thank you followers

Sunday, October 16, 2011

aksi 18sx depan mata aku

malam minggu, malam yang paling heaven. malam orang muda bersuka-ria dan berpesta. kebiasaannya, malam ni la semua orang muda nak lepas gian. mana yang tak jumpa awek seminggu, mana yang tak layan snooker sebulan, mana yang tak keluar lepak berhari-hari, mana yang tak keluar makan sepuluh hari. semua nak lepas sangap malam minggu. kalau sepuluh orang muda mudi, ada la sorang yang melekat kat umah..belajar ngaji ngan mak dia. yang lagi sembilan, haram...!! kan?kan?

aku tak nak melalot lebih-lebih. entry hari ni, aku nak cerita pasal malam heaven aku, baru-baru ni. jom layannnn.............

***************************************************************************************************

aku macam biasa, lepak kat pantai teluk cempedak atau nama glamour TC.. aku belom ada jantan lagi. so, buat hal sorang-sorang jela. ok, korang nak kata aku tak laku. fine. aku tak kisah. single itu simple wei. hehe. sambil aku makan nasi lemak sambal kerang. aku tengok macam-macam jenis orang dok keluar masuk restoran peberet aku ni. yang berpimpin, yang berpeluk, yang tak bertegur. macam-macam jenis ada la. majoriti, anak melayu yang masih muda-muda. muka memasing ala-ala pucuk muda, mentah lagi.

nak dijadikan cerita, elok-elok je aku nak habiskan nasi lemak aku tu ada la satu hal jadi yang memang aku tak berapa suka la. kejadian tu tak jauh pon dari aku. berhadapan je, lebih kurang lima langkah dari meja aku. sorang pompuan dan sorang lelaki. nampak cara memang tahu la berkapel budak tu. jadi, aku rasa tertarik ngan kecantikan pompuan tu. ngan pakai pashmina belit sini sana. muka dia memang tiptop la kan, lebih kurang sempoi macam lisa surihani je. niat aku nak keluar restoran terus tak jadi. aku rasa macam nak nengok-nengok pompuan ni jek kan.

...seminit....dua minit...tiga minit...

lama-lama korang tau tak aku nampak dorang buat apa?? ha, ni aku tunjuk contoh. gambar ni macam dah teruk sangat, tapi apa yang terjadi depan aku lebih dari gambar ni.




dorang main korek-korek la pulak depan aku. aku tahu la angin malam tu punya la sejuk. tambah lagi pulak dekat ngan pantai. memang cukup-cukup romantik. tapi, jaga la perilaku tu sikit. kalau nak kata dah kawen, muda sangat. kalau betol dah kawen pon, tak kan tak boleh tunggu kat rumah. selesa lagi puas. ni depan-depan orang. serious aku rasa macam nak baling sudu, ngan sisa-sisa nasi lemak tadi. lagi bagos kalau aku kenal mak bapak dia, senang aku snap sekeping dua gambar hantar mms. mahu la mati terkejot agaknya. sungguh tak senonoh kot. kau bertudung segala buat perangai macam tu. celaka nak mampos.




aku punya bengang, aku pon pk nak keluar cepat-cepat la. untuk mencegah kemungkaran tu, aku jalan ngan satu idea. aku bangun dari kerusi kayu tu, sudu yang aku makan tadi tak lepas dari tangan. aku bukan nak buat balik rumah pon sudu tu. aku jalan ke meja dorang, dan-dan depan meja tu, aku jatuhkan sudu. jadi, kalau sudu dah jatuh, aku kena la kutipkan? haha. aku pon kutip la, serentak ngan tu jugak dua-dua ekor yang syok mengorek tu berhenti tiba-tiba. sebelom jalan, aku cakap "tak guna kau sudu, depan-depan orang jugak kau nak jatuh..tak tahu malu langsung...!". aku tengok dorang dan aku letak sudu tu atas meja dorang sebelom melangkah keluar sambil senyum.





fuhhhh....!! lega dan puas hati aku. bukan aku jeles ngan dorang. bukan aku bengang aku tak dapat korek. tapi, aku rasa tanggungjawab aku la. mungkin sebagai sesama islam, juga sebagai seorang pompuan. kalau jadi macam tu, orang tak mengata yang jantan tu. orang akan kata "bodoh punya pompuan".... mungkin aku dapat hentikan scene tu selama beberapa minit. tapi, ok la tu kot. lagipon lepas tu, aku nampak dorang pon keluar restoran tu jugak. mungkin malu. aku tak tahu nak buat apa. tu je aku mampu buat. nak bagi tazkirah panjang-panjang, aku pon tak cukop ilmu jugak lagi. kalau korang, apa korang nak buat?? jangan jawab yang korang nak buat bodoh pulak. aku hempok kepala jap lagi..!! 

peringatan: jangan buat sesuatu yang memalukan. ingat maruah diri sendiri, maruah keluarga dan yang paling penting maruah agama kita. kalau kita tak jaga, sape lagi?

