thank you followers

Monday, February 6, 2012

game berunsur lucah dan negatif

bab nak bagi pembuka kata entry ni, aku payah sikit. tak reti celah mana ayat aku nak kutip dulu. jadi, senang cerita aku teruskan dengan tajuk aku hari ni la. 

bagai disuluh dengan spotlight, tajuk aku kata atas sana berkenaan game berunsur negatif. yelah, masing-masing pon dah maju. hari ke hari, ada je yang baru dalam hidup ni. aku dapat rasakan kelebihan hidop dalam kemudahan teknologi yang tiada batas ni.

tapi, dengan teknologi yang tiada batas ni jugak boleh mendatangkan perkara tak elok sebenarnya. biasalah..!! setiap benda baik tu ada jugak terselit keburukan kan.







cerita hari ni, aku dapat dari pengalaman sendiri. datang dari dua adik kembar aku. sedang elok dorang dok layan game kat pc, aku terasa nak menjenguk. mula-mula aku macam tak paham sangat, bila aku hadap lama-lama baru lah aku dapat tangkap. nak terkeluar taik hidong aku oleh kerana terlalu terkejut.

ni, aku ada tolong mainkan sebab nak printscreen untuk korang semua. nak tengok game ni cemana, jom serbu gambar bawah ni.

******************************************************


 condoms dan hookah


vodka


porn magazine


porn site




******************************************************

apa yang aku paham pasal game ni. kiranya player akan dibagi satu bilik yang penuh dengan barang-barang. kebetulan, mak bapak si player ni akan datang jenguk bilik. dengan masa yang ditetapkan, player kena cepat-cepat sorok semua barang yang tak elok seperti gambar di atas. setiap kali naik level, jumlah barang akan bertambah. aku main sampai level 5 je, level seterusnya aku tak tahu lah kena sorok apa. semestinya semakin teruk.


kalau korang, tengok adik korang yang berumur 7 tahun layan game macam ni, apa korang rasa? masa aku tengok tu, aku rasa macam nak pecahkan je pc tu. tapi, pk-pk balik pc tu bukan seposen boleh dapat dua biji. ye tak??

aku tak rasa budak kecik perlu tahu semua pasal condom, pasal porn magazine, pasal porn site. apa jadah dorang perlu tahu semua tu. buat rosak minda je. 

bila aku pk balik, kesian jugak kat budak-budak sekarang. nak main kat luar rumah, bahaya dengan manusia seperti serigala. nak main dalam rumah, pon ada jugak bahayanya. ingat lagi tak entry aku BUDAK SEKARANG DAH TAK BEBAS? kalau tak baca lagi, sila baca ye.

jadi, sebagai orang yang lebih dewasa dan yang lebih tahu mana baik buruk kehidupan, kita selalu-selalu kena pantau apa adik-adik/anak-anak kita buat. sekurangnya, kalau dorang tersilap pilih jalan kita ada untuk tegur dan tunjuk apa yang betul. ye tak?

sesape yang ada pengalaman lebih kurang macam gini, aku jemput share bersama.



peringatan: kalau tak dijaga minda mereka, parah kehidupan kita semua. mereka generasi muda, bakal memimpin dunia. biar hati, minda dan jiwa mereka kekal bersih seperti sedia ada.




-peace yawwww-




11 comments:

Unknown said...

macam-macam cara Yahudi nak sesatkn ank2 Islam..huhu

Falcoa wa ! said...

terime kasih ayuna !

Anonymous said...

ish3...ttup je kalau jmpa game cmtu lgi..men masak lgi bes...
mcm myvi..lagi besss
dah folo awk
kenapa nak sedih?
kenapa nak menyesal sebab putus cinta?
patut ke menyesal?
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/kenapa-nak-menyesal-sebab-putus-cinta.html

Gary Asip said...

betul tu.. sekarang ni diorang cuba sesatkan minda budak2 dengan pelbagai cara.. bukan dalan game je :

http://garyasip.blogspot.com/2012/02/industri-perfileman-melayu-sekarang.html

Helmet Putih said...

games boleh me'release'kan tension tapi boleh juga merosakkan pemikiran ...

M Fizan said...

semua dah tak terkawal.. tapi kita perlu berusaha juga mencegahnya.. delete jer game tu.. banyak lagi game lain..:)

Pendamba Mawar said...

itu la cara mereka mempengaruhi minda remaja..:)

Liyana Anuar said...

tak menahan game camni~

faizalnizam said...

game ni mmg pernah top satu masa dulu. tp aku tatau la pulak kalau hari ni masih ada yg main game ni. hurmm.

hana said...

game pe tu?
x pernah tahu pn..
teruk betol

Nana said...

sengal game cmni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...