thank you followers

Wednesday, January 18, 2012

kan best kalau ada kembar

bila masa aku sibuk menyiapkan segala kerja yang diberi, aku mula merungut. letih, malas, bosan berkumpul menjadi satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak kata macam mana. bila masa macam gini la aku selalu pk benda bukan-bukan.

aku selalu pk, kan ke bagus kalau aku ada kembar. boleh upah kembar aku buat semua kerja aku. tolong pergi jawab exam, tolong buat assignment, tolong keluar date ngan pakwe. kan heaven macam tu. dan aku pulak, boleh senang lenang tidor rehatkan otak. orang lain tak akan tahu mana satu aku, mana satu kembar aku. tiap-tiap hari menyamar pon tak pe lah kot. tapi tu lah namanya hidup, tak semua yang aku ingin aku mesti dapat. 




kalau aku berjalan kat memana, aku mesti teruja habes bila jumpa baby kembar. comel kot. orang kata, kalau kita inginkan sesuatu benda tu jadi kat kita, kita kena hadap benda yang kita inginkan tu selalu. jadi, aku nak anak kembar nanti....aku kenalah tengok gambar baby kembar selalu. ye tak? jom tengok sesame. mana tahu kot semua pembaca blog aku ni nanti dapat anak kembar. insyaAllah..


***********************************************************************






*************************************************************************

masa aku tingkatan tiga, masa tu nak amek exam PMR. nak tak nak, tetiba mak aku bagi sepasang adik kembar kat aku. memang lah aku nak menangis memula tu. mana tak, tahun tu la aku nak exam, tahun tu jugak lah mak aku nak buat anak. first day aku masuk sekolah adalah birthday adik aku si kembar tu. memang tak study mana lah sangat pon. alhamdulillah, berkat tolong mak jaga adik, result aku tak de lah terok sangat pon. hehe.

sekarang adik aku dah tujuh tahun dah. dah masuk darjah satu pon dah. semoga dia dilindungi dan dirahmati. kalau boleh, aku nak blog aku ni bertahan selama yang mungkin. biar bila si kembar besar nanti, dia bukak blog aku ni, dia sedar yang kakak dia ada mengumpat pasal dorang kat sini. haha.




nanti, kalau aku rajen-rajen aku tanya mak aku cemana nak dapat anak kembar. bila dah tahu, aku share ngan korang semua. hehehehehe.

peringatan: nak besarkan anak manusia bukan senang. bila besar, tolong lah jadi orang berguna. tak kepada orang lain, cukup kepada ibu bapa dan keluarga.



-peace yawww-



19 comments:

Anis Akhir said...

mmg sgt cute baby kembar..
cousin saya kembar jugak.. sgt comey.. hihi

ANA D said...

comel2 lau ade kembar kan

niera said...

cousin pon kembar..so cute..nk jugak ank kembar..mklumlah,mak sy pon kembar :)

.........cP~ said...

Genetik nak dapat anak kembar dah ada tu. Hehe.

cik fadh said...

nak anak kembar jugak . insyaAllah bakal husband kembar, hope dpt la keturunan kembar jugak . hihihi

*mood gatal nak kawen !

leHeart said...

ye lah, mmg suka tgok anak2 kembar ni... syukur alhamdulillah la, rezeki Allah utk dpt anak kembar ni...

atika ruslan said...

series comel kembar yg kr atas skali n kembar byk2 2..geram..:)
snareazy94.blogspot.com

Ardini Humaira said...

hubby ada gen kembar. dni teringin nak kembar.. tapi risau satu je. time preggy.. dasyat dugaan.. beray perut segala.. kaki bengkak kalau preggy kembar. sebab berat duk carry dua orang dalam perut. huhu

kaizen said...

xleh bla... smpi dating ngan bf pon swoh kembar??? hahahaha

cik violet said...

alamak..ad adik kembar keeee...bestnyee..cepat2 tye mak mcmane nak dapat anak kemba..hehe

Yasmin Aris ♥ said...

Dah ade gen kembar tuu ! xdpt kembar pun tak pe ar . pasni insyallah dpt ANAK kembar . haha :P

Nelly The Strange said...

nelly tak ada kembar ..
just ada kawan-II muka nak dekat sama je . hehehe

Huszaini Haron said...

meh laa tengok anak kembar 3 saya! :)
http://amrafahan.blogspot.com

Huszaini Haron said...

sapa ada/suka kembar boleh pergi ke facebook page Kelab Kembar Malaysia

Bobo said...

bobo kembar :)

M@M@ SH@RIDZ said...

susah jg kembar ni semua kena double

faizulosman said...

adk aq kembar... pempuan... kembar tak seiras... skrg dah 18 thn...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/lelaki-dan-novel.html

another me said...

sweet kan tgk kembar..

Cik Suriz said...

memang nampak seronok! tapi susah x nak jaga?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...