thank you followers

Saturday, February 4, 2012

maulidur rasul 2012

dalam dok busy teramat, aku tak nak ketinggalan buat sekeping entry ni untuk korang semua. agak lama aku tak menaip, skill pon macam dah terbang melayang. tapi tak pe, hari ni kita ringan-ringan je. 




sebelum melalot panjang-panjang, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua teman se-islam dan juga geng-geng blogger. marilah kita bersama-sama suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

terlalu banyak cara untuk kita mengingatkan kembali diri kita akan Rasulullah SAW. kalau masa sekolah dulu, aku pernah join NASYID sempena sambutan maulidur rasul ni. sape pernah dengar lagu ni?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

*****************************************************

seterusnya, benda paling mudah dan benda yang paling cepat kita lupa iaitu SELAWAT. tak panjang pon, tapi kita selalu pandang remeh. kan? kan? kan? bagi mengenangkan segalanya, berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. ia tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam.


Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim


*****************************************************


KELEBIHAN BERSELAWAT


1. Selawat merupakan satu amalan yang sangat dimuliakan oleh Allah Taala.

2. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

3. Menjadi penyebab hajat,doa dan amalan baik diterima Allah.

4. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

5. Boleh Menghapuskan kesalahan dan dosa.

6. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat serta syafaat Rasulullah SAW.

7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

8. Selamat daripada huru-hara hari kiamat.

9. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

10. Di kasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.


*****************************************************




ada banyak lagi ganjaran-ganjaran yang akan diberi. jadi, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW. mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

peringatan: dalam mencari harta di dunia, jangan kita lupa akan bekalan untuk diri kita di akhirat sana.


-peace yawwww-







6 comments:

Syakir Rahman said...

bru lpas dengar nasyid ni....hik3.. salam mawlid an-nabi

Rokiah Wandah said...

salam maulidur rasul :)

ayanuts said...

salam maulidur rasul

saNah said...

saLam maulidur rasul,,,,,,Selawat ke atas nabi junjungan...

Popoi said...

slm maulidur rasul yer,, ^^

Nurliyana Sheereen said...

Salam maulidur rasul semue ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...