org tak hti sgt.hehe

ayuna ayuni.. said...

mispyeja:

hahah.thanks yawww..!!

:)

ayuna ayuni.. said...

amirah yusof:

haha. thanks jugak...!!

ala, bukan selalu dapat pening baca entry org kan?

ni aku bg pening percuma beb... hehe

ayuna ayuni.. said...

cacamarba:

yes..! betol kata tuan hamba tu. aku...entah lah. macam mana lagi nasib kemudian hari. mahu hadap lagi muka officer tu. haiyak..!

ayuna ayuni.. said...

syedi:

ha, makhluk yg polis tu pon satu hal gak la. yang officer aku cte ni, bukan polis tau...! jgn silap paham.

tapi, dorang lebih kurang sama gak pon.

ada yang baik, ada yg tak berapa nak baik. :)

ayuna ayuni.. said...

edy fee:

aku mcm tak berapa nak paham sgt ni apa yg ko komen. haha

kalo tak kisah, explain la sikit. ngn aku, straight je. aku no hal. :)

hehe

Pendamba Mawar said...

wah colorful..nice... xbosan walau pnjang

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

hahahha..entry kite tak srupe entry dia.

entry dia lagi havoc la weii...


hehheh

ReiKo91 said...

warga asing ni ok je klu kta ok,tau hormat org..dorg pn akn hormat kta blik..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Org kata, kerana mulut bdn binasa. Ramai2 berani la.....cuba sorang.....kecut beb.

Indonesia said...

hahaha
nice entry
tapi aku ndak mudeng

Salam Silaturahmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...