thank you followers

Thursday, February 16, 2012

CANTIK : BEDAK SEJUK

nak dijadikan satu entry baru. aku teringat dulu-dulu aku selalu tumpang tidor rumah cikgu sekolah aku. cikgu aku tuh pulak memang cantik orangnya. bodek punya bodek, aku dapat lah satu rahsia. rupanya selama ni dia pakai bedak sejuk. apa yang best, bedak sejuk tu dibuat sendiri.







tak nak lah nampak tak up-to- date sangat, aku pon nak belajar buat benda tu. senang memang lah senang, tapi makan masa. sekarang, aku nak share dengan semua orang yang datang baca kat sini. harap membantu lah ye.

******************************************************

CARA BUAT

mula-mula, korang pilih beras yang berkualiti dan basuh. rendamkan beras tu dalam bekas tertutup. aku biasanya rendam 4 bulan. kena tukar air dalam tempoh merendam tu.

dah tunggu selama 4 bulan, korang basuh beras tu. masa ni, beras tu dah tak berbiji macam beras biasa. akan jadi lembik. letak sedikit air dan penyek beras tu. kalau nak letak air mawar sedikit pon boleh jugak.

pastu, ambil kain batik bentang kan tengah panas. biasa aku buat, atas kereta mr bapak la. dah siap bentang, korang titik bedak sejuk yang dah dipenyek tu atas kain batik tu. saiz ikot suka hati je. tapi, jangan terlalu besar.

tunggu sampai kering dan keras, korang boleh ambil bedak sejuk. untuk simpan, korang boleh letak dalam bekas. biasanya, aku akan potong daun pandan letak sekali dalam bekas tu.


*************************************************************************

CARA PAKAI

ambil beberapa biji bedak sejuk. letak atas tapak tangan atau dalam bekas kecil. 

isikan sedikit air. godek-godek dan sapukan ke muka dan leher korang.

tunggu sampai kering. pastu dah boleh cuci muka.


*************************************************************************

KELEBIHAN BEDAK SEJUK


boleh menyejukkan kulit muka

boleh kurangkan minyak pada muka

boleh menyegarkan kulit

boleh mengecutkan jerawat

boleh menanggalkan sel kulit mati


*************************************************************************

korang semua boleh try buat kalau mahu. ada apa-apa nak tanya, tanya je. insyaAllah aku jawab. kalau sesape yang pernah buat, pon boleh kongsi kalau-kalau ada cara tambahan. selamat mencuba.


peringatan: kecantikan adalah hak milik setiap insan. tak kisah kau lelaki ke pompuan. dua-dua pon berhak.




-peace yawwww-




22 comments:

OmmaWany said...

eden pn suka pkai bedak sejuk..p beli la...hehehehe

e'ka zulaikha said...

tak pernah pakai pon bedak sejuk. HAHA --''

OmmaWany said...

eden pn suka pkai bedak sejuk..p beli la...hehehehe

H.K.L said...

wah, first time tahu cara buat bedak sejuk sendiri, thanks sebab sharing~

Salam perkenalan :)

cik kiwi's said...

pergh..kalau kiwi plk selalu pakai bedak sejuk yang cair tu je. tak pun beli kat kedai yang mmg dah siap bijik2...:P

najihahfara said...

kalau nak tegangkan kulit campur kan sikit dengan air perahan limau nipis..but be careful sangat pedih. tapi lepas pade tu kulit sangat segar, x berminyak langsung & tegang!

cacamarba said...

cantik..beras kt rumah aku pn dh lama dlm balang.leg bt eksperimen..

♥ julie zulkilee ♥™ said...

lamenye kne rendam 4 bulan :( ayu tolong buatkan untuk aku ae! muehehehe

Nur Syazana Mohammed Sani said...

mak aiii . 4 bulan ?

lama benau ler >_<

hehe

http://syazanasani.com

kindergartenlibrary said...

dulu rajin pakai .. sekarang , tak rajin ! hahahaa

Unknown said...

tradisional win!

kindergartenlibrary said...

dulu rajin pakai . adik asyik terkejut . dia ingat muka hantu ! hahaha

Unknown said...

wah..dah boleh buat bisnes nih

Noor Fatin said...

family saya pn buat bedak sejuk sendiri! resepi abah pnya! hik3. saya dari kecik2 biasa pakai bedak sejuk. kalau pakai krim2 lain, mmg alergik. pakai bedak sejuk xpe.. wuwuwuw..

pakai bedak sejuk yg kita buat sendiri mmg puas hati. slalu jugak mama saya buat. baru2 ni buat. sekali buat mau setahun jugak la pakai~ hakhak.

Afiqah Nabilah said...

lamanya nak rendam. 4 bulan?lama tu.

jom baca entry terbaru saya >> http://thecreativecraft.blogspot.com/2012/03/chocolate-and-coklat.html

Mia Liana said...

sejuk dan tenang bila dah tempek ke muka...

Anonymous said...

boleh ke kite pakai bedak sejuk tu then bawa tido ?

Anonymous said...

salam :)
nak tanya, biasa org pakai sampai masuk tido tu, esok baru die basuh. bole jugak ke? and mana lagi bagus?
terima kasih.

Anonymous said...

Ada orng kata boleh putihkn kulit?

Miss Nisa said...

Nice info awak.. Thanks.. : )

Unknown said...

Ye .. sy br je pkai klmrn .. bla

shidah said...

bedak sejuk boleh putihkan kulit ke??




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...