thank you followers

Tuesday, October 18, 2011

cinta si kaki pukul


Nak mulakan entry, kita mulakan dengan cinta. Orang kata cinta tu indah. Orang kata jatuh cinta lagi parah dari jatuh tangga. Aku suka tengok mak bapak aku bercinta, aku pon suka tengok orang-orang lain bercinta. Selagi buat sesuatu yang halal, mesti sedap mata memandang kan. Tapi yang tak best, sekarang ramai yang musnah gara-gara cinta. 




Demi cinta, ada yang merelakan diri diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Ada yang sanggup jadi mangsa dera kekasih sendiri. Alasan banggang yang selalu dorang bagi, 'itu adalah satu pengorbanan'... Celah mana datang pengorbanan jenis macam tu pon aku sendiri tak pasti. Aku tak kata berkorban tu salah. Tapi, cara berkorban tu biarlah cara yang cerdik sikit, berpada-pada dan berbaloi. Kalau dah berkorban badan segala. Tu dah kategori bahlol, ye tak? Korang nak jadi pompuan yang bahlol lagi tolol..? Aku akan bagi LIMA sebab kenapa korang perlu tinggal manusia jenis kaki pukul ni. Jom jenguk bawah, layannnn......

************************************************************************************************

PAKWE KAU TAK TAHU MENGHARGAI DIRI KAU
Memang orang selalu cakap marah tu tanda sayang. Tapi, kalau sayang tak kan nak timbulkan lebam-lebam segala. Lagipon, dia tu bukan kawen ngan korang lagi. Bayangkan, tak kawen dah dipukul ditendang. Kalau dah kawen macam mana? Agaknya, silap buat air tawar sikit diberi penendang. Silap sapu sikit diberi penampar. Memang terlebih meriah rumah tangga kita kalau jadi macam tu. Mak bapak kita sendiri pon sayang nak pukul kita terok-terok. Jadi, kenapa harus kita bagi hak untuk dipukul kepada seseorang yang tak de ikatan sah pon ngan kita..? Buang je dia dari hidup kau...!! Kalau betol dia sayang, dia akan jaga kita macam jaga kaca yang mahal sangat nilainya. Lalat nak lalu depan hidung pon dia tak kan bagi. Ni kan pulak nak naikkan tangan dan kaki, ye tak?

PAKWE KAU TAK TAHU MENGHARGAI CINTA KAU
Kau yang bodoh. Bagi cinta, bagi jiwa, bagi segala kehidupan kepada si dia. Balasan yang dia bagi, bukan kasih sayang pon tapi penuh dengan keganasan. Korang happy ke hidup macam tu...?? Orang lain, cinta dibalas dengan cinta. Mesra bersama, bergurau senda segala. Tapi, korang terpaksa menanggung sakit dek kena pukul dari si dia. Bukak lah mata, korang pon ada hak untuk hidup bahagia. Tinggalkan je dia dari hidup kau..!! Cari yang lain, yang lebih baik lagi dan tahu hargai cinta suci kita.

PAKWE KAU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN
Biarpun korang baru bercinta, tapi korang perlu lah pk masa depan. Bila dah enak bercinta, mesti nak kawen kan. Dengan perangai si dia yang suka memukul tu, layak ke si dia tu untuk menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik...?? Sedangkan diri sendiri pon tak terpimpin, ni kan pulak nak pimpin anak bini suatu hari nanti. Lelaki yang tak boleh mengawal emosi, bukan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup tau. Mana tak, nanti dah kawen ada anak segala, masalah pon makin bertambah. Kalau si dia tak boleh mengawal emosi sebaiknya, mahu la dengan anak-anak pulak dijadikan mangsa. Korang nak tengok anak korang dipukul macam binatang ke? Jangan nak pk panjang, buang je dia dari hidup korang...!!!

