thank you followers

Thursday, January 12, 2012

bila lelaki LALAI

Hari ni, aku nak kongsi bersama pembaca-pembaca blog aku pasal hal ni. Ini untuk kepentingan bersama. Untuk diri aku dan juga untuk diri korang. Aku dapat semua ni, masa aku baca sebuah buku yang aku pinjam dari seseorang.

Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.  Siapakah mereka?? Mereka ialah:




*************************************************************************

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Wahai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan menutup aurat? Bagaimana pula dengan pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.


2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?
Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syariat, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau akan terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Jika kau membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat. Kamu juga akan termasuk ke dalam neraka kelak.


4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. Kerana ibu juga insan biasa, tak terlepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


*************************************************************************

Lihatlah…..

Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”



*************************************************************************

aku juga manusia biasa
tak pernah ada yang sempurna
aku juga melintasi dunia yang sama
mencari sesuatu untuk dibawa ke sana




-peace yawww-



17 comments:

sukacuka said...

thanks atas info ini..

kaizen said...

nice entry... tq tok peringatan

Ali and TheBlogg said...

yuppp...gua setuju sangat2 dgn entri ni,bukan hanye berkuasa lelaki nih,tp penuh dgn tanggungjawab yg berat...

.........cP~ said...

Lelaki dan perempuan kena sama-sama main peranan dalam hal ni. Jangan pentingkan diri sendiri.

akuamir said...

peringatan baikk... :')

maszull said...

assalamualaikum ayuni...nice info izinkan mama share info ini ye buat kengkawan mama semua...:)

MuniRAH Kadir said...

salam.nice entry dan boleh djadikan peringatan

Asy Faro said...

=D

cik kiwi's said...

info yang bagus. terima kasih ayuni ayuna...:)

cerita best said...

aala comel nya budak 2

Pn. Sheila said...

em... nice entry... :-)

Saidatul Amera said...

thanks ^^

Adylia Qarissa said...

sharing is caring

pha is said...

harap2 tak termasuk dalam golongan tu...

♥ Cik Zack's ♥ said...

kaum2 lelaki sila baca ye. hehehe

Aziri Pauzi said...

Berat tanggungan seorang lelaki ni.. Hurm..

So, isteri2 kena taat la pada suami..

ehem.. gua cakap Isteri taat pada Suami.. Bukan GF taat pada BF..

Ada beza tuw..

totallymejah.blogspot.com

Sam Banjamin said...

dilahirkan sebagai lelaki, scara automatisnya lahir bersama tanggungjawab yang cukup besar dan berat... semoga sy menjadi lelaki yg mampu menggalas segala tanggungjawab yang di amanahkan itu...

######

terima kasih sudi menjadi ahli GPK. Sokongan anda amat kami hargai... Buat pengetahuan tuan/puan, GPK sedang giat menjalankan segmen blog rakan-rakan Gerila Penulisan Kreatif. 3 blog bertuah akan dipilih secara rawak untuk diiklankan stp minggu.

Insyaallah, sama-samalah kita mendorong dan menyokong. jemputlah ke blog saya. sudilah komen atau tinggal jejak di mana-mana.

iklas dari,
pengasas gerila penulisan kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...