-peace yaww-

31 comments:

atiqsalleh said...

wah.. bagus betul tegur camtue.. tahniah sebab berani

mizz shaa(◕‿◕) said...

gurlz skunk mmg dh xsyunk mruah dry...............

theflow said...

perhh best punya cara..

ZACK ENTRY said...

huiyoo, tabik spring jap..^^,

Wanie Wonek said...

patut diorang tengok berita jam 8 tadi. yang buat maksiat kena tangkap naik van jenazah.

fidah adie said...

huhu...sedih lah..dh cantek2 pakai tudung..tapi bt hal mcm tu..kan..hmm..tp bt-2 garfu jatuh tu memang superb lah..dgn ayat power ala-2 perli tu..hihi..

http://fidahadie.blogspot.com

zuera said...

bodoh ny pompuan....ape2 pun tahniah tuk awak..bjye tegur secre x langsung..elok awak bg je cukup2..bia diorg malu..ape punye mnusie la..kat tempt tbuke pun jd...sengal...lau da gatal sgt..p la kawin..hadoi..!!

zuera said...

bodoh ny pompuan....ape2 pun tahniah tuk awak..bjye tegur secre x langsung..elok awak bg je cukup2..bia diorg malu..ape punye mnusie la..kat tempt tbuke pun jd...sengal...lau da gatal sgt..p la kawin..hadoi..!!

ayuna ayuni.. said...

atiq:

aku xtau la, tp cara aku mmg cam ni.

kalau da tak suke, memang aku akan tegor je. hehehe

:)

ayuna ayuni.. said...

mizz shaa:

ye, kdg2 dorang xpk...

masa remaja mmg cam tuh. keje nak ikot kepala hotak je.

ayuna ayuni.. said...

amirah n zack:

thanks. ala, cara orang tak mampu. cam ni la.

ayuna ayuni.. said...

wanie:

ouh....aku pon xtengok tadi la. yeke cam tu? bagus la, nt aku bole call kete mayat tuh

ayuna ayuni.. said...

fidah:

haha. perli je yang kite mampu beb.

nak menegor cara lain xtau

ayuna ayuni.. said...

zuera:

see!!! orang akan cakap dan kutuk pompuan tu. lelaki tu selamat je. geram kan?

Ieqahgajah said...

omg...kita duk ushaa sebab dia cunggg upenyee dapat cuci mataaa

Pendamba Mawar said...

kedai pun jadi.ades..teruk2

Lyaa Suriany said...

memang bernas lah idea..
heee
good job..
mmg kena ajr mcm tu kalau org yg
xreti bahasa..

Mizz Atie Zieya Shukri said...

sempoi la...hehehe

ayuna ayuni.. said...

ieqah:

haha. same je. semua cun kot..!!

:)

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

tu je port terbaik dorang

ayuna ayuni.. said...

lyaa:

haha. bole jadi sesiapa yg tak tegur tu menanggung dosa sekali.

kita kena mencegah dgn kemampuan yg kita ada.

hihi...

ayuna ayuni.. said...

mizz atie:

hehehhehe

achusara said...

geramm plak baca cta neh. kesian ngan ank muda skrang yg xtaw nk jaga dri sendiri . n congrats ayuni sbb berani tegur. tak semua org berani taw. at least, itu pon da kira satu bntuk dakwah..insyaAllah.

MISS IMAKASIHDANI said...

perghh baik punya tegor.. len kali buat2 baling tercampak sudu kat kepala diorang XD follow here :)

yen(toka ziizokukuto) said...

salam kenal,,,best entry nih,,,hehehe
ni baru dekat restoran,,belum karenah kat shoping kompleks lagi an,,,,

nazirah said...

bgs tindakan awak tu ..satu teguran yg bgs dan brmkne ;)

ayuna ayuni.. said...

sara:

geram bila baca, geram lagi bile tengok tau....

ayuna ayuni.. said...

cik imaka:

apa kate kalau kite bergabung main baling2 tu??

ayuna ayuni.. said...

yen:

hahahha. betol2. nanti kite usha2 kat mall plak. dapat cerita baru, bole wat entry lagi an

ayuna ayuni.. said...

nazirah:

thanks...hehhehe

Tascha said...

Haha. Memang superb lahh you :) Copy sebagai peringatan okayy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...