thank you followers

Thursday, December 22, 2011

seposen tak laku

masa aku kecik-kecik dulu, aku suka kumpul duit syiling. bila orang tanya kenapa? aku sendiri tak de jawapan. dah memang aku suka, nak buat macam mana kan. tapi, aku suka duit syiling seketol 50sen tu je. syiling lain, memang aku tak nak. kalau mak aku nak bagi sehengget, aku geleng-geleng kepala. bagi aku sehengget tu tak bernilai sangat, lagi pon sehengget kan duit kertas. tak macam duit 50sen seketol tu, walaupun kecik tapi padat dan berat. biasa lah, otak budak-budak kecik mana nak pandai sangat kan.



nak dijadikan cerita, mak bapak aku pon memang sokong lah dengan hobi aku ni. kekadang, dorang saje je bagi duit belanja sekolah aku 4 ketol 50sen. jadi, aku akan simpan la seketol tu masuk tabung. lama-lama duit aku makin banyak. banyak, banyak, banyak dan banyak sangat. tabung aku bukan macam tabung orang lain. aku guna tupperware mak aku je jadi tabung aku. masa tu, aku ada 2 tupperware yang penoh dengan ketolan 50sen. 




satu hari, mak aku nak pergi rumah tok aku. aku punya berlagak, aku bawak la semua tabung tu pergi rumah tok aku. sambil bercerita, aku tunjuk la kat tok aku. aku punya duit dah banyak. aku kata, nanti kalau dah cukup 10 tupperware ngan ketolan 50sen, aku nak hantar lah tok aku pergi mekah. tok aku senyum je. 

masa mak aku ajak balik rumah, aku dengan muka tak malu, mintak duit ngan tok aku. tok aku cari-cari, akhirnya dia bagi 10 ketol duit seposen. aku terus hentak-hentak kaki. aku kata, aku tak nak duit seposen ni. kalau kumpul duit seposen, aku tak kaya. lagi sekali tok aku senyum, dia peluk aku. macam ala-ala nak pujuk la kan. tapi, aku tetap hentak-hentak kaki lagi. tiba-tiba, dia ajak aku masuk bilik dia, dia bukak almari baju dia. masa tu, aku dah cuak jugak. aku pk dia bengang pastu nak kurung aku dalam almari baju tu.

bila tok aku bukak dia punya almari, aku terkejot gila baban. banyak gila botol air mineral yang besar tu. dah tu, semua botol-botol tu penuh ngan duit seketol seposen. aku dah terdiam masa tu. tok aku bagi satu botol kat aku. sebelom aku balik, tok aku ada pesan. 




duit seposen walaupun kecik, masih lagi bernilai. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi dua posen. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi sembilan posen. kalau tak ada seposen, tak akan menjadi seratus hengget.

*************************************************************************

sekarang, bila aku dah besar, aku dah cerdik sikit. bila aku tengok duit, tak kira seposen ke lima posen ke, aku tetap nak. lagi-lagi duit kertas, tak kisah lah sehengget ke, sepuluh hengget ke, kalau orang bagi aku pasti rembat. 



setiap kali aku ingat balik kisah ni, aku agak terkilan lah. aku teringat kata-kata aku kat tok aku. aku nak hantar dia pergi mekah kalau duit syiling tu dah penuh tupperware. sekarang, duit syiling tu dah cukup tapi tok aku pulak dah pergi tinggalkan aku. tak sempat dia nak merasa duit syiling yang aku kumpul. 

disebabkan bank negara malaysia akan tukar wajah duit-duit ni, aku rasa aku nak pergi simpan bank separuh dari hasil kumpul aku tu. separuh lagi biar jadi koleksi. boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti. haha.

yang bahagian tok aku pesan tu, sampai sekarang aku tak lupa. pesan tok tu boleh diguna pakai dalam semua aspek. bila aku pergi mana-mana, aku mesti ingat. benda kecik tak semestinya tak penting untuk kita. jadi, aku cuba pandai-pandai menghargai segala yang yang kecik itu, pandang seriyes segala perkara yang mudah itu. 

aku tak nak terlepas pandang walaupun ianya adalah perkara remeh bagi orang lain. apa-apa pon, al fatihah untuk arwah tok aku.


peringatan: benda kecik, tak semestinya tak bernilai untuk kita. kadang-kadang, benda kecik ni lah yang menjadikan kita hebat sebenarnya.


-peace yawww-



15 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Bestnyer bace entry ne tau... Kerana seposen.

ain akasyah said...

duit baru sangat lawa kan :)

Rasyidah said...

Urm. betol. sy bila dah besa ni baru lah nak kumpul duit syiling. hehe. dah nak hampir penuh tu:D

LeenNajib said...

suke bace entry ni :) besh2. al-fatihah utk tok.

Putera Bunian said...

kecil2 cili padi tu.jngan tak tahu.hehe

alfatihah buat arwah..jg sedih2 ya

*follow sini^^

Aina said...

rase sedih pulak bce entry ni. yelahh, kadang-kadang, kite ketepikan makhluk yang comel-II, kecik-II ni. haih.. btw, nice entry!

Anonymous said...

Sedih pula baca entri ni..

Sayu je, Al-Fatihah untuk atuk awak dan atuk saya yang dah tiada.

Btw, saya pun suka menabung duit syiling...

Every 3 months, hantar kat Tabung Haji..Pelik orang kat situ sbb saya dah tua bangka (23yo) hantar syiling cam bebudak.

Eh, panjang pula cerita. Salam kenal.

Saya follow awak...

My blog-->the HEHS lady

Halimatun Sa'adiah said...

rindu pulak ngn atok..
urmm...

Saidatul Adani said...

AL - Fatihah

mysara ramlan said...

sekarang ni kalau orang jumpa 1 sen pun buat donno jeee...

Unknown said...

gune la duit tuh uat upah haji utk tok kamuuu..boleh jugak.. :)
Al-fatihah

Mysara Ab Rahman said...

best entry ni..tersentuh plak..
al-fatihah

hawiz said...

al-fatihah

SI MILLY'S said...

al fatihah :)

pernah juga ade perasaan "nak duit besar je" dulu. hehe!

Rina Isa said...

PENCINTA FASHIONS & HANDBAGS!
Lawati kami di:
http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...