thank you followers

Tuesday, September 6, 2011

anti orang pantai timur..




bagi sesiapa yang tak tahu, aku salah seorang rakyat MALAYSIA yang hidup kat negeri pantai timur iaitu PAHANG. kadang-kadang, aku tak paham kenapa orang selalu je nak kutuk negeri-negeri ni...kononnya orang sini pelik, loghat ntah apa-apa, kolot. segala macam hal la yang aku dengar. 

ya, memang orang-orang sini ada loghat masing-masing. lagi-lagi kelantan dan terengganu, memang lain sikit bunyi nya. rilek la, jangan gelabah. dengar je loghat sini, terus kata tak paham. dengar la dulu. bahasa omputih boleh je korang paham. slow-slow belajar la wei.~

tapi, kalau kita renungkan sama-sama, sambil minum kopi cicah biskut kering petang-petang. sama je kot!! orang kedah pon ada loghat gak, pelik jugak loghat dorang. negeri sembilan lagi lah tak paham butir apa loghat nya. so, setiap negeri ada loghat masing-masing. yang pakat nak hentam loghat terengganu dan kelantan je kenapa?? aku bangga kot boleh cakap loghat ni, senang kat aku la. pegi terengganu, cakap la ganu. pegi kelantan, cakap la klate. senang time aku jalan-jalan kat sana, time beli-beli pon dapat murah..!! haha.~



lagi, yang aku selalu dengar, orang selalu cakap orang terengganu dan kelantan kuat main bomoh. yeke? korang rasa betol ke? tak dinafikan lah, sebab kalau kelantan kan dekat dengan thailand. thailand memang la power dengan kuasa-kuasa mistik ni.

tapi, tak semestinya yang datang jumpa tok dukun, tok bomoh, tok pawang dan segala punya tok ni datangnya dari orang sini. berkapal-kapal lah orang luar yang nak benda-benda setan ni datang jumpa tok-tok kat sini. orang nak cantik, meh jumpa tok. orang nak kaya, meh jumpa tok. orang nak pelaris, meh jumpa tok. orang nak buat orang, meh jumpa tok. yang datang-datang jumpa tok tu bukan orang-orang sini pon. kadang-kadang siap berkereta besar, berstyle moden. datang nak minta kerjasama setan semata. pastu, nama taik tu tercalit kat negeri sini-sini je. tak fair lah cam tu kan... aku tak setuju!!



lepas tu, orang kata orang-orang sini berpuak. memang la berpuak kalau dah korang semua tak paham apa yang orang-orang sini dok cakap. orang-orang sini rilek je boleh paham apa orang bandar cakap. orang bandar yang tak paham loghat orang-orang sini, yang konon nya bahasa kampung sangat. so, orang-orang sini payah la sikit nak bergaul ngan orang bandar ni. mana tak, bila jumpa dah macam buaya ngan tapir dok bersembang. tak paham jadah apa pon. bahasa kampung la katakan, mana ada nilai. kampung tak kampung la wei, cuba korang cakap...mahu belit lidah kot kalau sesiapa yang tak biasa. nampak sangat loghat orang-orang sini unik. haha.~



aku nak tambah lagi, orang kata orang-orang sini kolot. tak moden. tak up to date. ok-ok. apa yang tak up to date sangat nya, cuba cerita sikit kat aku yang tak pernah nak paham ni. orang-orang kaya selalu pakai sutera kan? selalu pakai songket kan? selalu pakai kain batik yang lawa-lawa kan? mana datang beb. tok sah nak kecing aku la. memang kebanyakan datang dari kelantan dan terengganu punya la. so, orang-orang kat sini yang buat segala tu untuk bagi korang yang kata hidup korang up to date sangat tu.~

renung-renungkan lah! tak guna bergaduh sesama bangsa, apatah lagi sesama agama. sebab hal macam ni pon siap nak bergaduh, bertumbuk, berperang segala. sungguh tak berbaloi. better kita perang ngan musuh islam kita. nak tunjuk handal kan?? haa...



peringatan: jangan tunjuk sangat bila benci atau anti orang lain, silap-silap hari, orang-orang tu gak jodoh korang. haha.

-peace yawwww-

9 comments:

FrshAdn said...

suke entry ni ..btw .. sy org ganu ..hehee

ayuna ayuni.. said...

ouh...dah jumpa geng....
aku org pahang tp bole je ckp tganu..
hahahah...:)

GUNNERS said...

hahahhaa...baekkkkkkkk2

ayuna ayuni.. said...

hahahha.....

:)

AHMAD FAHMI said...

sbg org terengganu, stuju 100% kat artikel ni.. nice...

ayuna ayuni.. said...

hahahahha

jumpa geng dah kite.........

:))

Arai Lekir said...

poh paleh weh... keh ni org jerantet..aok ni dok rumoh kat kuantan yerk .. pekabo org kampong..hehe

ayuna ayuni.. said...

aok org jerantet ke??? kabo baek ler....

ye lerr...umoh kat kontan....

jumpa geng ni..~~

Anonymous said...

huhu~org pantai timur...mek ore klate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...