thank you followers

Wednesday, October 12, 2011

budak sekarang dah tak bebas

itu hari, time aku tengah syok-syok menaip, tiba-tiba adik-adik aku datang serbu. dengan muka tak berdosa. ok fine. aku buat tak tahu je dengan kewujudan mereka. mood aku baik lagipon time tu. aku senyom je... selang beberapa minit, adik aku yang kembar (arifa ngan aliya) makin dekat, perlahan-lahan dia datang makin rapat. sambil dok usap-usap lengan aku.

arifa: kak yu, adik nak tumpang guna laptop kejap boleh?

aliya: kakak pon nak tumpang jugak, 30 minit je. 

aku: nak buat apa? kecik-kecik dah nak tumpang laptop orang..

aliya: nak sambung game zuma, penat la dok pegang joystick ps2. 

arifa: a'ah kan kakak, adik pon letih pegang joystick, rasa macam nak pegang mouse pulak.

aku: banyak la cakap budak 2 kepala ni..!! nah, amek la laptop orang wat harta. 1 jam je tau..!


**********************************************************************************************

selama satu jam, aku menjadi penunggu yang setia. tengok gelagat si kembar. jap-jap bergurau senda, gelak-gelak. jap-jap bergaduh manja. dah nama pon kembar, kalau gadoh pon selalunya tak lama. berani nak gadoh lama-lama, aku hantok kepala dua-dua. haha. dengan ada penegasan seperti itu, dorang tak berani gadoh depan aku. belakang, lain cerita la kan.




benda yang paling aku tak minat, menunggu. lima minit serasa macam 5 jam. penat aku baring, aku duduk bersila. penat bersila, aku berdiri pulak. nak lari setempat, kang si kembar cakap aku gila pulak. so, aku tunggu dengan sabar. memilih untuk berbaring, sambil memasang dunia sendiri. baring-baring sambil tengok si kembar. kadang-kadang kesian pon ada ngan bebudak sekarang. tak macam aku dulu-dulu. mak aku kata, 5 orang anak mak, aku lah yang paling nakal. dari kecik sampai besar. yeke?? tapi, masa aku kecik-kecik dulu, hidup aku memang hebat la...nak tahu..?? jom layan entry aku ni.........

**************************************************************************************************

seingat aku la dulu, time aku kecik-kecik. hidup aku cukup-cukup seronok. tak de la terkurung macam si kembar ni pon. pergi sekolah naik beskal, pergi mengaji pon naik beskal. masa aku tadika tu, aku dah dapat beskal da. kalau korang ingat la, beskal yang tayar getah tu, tak payah pam-pam da. tak kan bocor punya. sesuai la ngan umur aku pon time tu. tak de nya mak aku ambik hantar segala. anak sulong lah kot, mak aku da siap ajar berdikari dari kecik. lepas je aku balik mengaji lam pukul 4, memang aku tak dok kat rumah. pergi main ngan member-member. lambat kuar sikit, memember aku beratur la depan rumah memanggil. nak tak nak, terpaksa keluar la kan.

aku ingat lagi, aku memang suka sangat naik beskal. matahari tengah mengambang pon, selamber badak aku je round taman perumahan aku ni. dah nama pon round, memang wajib la lebih dari 2 kali pusing. tak pernah kurang dari tu. sumpah, memang sial. jalan mana dalam taman ni, aku tahu semua. paling tak boleh blah, aku main beskal dalam kawasan kubur. tanah perkuburan la. petang ala ke senja pulak tu. walaupun aku pompuan, tapi memang dari kecik-kecik lagi, member aku ramai je lelaki. dorang follow aku, nak sedap cerita, aku la leader. dah leader masuk kawasan kubur, yang lain main nak follow je. sesedap aku memusing kat situ, yang sorang ni menjerit sambil pecot beskal. aku tak tahu apa yang jadi, tapi aku orang last yang keluar dari kawasan tu. sampai ke sudah aku tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. puas aku mintak boboy cerita, dia pilih untuk membisu sambil geleng-geleng kepala. kalau kurang kesabaran, nak je aku tendang si boboy tu.




