thank you followers

Sunday, October 30, 2011

buat tak senonoh dalam lif

petang tu, aku pergi hospital. pukul enam lebih macam tu, aku terpacak tunggu lif nak naik ke tingkat lapan. nak naik tangga, sayang pulak kat lemak-lemak tepu yang aku berjaya kumpul selama ni. jadi, jalan penyelesaian yang terbaik adalah tunggu jela lif yang lembap macam sipot sedot tu. dengan baju kurung warna cokelat, selendang kuning, lengkap dengan handbag mak aku yang aku pinjam. memang cukup lah personaliti aku macam ala-ala pompuan melayu gitu kan. dah pompuan melayu, mesti lah aku kena berlagak sopan tambah ayu-ayu sikit kan.

tapi, bukan pasal baju kurung yang menjadi bahan bualan aku dalam entry kali ni. bukan jugak pasal handbag mak aku yang aku curik tu. entry hari ni, aku nak bercerita pasal kesopanan kita bila berada berdekatan dengan orang ramai. lebih-lebih lagi dalam lif...!!!



*****************************************************************************************

nak dijadikan cerita, aku nak naik tingkat lapan itu hari. petang-petang, kebiasaannya pengunjung hospital ni bertambah ramai lah kan. jadi, penuh lah satu lif tu ha. selagi tak bunyi 'teeetttt, muatan berlebihan...pergi jahanam kau'.., selagi tu lah dorang nak sumbat dalam lif tu. dah aku yang pendek ni tenggelam di sebalik orang-orang yang tinggi, ceruk kat belakang tu ha tempat aku.

aku tak heran sangat la depan atau belakang tempat aku berdiri. tujuan aku, nak cepat sampai je ke tingkat lapan tu. aku memang tak suka tempat yang himpit-himpit cam gitu. yang menjadi masalah pada masa tu, salah seorang dari manusia dalam lif tu melepaskan gas beracun. ape kejadahnya pulak dalam lif yang penuh bagai sardin hancur ni nak lepas kentot. mana boleh begitu!! macam celaka korang tahu? memang aku hangin satu badan la time tuh.

kalau wangi macam perfume tumpah tu, aku tak dak masalah mana sangat. ni kan, alahai dia punya bau macam bangkai setahun yang nak dimasak tumis. menyengat je lobang hidung aku. busuk tu, hanya orang dalam lif tu je dapat tahu. tak boleh aku nak menceritakan bau nya kat korang semua.




"jenis tak menyempat..!! lubang buntot besar. dah sakit perot, tahan lah sikit. makin kembang lah lubang hidong aku bau kentot kau ni ha...!!"- spontan aku ni berkata. niat hati nak cakap ala-ala berbisik je. tapi, dah tak boleh nak control volume dah time tuh. tetiba volume tu terangkat ke tahap maksimum.

dah baik-baik manusia dalam lif tu memandang sama sendiri mencari sape yang terkentot. lepas je aku cakap, dorang mencari sape yang menyembor kata-kata kurang sopan tu. aku tunduk buat-buat tak tahu je masa dorang pusing kat aku. masih lagi nak control sopan.

********************************************************************************************************

tu pengalaman paling ngeri bagi aku dalam minggu ni. sumpah macam sial la. aku tak paham..!! tak paham...!!! punya lah berlambak tempat dalam dunia ni. kenapa dalam lif yang sempit lagi padat tu yang dia nak melepaskan kentot. boleh pulak tu, dah kentot memasing buat muka tak bersalah je. nak je aku cepuk sorang-sorang.

aku rasa, dalam lif pon perlu ada amaran tertentu la. pihak tertentu boleh lah kot segera menampal benda macam gambar kat bawah ni. kat situ, tulis besar-besar macam gini.

KALAU KAU NAK KENTOT, BERAMBOS...!!



korang tak payah nak gelak kat aku sangat lah. macam tak pernah terkena je babak cam gini ek. kalau korang pernah terkena, jom share cerita... nak jugak aku tahu kisah orang lain. ye tak?

peringatan: jangan buat perkara sumbang. tak pasal-pasal kena maki dek orang. walaupun orang lain tak nampak, tapi ALLAH nampak tahu.

-peace yawwww-

10 comments:

cik fadh said...

perghhh kalo fadh maun tahan nafas smpai tingkat 8 pas tu pengsan ! haha

cacamarba said...

tp kalo aku org yg bertanggunjwb melepaskn kentut plak mcm mane.aku pggl silent killer..lpas tu bt2 cover marah org lain.haha

ayuna ayuni.. said...

fadh:

hahahha...agak berkerot muka dok menahan bau tu....

:)

ayuna ayuni.. said...

cacamarba:

tu kalau ko, kalau aku...aku akan ckp
'ops...sorry terkentot..."

orang yang normal takkan ckp cm tu kan...

so, dorang akan ingat aku senteng la.

hehehhe

Ayien Ocaca said...

hehehe...kejam nye...
ptot nye jerit wktu tu...
"sape ketut bau bangkai ni"

bru die serik nk wat lagi..hahaha

wanie said...

"boleh pulak tu, dah kentot memasing buat muka tak bersalah je. nak je aku cepuk sorang-sorang."

suka statement nie..

cuba bayanga ada orang menagaku..
"saya terkentot la..maap ye.."
mesti die sorg je yang kene cepuk..dengan semua org dlm lif tu..huhu..

ayuna ayuni.. said...

ocaca:

hahahah.....aku dapat bayang kalau aku jerit cm mane jadik nye....

aku nak control sopan aje time tuh sebenarnye....

ayuna ayuni.. said...

wanie:

hahahahha......memang senteng la sape yg mengaku tuh kan??

kalau kau, nak mengaku tak??

aku tak nak...hahahhaha

Farhana Jafri said...

hahahaha pe bleh wt, dh xthan pny psal.. lpas je la.. bknny org tau pun spe.. hahahaha

ღ Nurrul said...

pergghh ! melampau.... ahakz ! terbayang pule... errr... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...