PAKWE KAU TAK DE KEISTIMEWAAN LANGSUNG
Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan. Biarpon kita rasa sikap kaki pukul dia tu satu kekurangan dan sikap pandai memujuk dia satu keistimewaan. Hakikatnya, dia tak de keistimewaan langsung pon berbanding dengan lelaki-lelaki yang lain. Apa yang dia tahu, dia akan jadikan kita sebagai tempat untuk dia lepaskan rasa marah dan geram. Dan, selepas tu akan memujuk meminta maaf dari kita balik. Kalau dia betol-betol insaf, dia tak kan ulang benda yang sama. Tapi, kalau dah sepuluh kali pukul, sepuluh kali mintak maaf, tu dah masalah lain. Korang jangan nak jadi bodoh kali yang ke sebelas. Tinggalkan si dia..!!

PAKWE KAU TAK BERPERIKEMANUSIAAN
Secara fitrahnya, lelaki dijadikan oleh  ALLAH untuk melindungi pompuan. Namun, kalau sudah sikap dia tu kaki pukul, tiada istilah dalam hidup dia untuk melindungi pompuan. Jangan bazirkan masa kita dengan manusia yang tak tahu nak hormat kita sebagai seorang pompuan. Selagi dia tak belajar untuk menyayangi orang lain, selagi tu lah dia tak layak untuk bercinta. Yang pompuan pulak, perlu ke korang mempertaruhkan masa depan korang untuk lelaki yang jenis kaki pukul ni..? Jangan siakan masa, percayalah yang korang mampu untuk memiliki seseorang yang lebih baik. Buang je dia dari hidup korang...!!

**********************************************************************************************

Aku ada jugak la dengar cerita dari kawan-kawan aku pasal masalah macam ni. Aku ingatkan, semua hal ni wujud dalam drama kat tv tu je, tak sangka dalam dunia realiti pon wujud. Yang aku tak paham, dah kalau tangan naik ke muka dan kaki dah naik kebadan, kenapa tunggu lagi? Lelaki tu bukan suami korang pon, pakwe je pon. Bila-bila korang nak lari pon, tak de masalah la. Tak berdosa langsung pon. Tak guna dok berharap pada orang yang tak tahu hargai dan menilai cinta kita. Tak payah nak konpius nak terus bercinta atau nak berhenti bercinta. Orang jenis kaki pukul ni memang patut kena tinggal.

Ok, tu je yang terlintas dalam kepala aku sekarang. Kalau korang ada apa-apa yang nak tambah, boleh komen la kat bawah ni. Sesape yang ada cerita berkaitan kisah cam ni, boleh gak share. Tiba-tiba terasa nak marah dengan orang yang selalu menjadikan pompuan tempat melepaskan marah. 



Peringatan: pompuan ni lemah tahu..? jaga dan pimpin kami ke arah yang betol. jangan menyesatkan dan jangan jadikan kami mangsa keadaan.

-peace yawww-

7 comments:

nOobieStesT said...

salam..gempak pic last tuh..ahaha..censored kan sikit..aha..btw, pasal entry, terbahek..suke bace..alaahh, tapi kalau pompuan dah syg ssh r..uhu

iemanizam said...

sekeras mane pon pompuan tu kalau die dah sayang memang susah sikit kan?

ayuna ayuni.. said...

itulah pompuan

dah nama pon cinta tu buta. kan?

Ku Azhar said...

huhu...xpernah pkul T_T...tp selalu kena pukul dgn bantal sbb ada org xtutup lagu..kita pukul diorg nk?

Unknown said...

naik LRT ..slalu gak aku lalu situ mase kelas bhase jepun dlu aku slalu lepak hang tuah saje cri ilham .. hik3 .

bukan tu jer cik ayuna ayuni .. ade lg sebeno nye . so hati2 lah wanita yer :).

aqilah sazali said...

wahh , nice entry . Sebab tu orang bercinta meraba raba :D

Anonymous said...

CK dah serik bercinta :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...