aku pon pernah la jugak jatuh beskal. masa tu, aku dapat beskal baru, mr. bapak bagi hadiah sebab aku menang pertandingan mewarna. happy punya hal, aku bawak macam nak ke bulan. pecot habis. dalam hati "nak try skill, baik bawak sambil tutup mata, baru best....", aku pon tutup mata. bawak beskal sambil tutup mata memang kerja bangang. kecik-kecik lagi memang jiwa aku dah kental. sekali punya kental, haiyak..!!! dalam longkang la jawabnye beb. pipi aku sebelah memang pedih diusap dinding longkang tu, sial betol. tapi kental punya hal..aku tak nangis pon. selamber aku boleh buat satu pusingan lagi sebelom balik rumah.

sesampai kat rumah, aku jerit panggil mak aku, "mak....orang langgar ngan longkang tadi...". mak aku keluar dari dapur, dengan apron tak buang segala. apa lagi, terkejot sakan la mak aku. terus membebel tak henti-henti. time tu gak dia suruh aku mandi nak cuci luka kat muka. dalam hati aku, "tak menyempat betol..peluh orang pon tak dan nak kering".....

terpekik terlolong aku dalam bilik. macam dah kena sampuk gaya aku menangis campor menjerit. bukan sebab sakit kena sapu iodin tu pon. sakit sebab kena marah ngan mak. aku memang tak boleh orang membebel ni, kerja nak melawan je. tapi, nak melawan mak sendiri memang la tak. so, aku menangis jela. 




mr. bapak balik kerja, terus jenguk aku kat bilik. sangka aku tidor la kot. memang tak la!! aku time tu tengah syok dok buat pistol kayu. kayu dah siap aku cari sebelom tragedi hitam tu, barang-barang semua member aku dah kasi siap, cuma nak pasang kena ada getah segala. kalau tak sempat buat, esok aku tak boleh la nak main perang-perang ngan konco aku. aku tak nak lepaskan peluang tu. bila mr. bapak bukak pintu bilik, aku cepat-cepat sorok pistol kayu aku tu bawah bantal. tapi, bmr. bapak lagi terer kot. dia ambik pistol tu, dia yang tolong buatkan. haha. mr. bapak memang terbaik...!!!

esok tu, dengan bangga nya aku pergi ke port aku dan sahabat. plan asal, nak main perang-perang atas pokok. sekali aku sampai, dengan muka sebelah kanan aku penuh ngan warna kuning(iodin), member-member gelak. gelak memang setan punya gelak la. dorang panggil aku hantu muka buruk sebelah. sial punya member. sampai ke sudah, dorang panggil aku macam tu. 

*****************************************************************************************************

bila aku dah besar sikit. masa tu aku darjah lima. biasanya dak pompuan, time-time ni la mak suruh dok umah, tolong-tolong mak kat dapur sikit-sikit. aku, memang tak de makna ngan semua tu. oleh sebab sepupu aku ada dok ngan family aku, time tu dia sekolah menengah, aku sekolah rendah lagi. kebetolan time tu, dia bru belajar-belajar bawak motor. aku tumpang kaki jugak la. kemana dia pusing, aku ikot. beskal aku yang dua tiga buah dulu dah boleh buat besi buruk dah time tu.

satu petang, masa tu hujung tahun, opkos la tengah cuti sekolah kan. yang sepupu aku ni pulak petang-petang selalu je bawak aku pusing-pusing, nak mencari awek katanya. gatal. aku pon follow jela. dah hari-hari lalu tempat yang sama, lama-lama aku jadi boring. tiba-tiba dapat la satu idea. aku ajak dia main kat paya. bukan nak mandi, bukan nak tangkap ikan. tapi, aku nak cari lintah ngan pacat. siap bawak botol segala la. cari 10 ekor, balik rumah letak garam dalam botol tu. lintah dan pacat itu pon mati dalam ketenangan. bukan setakat tu je jahat kepala aku ni. 



petang esok, dengan botol yang berisi mayat pacat dan lintah tu, aku ajak sepupu aku round-round taman lagi. siap aku pesan, "bawak slow-slow tau, orang ada nak buat experimen sikit kat belakang ni".... ha, nak tau aku buat apa? haha. aku suruh dia bawak slow, sbb aku letak bangkai pacat dan lintah tu dalam ekzos motor. settle keje aku, aku cakap kat dia "laju sikit..!!".... zooommmm...!!! bangkai tu terkeluar setiap kali sepupu aku bawak lelaju. puas hati. berdekah-dekah aku gelak.

