thank you followers

Wednesday, January 4, 2012

RESEPI : BUTTER CAKE

dah nama pon blog orang pompuan. sekali sekala nak jugak aku tunjuk ke-perempuan-nan aku ni ha. hari ni jom aku bawak korang godek-godek kat dapur. kita buat butter cake. aku tak pandai sangat pon, baru je jinak-jinak maen tepung ni semua. baru nak belajar bermesra ngan dapur. haha.

sesapa yang rasa nak buat jugak, boleh je nak copy resipi ni. boleh sama-sama merasa. ok-ok. jom kita mula. jangan malu, jangan segan.




*************************************************************************

bahan-bahan yang kita perlu

200 gram butter
200 gram tepung
150 gram gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik esen vanilla
3 sudu besar susu pekat


cara-cara nak buat

mula-mula korang amek butter dan gula, masukkan dalam bekas tu. korang godek la, sampai kembang. dah puas hati tengok benda tu kembang, masukkan pulak telur. sebijik, sebijik. sambil godek-godek lagi. pastu masukkan pulak tepung, esen vanilla, susu pekat, baking powder. korang godek la sampai sebati.

sediakan loyang dan griskan sedikit butter kat loyang tu. tuang adunan tadi tu dalam loyang. masukkan dalam oven. tapi ingat..!! oven tu kena panaskan dulu. suhu 150C. bakar selama 1 jam 20 minit.


"BUTTER CAKE SIAP"
*************************************************************************

sesape yang baru nak belajar buat kek, aku rasa kek ni paling senang lah kot. mula-mula aku belajar pon, start dengan kek ni jugak. pastu baru la cuba kek-kek yang lebih mencabar lagi. 
selamat mencuba



-peace yaww-



4 comments:

UniMeOw said...

cuti sem t nak try...

tQ 4 da rspi! ;D

Epit Lavica said...

macam sedap je nampak:)

syafiqakarim said...

sdn bhd ke ni?
kehkehkeh.mau buatt

Asningtiyas Nasdja Putri said...

wuuuut lapar >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...