thank you followers

Sunday, February 5, 2012

kicap lemak manis

awal-awal sem dulu, duit ketat-ketat bank. tahu-tahu lah kan, duit pinjaman baru je dapat, nak apa cakap je. petik jari semua boleh dapat. sebab duit ketat sangat kat bank, tiap-tiap hari atm tu tempat aku singgah. wang kertas RM50, aku tengok macam RM1 je masa tu. heaven wooo. 




makan sedap, pakai cantik, hidup pon selesa la. sempurna sungguh. duit dua ribu tu rasa macam dah boleh sara seumur hidup. nak beli tu, nak beli ni. semua yang ada depan mata, semua aku main rembat je. hari-hari dok makan kfc. kat jengka ni, kfc tu dah tempat orang kaya gila dah. tak de tempat lain yang paling best dari kfc. aku pulak, tiap hari berlagak kaya. kfc je selalu. 

duit makin lama, makin surut. belajar tak sampai setengah sem, duit dah tak cukup. aku dah mula gelabah macam orang sakai. makan pakai dah tak selesa. makan dah start kena catu. duit yang dulu ketat-ketat bank sekarang dah tinggal cipot. 




dulu, atm tu tempat singgah aku. sekarang atm tu tempat aku merayu. moga-moga duit aku bertambah. tapi, aku tahu tak mungkin lah akan berlaku semua tu. ye tak?

sekarang, dah akhir sem. aku makin layu. kalau dulu kfc tu makanan aku. sekarang, kicap yang dulu aku letak kat penjuru meja tu la pembuka selera aku. nak menyesal pon rasa macam dah malu. rasakan lah...!!




peringatan: kaya sementara je. ALLAH saje nak uji iman kita. silap guna, terbang lah semua nya. 


-peace yawww-



7 comments:

yad'z said...

hehee.. sentiasa beringat ye... make sure ade saving untuk future.. kalau tak , memang merana.. =)

Sam Banjamin said...

kene pandai berjimat dan agih kan antara keperluan dan kemahuan...

kicap? oklatu... banyak zat... hmmm..

Yana Libra said...

rancanglah keperluan tu semua lain kali..pastikan duit untuk emergency sentiasa ada~

p/s:takpe..belajar dari pengalaman.. :)

loVe puRpLe said...

same wit me.. kene catu start from now.. kumpul duit nak kawin yuhu... (^-^)

susulemakmanis said...

diut segala galanya di ats dunia ni skrg..btw,dah follow u

Popoi said...

sedap kicap,, ^^"

faizulosman said...

kan dah susah... tu lah lain kali kena beringat lah ye... jgn boros...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/02/sambutan-maulidurrasul.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...