thank you followers

Friday, March 9, 2012

hadiah untuk pompuan

minggu lepas, aku berkesempatan untuk berehat bersama keluarga tercinta. setelah beberapa minggu tak pulang. alhamdulillah. sekarang, aku boleh duduk dengan tenang kat uitm celah hutan ni. menjalani sisa-sisa hidup sebagai student diploma kat sini. kurang dari sebulan lagi, aku akan merdeka-kan diri aku. tak sabar rasanya. dia punya feel sama macam tengah tunggu nak kena pinang jek. hari-hari dok tengok kalendar, pangkah-pangkah kotak kat kalendar sambil dok ulang ayat yang sama "habis final exam ni nanti, aku bebas. cepat lah masa berlalu..."....

ceritanya bermula masa aku lepak bersama family baru ni, mak aku paksa aku mengemas bilik yang tak de gaya bilik tu. bersepah tahap rumah tikus kata mak aku. tengah syok mengemas, tanpa aku sedar mak aku bukak satu kotak rahsia. dah lama aku simpan kotak tu. elok je aku letak atas almari baju yang tak berapa nak kukuh.

nak dijadikan kisah, mak aku keluarkan semua isi kotak tu. maka, bertaburan la atas katil. macam-macam ada. semua kenangan-kenangan aku, aku letak kat situ. senang cerita, kenangan cinta monyet la. dari aku sekolah rendah sampai lah aku habis sekolah menengah. semua barang aku dapat, aku kumpulkan sekotak tu. sampaikan kulit coklat pon aku boleh simpan, habuk pemadam si dia pon aku boleh kumpul letak dalam satu plastik kecik. poyo punya pompuan kan. betapa lah aku ni menghargai setiap pemberian orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku ni kan. haha.




dah..!! habes bukak cerita zaman romeo aku. kita beralih kepada topik utama kita hari ni. dah alang-alang aku terbukak cerita pasal barang-barang yang pernah aku dapat time aku bercinton dulu, jom lah kita kaji barang/hadiah apa yang perempuan suka sebenarnya.

sesape yang baca entry ni, senang. tak payah nak pk sampai ber-kelumumur kulit kepala tu. korang baca, pilih je yang mana, beli dan bagi kat insan awek-awek ni. jom kita usha bawah....!!! 

*********************************************************************

BUNGA
orang kata insan awek-awek dengan bunga ni memang dah ibarat isi dan kuku. yeke? aku tak de jawapan yang tepat untuk itu. yang aku tahu, memang ada yang suka bunga-bunga ni. lagi-lagi bunga ros. romantik katanya. berdasarkan cerita-cerita hindustan yang aku layan. warna bunga pon ada maksud tertentu. contohnya, ros merah melambangkan cinta dan romantik, ros kuning melambangkan persahabatan sejati. ada jugak yang bagitau, kalau nak bagi bunga kat insan awek-awek, bagi lah ros merah 3 kuntum. merah bermaksud cinta dan romantik, 3 kuntum tu pulak wakil kata I LOVE YOU. 



TEDDY BEAR
ni ala-ala kebudakan sikit, tapi masih nampak ke-comelan si insan awek-awek. rata-rata member aku yang aku jumpa, mesti ada membela beruang sekor dua. cute katanya. yela, kekadang kalau pk-pk, memang pompuan suka benda yang cantik, comel, cute. sesuai dengan naluri kita-kita ni kan. beruang tu la yang akan dipeluk tatkala diri kerinduan. beruang tu jugak lah yang akan ditumbuk tatkala ada perselisihan paham. tak gitu? 



CHOCOLATE
ada jugak insan awek-awek yang suka chocolate. tak kisah lah apa-apa pon, tapi mesti berasaskan cokolat. kek cokolat, eskrem cokolat, air cokolat. semua nak cokolat la. bukan apa, ada sesetengah insan awek-awek ni berpendapat chocolate ni mampu mengurangkan tekanan. 



PERFUME
satu lagi perangai insan awek-awek, sentiasa inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. kalau kemana-mana, insan awek-awek ni akan pastikan keadaan diri selalu dalam keadaan yang menyenangkan. cantik, manis, elok je mata memandang. tak lupa jugak, tambahan keyakinan melalui bau-bauan. bau anggur, bau strawberry, bau oren, bau durian. eh, durian?? ok, aku memain je.



