hari ni aku nak bercerita pasal lemak. bukan nasi lemak. bukan masak lemak cili api bagai tu. ni kisah lemak yang senang-lenang dalam perot kita ni.
satu hari, aku ngan puak rapat aku, amir ngan bobo, lepak-lepak minum kat satu kedai mamak ni. aku memang lapar, gila habisan perot aku bercerot. dah macam taman rama-rama dalam perot ni. tambah pulak bau mee goreng, kembang kempis pulak hidung aku.
sial betol. dalam purse pulak ada bank card yang tak berduet je pulak. cash, memang haram tak de kecuali sen-sen. ni la kerja bodoh yang selalu sangat aku buat, entah berapa puluh kali dah jadi macam ni. buat malu je, student accountancy, bajet untuk diri sendiri pon berterabor. haram gila..!!
***********************************************************
"yu...order je apa kau nak...aku bayar, lusa ganti balik"-amir berbasi-basi ngan aku. sambil menyuap mee goreng basah.
"tak pe la..."-aku konon macam malu-malu serigala lagi time tu.
"aku kata order je...makan punya hal, aku tak berkira wei...kawan je pon bukan orang lain"
"ntah kau ayu...order jela, segan aku nak makan..kau dok tengok je...."-bobo menambahkan lagi saranan amir tadi.
tanpa malu-malu serigala, aku pon angkat tangan, lambai-lambai panggil mamak tu.
"mee goreng basah double satu, roti nan satu, rojak ayam bungkus satu, air teh o satu ais lebih..."-seringkas mungkin aku bagi pesanan kat mamak tu.
"gila....kau membela hantu raya ke, langsuir...?? kalau makan sampai tak ingat masa depan..!!"-amir mengeluarkan suara jantan, sampai tersembur mee yang terlekat celah gigi.
"gasak kau ah...sape suruh nak belanja aku.."-aku tersenyum cuba kawal malu.
*************************************************
usai segala makan menyembang hal dunia bagai. aku pon mintak diri nak balik. sengaja cari helah baik sikit, padahal aku dah tak menahan, perot aku dah senak gila. makan banyak sangat, nak tarik nafas pon rasa macam kena tarik bas je. susah betol. seluar pulak sendat. entah bila kain jeans ni mengecot pon, aku tak sempat nak perasan. celaka la. tengah syok-syok dok bercerita segala, buat hal pulak. melepas nafas yang aku tahan dari tadi. depan orang memang kena buat cun, perot yang tebal 5 inci pon kena jadikan 1 inci je. macam bodoh la aku dok tahan nafas, semata nak nampak perot nipis kan.
menyandar lebih kurang 15 minit dalam kerata, masih lagi terasa senak perot. tak kan nak jolok balik kasi keluar segala makanan tadi pulak kot. sayang la, penat aku kumpul tenaga nak makan punya hal, tetiba nak muntah. oh..tidak..!! aku tutup mulut aku rapat-rapat.
aku mula bayang makanan-makanan tadi. sedap sungguh rasanya. senyum aku sorang-sorang dalam kereta. syok dok teringat perihal makanan, lalu la sorang makcik ni depan kereta. mata aku tak menahan tengok makcik tu, mata aku follow langkah dia sampai lesap dek pandangan. kussss semangat, besar bebenar..!! nak lalu celah-celah kereta pon payah. dalam hati aku kata "benda apa la makcik ni makan sampai jadi besar cam gitu...laki dia tak marah ke?"....aku bersuara sambil geleng-geleng.
kat rumah, sampai ke malam, aku masih lagi tak dapat lupa makcik mantap petang tadi. dalam otak aku dok bayang makcik tu...tapi, muka dia jadi muka aku. mungkin 5 tahun lagi, aku akan jadi cam tu kan. cute jugak pon...aku pon mula berangan.
************************************************
5 tahun akan datang.
saiz aku bertukar jadi macam makcik tadi. satu hari, aku berjalan kat taman bunga sambil dipimpin oleh sang kekasih. pastu ada pulak scene nak angkat mengangkat, tapi sayang sejuta kali sayang...sang kekasih aku tu tak larat nak angkat aku. cehhh...!! memang melepas lah kan. ok, tak pe lagi. aku dan sang kekasih terus berjalan, bersama hati yang bergelora dengan rasa cinta. berjalan punya jalan punya jalan, sang kekasih ajak aku balik. sampai kat parking kenderaan, dah satu hal pulak, dia nak hantar aku tapi bawak motor. sah-sah dengan fizikal aku yang cukup mantap tu, tak lepas untuk aku naek motor. melepas lagi..~~~
***********************************************
back to the real life.
aku terbaring atas tilam empuk aku. sambil tangan bersilang di bawah kepala. memikir nasib diri, makin hari makin menjadi-jadi nafsu makan aku. aku tak boleh biarkan. aku tak nak terlepas segala scene bersama sang kekasih aku nanti. ewah...!!
mulai hari ni, aku pupuk azam dan semangat baru...tak mahu makan lebih-lebih lagi. cukup la sekadar lekat celah gigi. menyesal sungguh selama ni makan sampai tak sedar diri. kalau lah aku boleh undur masa. mesti aku dah secantik dia ni...!!! ewahhh....
**********************************************************
azam perlu kental beb. kali ni, memang paling bodoh aku nak buang 5kg lemak aku. logik tak?
lepas ni aku akan save gambar ni dalam henset cikai aku. wat wallpaper, so setiap kali aku nak makan...aku tengok gambar ni...mesti hilang selera punya. jom kita amalkan.....
peringatan: nafsu makan perlu dipenuhi. pon begitu, kesihatan diri jangan dibuat tak reti. nanti diri sendiri yang rugi. ingatlah orang yang tersayang......
-peace yawwww-
11 comments:
haha..psycho gler gambo tuh
haha...lemak tu bakar la guna api...cepat je hilang?? :P
hehe hidup untuk makan dan makan untuk hidup ;)
muammar:
hahahah....gambo itu penting...:))
tcca:
hahahah.....sbb guna pelasapah tu la aku jadi cam tong drum...
solihyn:
hahahah...jadi bahan bakar paling hebat la aku rase...~~kn?
agk ah..kwn laki sya pon ckp org laki xska ppuan yg gmuk sgt.
macam mana la kita 5 tahun akan datang..huhu.hope maintain la bdan
mv:
haaa....see, memang lelaki tak suka la kot...
zuriey:
hahahah...tak dapat bayang wei~~~
wah kene wat walpaper jugak nie dat pic hehhe (^-^)
Post a Comment