thank you followers

Wednesday, December 21, 2011

pemandu bas terlampau

hari ni, aku dah mula cuti. tak lama sangat pon, lebih kurang seminggu je aku boleh lepak kat rumah ni. elok la dari tak dapat cuti langsung kan. perjalanan aku dari sana ke sini memang tak lama. tiket bas pon tak sampai 20 hengget. macam biasa, aku fobia naik bas. setiap kali naik bas, aku tak suka tidor. aku takot kalau-kalau bas tu terjatuh ke, tergolek ke. tak sempat la aku nak selamatkan diri. kononnya kan.





nak tak nak, fobia atau tak, aku terpaksa dok dalam bas tu lebih kurang tiga jam. sepanjang masa tu, aku langsung tak boleh nak tidor. walaupun niat sebenar memang nak tidor. tambah pulak, malam tadi aku tidor lewat semata-mata nak siapkan semua kerja-kerja yang aku malas nak angkut balik ke rumah. mata rasa macam berat semacam je. 

yang jadi tak best cerita, aku kurang suka dengan perangai pemandu bas tu. aku tak tahu la bas yang orang lain naik sama ke tak macam apa yang aku alami tadi. nak tahu apa yang jadi..? jom tengok bawah.

*************************************************************************




hisap rokok sambil bawak bas. sepanjang aku dalam bas tu, ada lah 7 batang dia petik




aku tak tahu lah kot si pakcik ni nak update status fb guna henset dia tu. kerap sangat




suka marah-marah. asyik nak maki orang je. kesian kenderaan lain


*************************************************************************

aku ni bukan nak banyak komplen sangat. bukan apa, sebab kerja dia tu perlu sikap tanggunggjawab yang tinggi. sebab, driver tu bawak agak-agak 30 orang penumpang. jadi, 30 nyawa yang dia pegang. tersilap langkah, semua nyawa boleh hilang. sekarang ni, macam-macam berita yang tak best kita tengok. langgar sana, langgar sini. tak nak la nanti, salah sorang dari yang kita kenal jadi mangsa.

aku tak tahu nak kata apa, nak tegur rasa macam payah. yela, orang muda nak tegur orang tua. mesti tak menang kita punya lah. jadi, sebelom aku turun tu, aku kata terima kasih kat pakcik tu. naik bas yang pakcik bawak ni macam naik roller coaster pon ada rasanya. best tapi seram sejuk sepanjang masa. aku tengok pakcik tu dah bertukar wajah, cepat-cepat aku turun bas. 

harap lain kali aku tak naik bas pakcik tu lagi. hekhek.

peringatan: bahaya ada dimana-mana. tapi, sebagai manusia yang berakal kita mampu untuk mengurangkan risiko bahaya. tak gitu??


-peace yawww-



12 comments:

cIKhA said...

mmg patut pun tegur camtu...
saya penah naek bas dari air itam ke segamat ngan driver yang mengantu...mengucap panjang je...ngeri bila igt balik

Nur Ezzati said...

x patut pemandu bas wt gitu .. huhu
kalu sudi singgah sini :)
http://sayatakcute.blogspot.com/

hana said...

aish..
merbahaya kn nyawa orng ramai..
siapa berani mmg patut tegur pn..

smilenajah93 said...

tegur baik2 , kdg2 die terlampau seronok smpai lupe bawa banyak nyawa dlm bas tu ~

moshi_boo said...

xsuma orang mcm ni
tapi wujud je orang2 cm ni...mnysahkan orang lain pulak

Rosalia said...

buatla aduan tak bgs btl la perangai mcm tu.

UniMeOw said...

hape ke peliknye pcik ni..
org ucp tima kseh pon wat muka ke?

hadeh..

Halimatun Sa'adiah said...

awk kne ajak die sembang bg die x bosan..2 yg die merokok pas2 msg ngn scandal

saya_arief said...

tensi jugak degan driver yg mcm tuh..
haha.
:)

Cik Atien said...

pemandu bas sekarang memang macam tu, ikut sedap dia je. tapi ade jugak yang baik. Heee ;D

Razil Tahir said...

berdoa jer la semoga selamat...
Eloknya baca Al-Qur'an or baca Yaasin kuat2...
sentap die.. beringat la tue... XD

comment me back at http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/12/bangau-oh-bangau-kenapalah-engkau-kurus.html XD

sukacuka said...

berdoa agar dilembutkan hati dia untuk menjaga nyawa yang dibawanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...