BARANG KEMAS
kalau insan awek-awek yang selalu pk-kan masa depan, ni adalah top list hadiah kesukaan-nya. emas bukan calang-calang hadiah. harganya naik, tak turun-turun pada masa sekarang. lagi-lagi pulak kalau si dia bagi couple ring. rasa macam ala-ala drama korea gitu kan. contoh barang kemas yang selalu menjadi kesukaan insan awek-awek, rantai dan cincin. romantik sungguh.



BAJU
ni pantang. kalau diajak shopping, kebanyakan insan awek-awek akan gembira tersangat. lagi-lagi pulak kalau dihadiahkan pakai-pakaian. ni paling effective lah aku rasa. insan awek-awek akan selalu ingat kat si pakwe setiap kali pakai. ye tak??



NOVEL
rata-rata insan awek-awek zaman skang memang suka sangat ber-novel bagai. romantik katanya. yeke? jadik, boleh jugak dijadikan sebagai hadiah. bagi peminat novel, mesti insan awek-awek ni happy sampai lompat macam katak. 



*******************************************************************

tu je yang aku boleh senaraikan. insan awek-awek ni suka di bagi-bagi sesuatu. walaupun tak besar, tak mahal sekurangnya ikhlas mesti ada. aku rasa, hadiah ni sebagai pemanis hubungan. ewah!!

tapi, kalau aku lah kan...tak payah susah beli semua ni pon tak hape. cukup bagi aku makan sampai kenyang pon dah ok.

peringatan: jangan terlalu mengejar sesuatu yang bernilai. nilai ringgit itu, walau setinggi mana pon masih tak boleh nak ditandingi dengan nilai keikhlasan hati.


-peace yawww-

24 comments:

pha is said...

pernah satu hari, termarah(tengking) seorang KAWAN perempuan. bila nak mintak maaf, dia cakap, kalau nk maafkan, kena bagi dia coklat, bunga, dan ais krim... hahaha... walaupon agak awkward, tapi bagi je la...

hana szied said...

coklat milkaaa weyhh
hehe

atiqa aris said...

perfume tu best.lagi mahal lagi best.haha

Halimatun Sa'adiah said...

bestnye kalo dpt sume neh..

gdsbnga said...

kite suke emas 100 karat . kekekeke . amboii kemain materialistik .

Bidadari Besi said...

macam perempuan ni mata duitan pun ye jugak kan? sebab lelaki takde ;lah macam ni sangat..

Azahari Yassin said...

sy sume gift yg kat atas da pernah bagi kt someone..cuma bunga aje x penah..malu nk bagi..ehehe ^^

.........cP~ said...

Salam.

Dapat hadiah memang best. Kalaupun tak mintak, tapi, kalau orang kasi memang ambik aje. Hee.

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

teringat masa couple dlu...xpernah langsung berkire..semua fair... slalu bg hdiah..xpnah tgu hari istimewa pn..bg kteorg dlu..stiap ary istimewa.. tp semua tu dahlam brkahir... :(

pinkcolour82 said...

masa couple selalu bg kad yg berisi ayat2 manis je.

sepeck said...

sy lebih memilih makanan drpd apa2 hadiah . hoho

shiema sufian said...

semua shiema suka kecuali novel tuh. Shiema tak minta lebih dari kasih sayang (:

Zizie LAM said...

awesome gila if dapat suma gift tuh..hihi

♥ julie zulkilee ♥™ said...

Ayu, part bear tu paling betul. hahaha. time syg, peluk2 bear. time gaduh, campak bear ntah ke mana :)

Razil Tahir said...

I thought girls love diamonds... :)
hehehehe

Fadzmie Mohamad said...

Selalu takde idea nak bagi apa. Asyik-asyik bagi teddy bear dengan baju je. Haha.

ridoma said...

brg kemas tak mampu, perfume takut tak suit baunya, coklat selalu da bagi, belanja makan jela..

pulsowanie said...

bawak jalanjalan pergi paris lah yg terbaik

PEREMPUAN INI TIDAK MENANGGALKAN MEKAP SELAMA DUA TAHUN!
http://pulsowanie.blogspot.com

cik najihah said...

wallet pon bolee

Lea Comei said...

saye perempuan yg tak ladies so tak bape suke bunge n sekutu2nye.hehe

shat mashuri said...

mesti ade coklat... :-)

Aizat Shafiq said...

oooo...ye ke...baru la tau...
:p

yad'z said...

dalam banyak2 hadiah, kite pilih novel.. hehehehe

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...