bila cakap pasal breast, semua mata buntang...!! urat-urat badan semua nak jadi tegang. memang la ia sesuatu tarikan luar biasa dari seorang pompuan terhadap lelaki. tapi, jangan la nak negatif selalu. sekali sekala, perlu jugak positif dalam kehidupan. aku percaya, masing-masing pon ada mak. tak kisah mak korang jauh ke dekat ke. yang penting, korang semua pasti ada mak kan? kadang-kadang ada yang panggil ibu, mama, mommy, ummi dan sebagainya. walau beratus panggilan sekalipon, orangnya tetap yang satu. macam aku, aku panggil mak.
hari baik cam gini, aku nak menyeru semua pembaca entry ni, supaya berterima kasih kepada mak bapak kita. terutama mak, yang bekalkan minuman paling berkhasiat untuk kita satu ketika dulu. mana tak kan, paling kurang korang akan rasa susu ibu dulu sebelum dikenalkan kepada susu-susu tepung yang sangat mahal di pasaran tu. jadi, hari ni kita layan kebaikan susu ibu ok.
*************************************************************************
susu ibu adalah penawar tebaik untuk bayi yang mengalami cirit birit, gangguan sistem usus, jangkitan saluran penafasan dan keradangan akibat virus pada telinga.
susu ibu mempunyai anti-mikrobial yang berfungsi utuk menentang bakteria dalam usus.
susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi.
selenium dari susu ibu pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan sel dan merangsang proses pembesaran baby.
susu ibu mampu mengembangkan organ baby terutama bagi baby pramatang ketika dilahirkan.
susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan perkembangan paru-paru yang tidak normal.
bila baby hisap dan serap lemak, hormon kolesistokinin yang akan mengaktifkan saraf akan keluar. hormon tu mampu mencetuskan rasa relaks dan mampu melegakan kesakitan.
bila baby rasa kemanisan susu, persepsi kesakitan mampu berkurang kerana pengeluaran opioid dalam tengah otak baby.
sentuhan kulit ke kulit mampu menstabilkan tahap glukosa darah, suhu badan dan kadar pernafasan.
melalui susuan juga, hormon tekanan mampu dikeluarkan.
melalui penyususan juga, ibu mampu menurunkan tekanan darah rendah.
hubungan antara ibu dan baby makin kukuh kerana kebiasaannya ibu akan memegang erat sambil merenung baby ketika penyusuan.
sentuhan bibir bayi mampu merangsang saraf deria dalam puting ibu menyebabkan pengeluaran dua hormon dalam otak ibu iaitu prolaktin dan oksitosin.
prolaktin(hormom keibuan) membantu ibu untuk merasa santai dan lebih menyayangi baby.
oksitosin(hormon kasih sayang) akan menegluarkan susu dan juga mencetuskan perasaan gembira dalam diri ibu.
*************************************************************************
yang aku buat entry ni, hanyalah cebisan pengorbanan dari seorang ibu. banyak lagi pengorbanan beliau yang mungkin kita tak nampak. sedikit sebanyak, apa yang kita lakukan hari ni akan meninggalkan kesan dalam hati mereka. adakah kita semua cukup membahagiakan hati seorang ibu? kalau dulu, ibu susah-susah untuk kita. sekarang? adakah kita boleh susah-susah untuk dia? dok sorang-sorang, cuba renungkan tentang kita.
air mata ibu mengalir disebabkan dua situasi. terlalu bersyukur kerana dianugerahkan seorang anak yang sangat baik atau terlalu kecewa memiliki seorang anak yang tak tahu menghargainya. korang sendiri boleh pilih, air mata mana yang korang nak dari ibu masing-masing.
peringatan: kita hanya ada seorang ibu yang melahirkan kita. perginya dia, tak siapa pon boleh ganti. sementara ada, tengoklah senyuman kebahagiaan beliau sepuasnya.
-peace yawww-
10 comments:
btol 2. hargailah seorang ibu semasa hidupnya. sesungguhnya syurga tu berada di bawah tapak kaki ibu. :)
"sekali sekala, perlu jugak positif dalam kehidupan."
positiflah selalu, jgn sekali-sekala. baru best. hee~
susu ibu makanan terbaik baby..tp baby phat x pandai nak isap mama die nye breast...+ susu x banyak..so terpaksa bagi susu tepung jugak
susu ibu juga dapat meningkatkan antibodi badan ;)
byk khasiat susu ibu.. bagi ibu2..kalau boleh bglah skrg2nye 2 thn susu badan krn anak2 amat memerlukannye..
thx for this info..:)
mmg susu ibu terbaikkk :)
susu ibu mmg terbaik,zaman nabi dulu...anak2 semua minum susu ibu.wlaupun kdg2...ibu susu tu bertukar ganti...
org kata, xsure betul x...siapa yg isap susu ibu smpi 4-5 atau 6 tahun..ank tu sgt memahami ibu dia..n rapat ng ibu..my brother is the one...:)
semoga ibuku tenang di sana.. Amin...
terkejut bila keluar berita pasal bank susu ibu. hrmm
Post a Comment