thank you followers

Thursday, October 20, 2011

raja dan permaisuri




Kita berdua adalah raja dan permaisuri di dunia ini. Yang akan memerintah dunia kejam atau adil. Kuasa masih di tangan kita selagi kita bijak dan hidup dalam berkasih sayang. Untuk hidup dalam kasih sayang, keteguhan cinta diperlukan. Kita perlu belajar untuk menjadi pemaaf, sama ada memaafkan atau dimaafkan. Sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Tapi, walau apa pun yang akan terjadi, raja dan permaisuri tidak boleh berpisah. Akan pincanglah kasih sayang, akan runtuhlah negara.

Aku cuba lari dari kehidupan yang penuh dendam. Menuju ke arah kesempurnaan. Kemaafan yang diperkata orang, ketenangan yang diperkata orang, kesabaran yang diperkata orang. Aku mahu semua itu. Aku lemas dalam kekalutan diri sendiri. Antara dendam dan harapan. Aku berdiri di tengah-tengah. Sungguh. Aku lemas begini. Aku tak mahu terus-terusan sebegini. Aku ingin sekali mengecapi keindahan hidup seperti raja dan permaisuri. Mampukah?


6 comments:

cacamarba said...

mungkin kite kna bt negara republik.x perlu raja dan pemaisuri.selesai masalah. :P

Arai Lekir said...

dendam itu mohon dilenyapkan sahaja agar harapan menjadi kenyataan..

ayuna ayuni.. said...

hahahhaha....


macam susah jugak.

kalau dalam family, xde mak n ayah.
kan ke punah hidup..??

ayuna ayuni.. said...

arai lekir:

yep...!!

hidup sememangnya tak tenang kalau secubit dendam tu ada.

tp, kita manusia....

akuamir said...

dendam kesumat,, huaahhh...


salam kenal!!

AmirahSM said...

pemaisuri?? jd biase lg bebas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...