thank you followers

Monday, January 9, 2012

RESIPI : APAM BALIK

ramai yang tak tahu, kita kat rumah pon boleh buat apam balik sendiri. tak perlu nak berebot kat pasar malam tu lagi. sangat mudah je cara buat apam balik ni. hari ni, aku nak kita sama-sama godek buat apam balik. ringkas dan mudah. jom la cuba..!!



************************************************************************

bahan-bahan yang perlu


2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan gula 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur 
1 1/2 cawan air
1/2 camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah  
1 tin jagung 
1 cawan gula 
mentega


cara-cara nak buat

mula-mula, mesin kacang tanah sampai hancor dulu. amek kacang tanah hancur, jagung, gula dan mentega letak kat tepi.

masukkan gula bersama telur bersama, godek hingga kembang. pastu, masukkan pulak soda bikarbonat, air, baking powder dan pewarna kuning. godek semua tu sampai lah sebati. perlahan-lahan masukkan tepung sambil godek-godek. jangan sampai jadi ketol-ketol. tak cantik pulak nanti.

panaskan kuali, letakkan sedikit mentega kat permukaan kuali tu. ambil satu senduk adunan tadi, ratakan di permukaan kuali. jangan terlalu tebal sangat. tutup kuali sekejap. 

akhir sekali, tabur kacang tanah yang dimesin, jagung, gula dan mentega. tunggu sampai masak.

"APAM BALIK SIAP"
*************************************************************************

cuba dulu, baru tahu betapa mudahnya untuk makan. haha. kalau aku, aku suka apam balik yang nipis-nipis. ranggup rasanya. pasal ketebalan tu, ikot citarasa masing-masing la. lagi satu, masa korang nak masak tu, guna kuali pon boleh. tapi, kalau ada pan boleh digunakan jugak. nak tahu pan tu apa, klik SINI. yang tu lebih cantik hasilnya. selamat mencuba.




-peace yawww-



10 comments:

LeenNajib said...

hehe, curi! sok nk try laa. xsaba laa nk test. suke apam balik. HAHA^^

nuerule areyin said...

npk sedap :)

Cik Aini Lavender's said...

kena blk try nih.sekali wat bleh mkn 1 fmly smp kenyang =)

iz13 said...

fav iz neh..LOL
nk mintak tlg la..iz nak mintak awak click like blog iz.

cacamarba said...

bes2..aku suke ltak marjerin byk2..rase masin majerin ngn gula tu mmg...pergh... :)

kakchik@ella said...

waaaahhhh .. mcm kedai punya lah. cantik.

pinky_liscious said...

lama x makan... ngidam lak...

nia marlissa said...

senangnye .. nak try buat lah :D

wanie said...

tibatiba rasa nak bukak gerai apam balik..
boleh la nanti challenge pakcik apam balik kt pasar tu..pehhh



MALU WEH! MANALA NAK SOROK MUKA JANTAN AKU NIH!
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/status-aku-takder-sorang-pun-like.html

saharinasaharudin said...

kat sabah,apam balik tu kitaorg called as terang bulan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...