thank you followers

Monday, December 13, 2010

kerana aku PEREMPUAN,......


aku perempuan...

menunggumu memang melelahkan jiwa, si gagah yang yang ditunggu pula entah ke mana.
kesepian memang kadang-kadang menyakitkan, memadamkan setiap senyuman dan tawa.
ia juga dapat mencipta riak anak sungai di sudut mata.
sedih dan pedih silih berganti dan kunjung-mengunjungi.
pupus segala harap, melukai semua impian yang kadang memabukkan.
hingga jiwa yang rapuh mencipta serpihan kegelisahan yang memilukan.

saat samar cahaya rembulan menghulurkan diri, terlintas kelibat bayangmu lalu dikuak kegelapan.
namun entah di mana dia berada.
kecewa hingga guratan keresahan menyebakkan kelamnya malam.
kebisuan yang menusuk-nusuk membuat kedukaan semakin berat.
air mata makin deras tumpah, lelah tubuh mahu rebah.
jiwa ini amat lemah, bening airmata yang cuba dibendung kembali menerobos kelopak mata.
ia mengalir di pipi, hingga membasahi sarung bantal tika kelam malam tiba.

kerana aku perempuan...

entah berapa banyak cinta yang tercipta.
namun cinta ini juga menyebabkan aku kecundang.
ia laksana kobaran api yang berasal dari sebutir bara.
menyuluh terang kepada aku lalu membakar.
impian kerana cinta membuatkan hati gembira.
mengharapkan belahan jiwa yang sedia mendampingi saat tawa dan duka.
namun impian amat berbeza dengan kenyataan.
sepi semakin mencengkam hari, sendiri dan masih bersendiri.

duhai cinta, entah dimana kau berada.
membentuk sebuah ikatan cinta memang begitu indah.
namun tatkala ia belum menerpa, janganlah membuat gundah dan resah.

aku perempuan...

kalaulah takdir aku bersendirian bertemankan cintamu yang dulu di fana ini.
aku yakin di sana kita akan berjumpa.
dari insan yang amat menyayangimu.
aku kuatkan hati, tegar dan selalu tegar.
kerana dirimu mempunyai sesuatu yang tidak ternilai harganya.
ialah...cintamu...
walau kau menjauh dari aku pada tika ini.


** the end **

10 comments:

sarah mohamad said...

LIKE LIKE LIKE kerana aku juga seorang perempuan :D

s.aina.mardhiah0411 said...

best2x !!!!

Aku Mad said...

salam kenal :)

Nelly The Strange said...

i like !!!!!
so sweet !

Hilmi Razali said...

kerana aku lelaki ade x? hahaha

Mirah Mrs.Mexxrah said...

nice..hehe..^*
bw sy..

Mirah Mrs.Mexxrah said...

hilmi bt la sndiri..hehe

akubest501 said...

sbb perempuanlah aku kawen....hehehe

Crew Fathi said...

Kerna aku lelaki... Aku Mencari perempuan untuk dijadikan Isteri...
^___________________________^

mystery boy said...

kerna aku lelaki, . . . namun aku bukanlah seorang pencinta, . . .

hidupku bukan untuk cinta, . .
hidupku untuk sebuah kembara, . . .

teruskan mengembara, . .
melihat bumi ciptaan Yang Maha Esa, . . . .

mulakan pengembaraan, . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...