thank you followers

Saturday, September 24, 2011

menyesal lepas nafsu

matahari mula naik tanpa segan silu. tengahari tu, cuaca sangat cantik. tak panas sangat, tak mendung sangat. aku usha ke langit biru. menarik, sekawan burung merak sedang terbang laju. entah kemana hala tuju mereka, aku pon tak tahu. 

niat hari ni niat nak berehat-rehat dirumah terpaksa dibatalkan. oleh kerana cuaca yang agak best, aku tak mahu terlepas dari melakukan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental aku. duet dalam jeans lusuh aku masih tidak terluak, baru sebentar tadi mr. bapak bagi. tersenyum penuh dengan makna.  

hembusan angin dari tadi tak berhenti menyapa pipi aku yang tak berapa nak gebu. tiupan angin datang lagi, menembusi ruang-ruang benang baju. aku berdiri di halaman rumah. memejamkan mata, cuba mengambil feel hari yang indah itu. seraya itu aku menghela nafas, "aaaahhhhh...", sungguh penuh dengan rasa-rasa seronok. bunga ros yang hampir layu kulihat segar dari biasa. indah nian.



aku melangkah masuk kembali ke teratak keluarga aku. aku bersiap ala kadar. tudung oren kesayangan aku, aku lilitkan dikepala, sungguh sesuai dengan baju yang merah menyala. ya, aku mengaku, memang aku gagal dalam fashion. aktiviti hari ni memang dah lama aku tinggalkan. sanggap jugak lah. jom follow cerita aku pegi shopping....~

************************************************************************

hari tu, macam-macam lah aku shopping. boleh kata lengkap lah untuk aku teruskan hidup. dari hujung rambut sampai ke hujung kuku jari kaki. semua ada. dari yang pakaian luar ke pakaian dalam. segala hal, tak tertinggal langsung. puas memang puas la kan. kebetolan pulak masa aku pergi tu, harga runtuh sana  sini. duet mr. bapak ditambah dengan duet pinjaman PTPTN aku. memang heaven lah kan. tok sah nak cakap. aku main ambil je apa aku nak. macam mall tu nenek aku yang punya dah rasa dalam hati. 



hala ke petang, pukul 6.35 gitu-gitu, aku dah kehabisan tenaga. shopping bagai nak gila, masa berlalu tak rasa lama sangat pon. nak tak nak, terpaksa la balik. dengan paper bag yang penuh kiri kanan tangan aku, dengan peluh menitik-nitik lagi. aku menuju laju ke kereta. dalam hati, sungguh tak sabar nak sampai rumah, nak limpahkan semua ni atas katil aku. haha.~

******************************************************************

dah sampai rumah, aku terus masuk bilik. mr bapak yang tenang depan tv pon, slumber je aku abaikan. tak buang masa, aku terus hempas buntot ke katil. terbaring kelesuan. 10 minit lepak situ, aku bingkas bangun, terus aku limpah segala macam yang aku shopping tadi.

ewah! senyum bangga lah kot. aku lah paling happy dalam dunia untuk hari ni. memang dah tak de siapa-siapa yang lebih happy dari aku. megah macam kutu babi je aku rasa. 

..............belek punya belek punye belek............

terjumpa purse lusuh aku dicelah-celah baju baru yang aku baling awal-awal tadi. hal pertama yang aku perasan, purse aku tak lagi kembong macam awal pagi tadi. no hal lagi. aku bukak purse tu, memang terbeliak bijik mata aku. dan-dan wang kertas RM50 sekeping dan RM1 tiga keping.

siot..!!

termenung jap aku ngadap katil yang berlimpah-limpah dengan barang aku shopping tadi. dengan paper bag yang berterabur macam rumah tikus dah. aku rasa macam aku menyesal la pulak. entah setan mana yang rasuk aku hari tu pon aku tak tahu. apa motif setan tu masuk dalam badan aku pon, aku tak tahu jugak. mungkin setan tu dah lama geram nak shopping kot. so, mangsa yang paling hebat adalah aku.



masalah sekarang ni, macam mana aku nak teruskan kehidupan dengan duet yang tak banyak tu? boleh ke aku hidup dengan makan baju-baju yang aku baru beli tadi? sial sungguh.. menyesal, menyesal, menyesal.....!!!!

kalau nak kata tentang penyesalan. aku lah manusia paling menyesal dalam dunia ni. hari ni, aku rasa tak de dah orang lain yang paling menyesal selain dari aku.  terus aku rasa macam tak nak hidup. masa tu, belom lagi bersoal jawab dengan mr. bapak. dengan mak aku satu hal pulak nanti. memang basah la ketiak aku dengar dorang ceramah.

terus, dengan langkah berani mati, aku menuju ke arah pintu bilik aku. aku bukak, lalu tengok ke kiri dan ke kanan. kurasakan dunia selamat, aku masuk balik, tutup dan kunci pintu bilik kemas-kemas. harap tiada hari esok.....

*****************************************************************



peringatan: buat sesuatu, jangan ikot kehendak setan. setan bertugas 24jam untuk menyesatkan manusia. menyesal kemudian memang tak de guna.

-peace yawww-

10 comments:

AnakPakZohar said...

habeskan semua duit ptptn ke..??? =.="

ayuna ayuni.. said...

boleh kata, macam tu la ceritanya...!!!

that's y la aku rasa macam useless habes

cacamarba said...

tahniah..tp walo bagaimanapun,nsib baik msih ada back up mr bapak walopn ada ckit ceramah..haha

ayuna ayuni.. said...

caca:

ape2 pon...mr bapak the best la wei...


hehehhehe

Pendamba Mawar said...

dasyat gilaaaaaaaaaa

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

hehehehhe.....yeke dasat???

MayraHazim said...

terasa btul.. smlm bru kluar... abis duit alaun... nice blog.. going to follow u k..

Unknown said...

ye ke? muka queenpink sama muka kawan awak? hehe...

Rean said...

wah sakan shopping :)

Pendamba Mawar said...

dasat la..tak ley ajak pi soping ni..haha..bahaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...