*****************************************************************************************************

kalau nak cerita pasal zaman kecik-kecik aku, berjela panjang nya. satu entry tak mampu nak habis. nanti, lain kali aku cerita lagi kat korang. korang time kecik-kecik dulu cam ne pulak? ce citewww.....haha.

tapi, tu lah kan, zaman dulu ngan sekarang mana nak sama. budak-budak sekarang hilang kebebasan. orang jahat ni terlalu ramai sangat. memana je ada. tak cukup orang luar, family sendiri pon tak boleh nak percaya. hari-hari aku online metro, belambak kes-kes bunuh la, rogol la, asid la...macam-macam la.



nak main beskal kat taman takot penculik. nak main masak-masak, takot kena asid. nak main kawen-kawen, jadi mangsa ekperimen seks. nak main paya atau sungai, takot lemas. nak main kejar-kejar, takot kereta pecot laju. semua nya tak boleh...!!

sudahnya, budak sekarang terperap kat rumah je. main ps, game zuma macam kembar ni, siap budak kecik skang ada fesbuk kot. terperap kat dalam rumah, hari-hari hadap benda yang sama. tak boleh nak explore pasal kehidupan langsung. dok rumah pon, belum tentu selamat 100%. silap-silap ada pulak kes dera. binasa la umat zaman sekarang.

peringatan: anak kecik sekarang yang akan mewarisi dunia pada masa akan datang. jaga molek-molek la. sesape yang nak share cerita time kecik-kecik dulu, aku jempot. boleh aku baca....

-peace yawww-

22 comments:

Khairuddin said...

lalallalalala

Bilal binti Robah said...

sebijik je la prangai mcm adik badik aku
24/7 ngadap laptop je
gile xde life
huhu

C i k P i p i T e m b a m said...

hahahaha... nakalnye kamuu ye... geram plak tgok.. mesti comel masa kecik2.. mcm kembar kamu tu.. hakhak.. adik kan kembar tu ? huhu.. comel sgt... paling xboleh blah abah pon tolong buatkan pistol kayu , haha terbaekkkk !!!!

ayuna ayuni.. said...

khairuddin:

hahahahahahhaha

ayuna ayuni.. said...

bilal:

hahahha....kesian pon ada. kalau bawak dorang keluar pon, tak de nye aku biar dorang bebas cam lalat. penuh pengawasan.

nasib baik la aku lahir zaman dulu2 sikit

ayuna ayuni.. said...

cikpipitembam:

hahahhaha...entak kenape nye jadik nakal cam tu pon aku xtau la. sampai skang nakal tak hilang

wahahahahahah

:)

tapi, dah tak maen pistol kayu laaa

noraauliyya said...

tu lah takot nak lepas adek2 kuar rumah , dah tak selamat negara kita . bahaya kat mana2 je , dulu lain sangat .

Pendamba Mawar said...

dulu pendamba ada satu je khidupan... bola sepak..haha

ayuna ayuni.. said...

noraauliyya:

yelakan, betol2

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

bola sepak?? apakah?

aira mohamad said...

btol la kan..
skarang ni mane2 pegi pon xbole nk caye sgt, bnyk org jahat..
cayalah awk pnye life..
havoc gler2..
miss my old memory to0

adeyla said...

haha..owsome gilerrr mase MUDA duluu..deela penah jatoh beskal sipi2 lagi nak masok PERIGI BUTA taw tak..im sooooo lucky still hidop lagi XD

ayuna ayuni.. said...

aira:

hahahah. ala, anak orang biasa2, macam tu la.

family tak kaya nak beli mainan mahal2,

pistol pon kayu je. :)

tak havoc mane...

ayuna ayuni.. said...

adeyla:

hahahha....nasib baik la~~~

kdg2 suka kot ingat time MUDA dulu

AININ SURAYA said...

dulu and sekarang dah lain kan =)

ZACK ENTRY said...

apa nak jadi nanti dengan remaja akan datang..semua nya duk depan pc..tak payah pergi kerja..semuanya dihujung jari..^^,

En. Kronik said...

kenakalan guwa sampai satu kg kenal

ayuna ayuni.. said...

ainin:

mmg lain pon~~~

ayuna ayuni.. said...

en kronik:

guwa rasa guwa nak tau apa yang lu nakal.

hikhik...

ce citewwww

ayuna ayuni.. said...

zack entry:

kalau x g keje duet masyuk, no hal beb

kalau perabeh harte....potong kepala siap2 la jawabnye

Nizam Ijam said...

wah panjang nya entry :P

faizulosman said...

mmg kesian... otak mcm tak berkembang secara kreatif... tak heran lah bdk2 sekarang dah bnyk yg obese...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/bola-ke-longkang-argh.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...