thank you followers

Monday, October 3, 2011

penjual cd PANAS

anak mak jenab tiga suku
akibat jatuh pokok ceri
ayah bagi duit suruh beli buku
rupanya cd tak elok di tukar ganti

ikan keli dalam songkok
disangka keli dalam perigi
apa guna tengok benda yang tak elok
umpama membakar diri sendiri

lembu pak lebai kena rembat
dibawa lari entah ke mana lesap
renunglah wahai blogger-blogger hebat
cd tak elok boleh buat orang sangap

**************************************************************************

pantun ni macam sesumpah je kan? haha. sesumpah tak sesumpah. yang penting aku nak sumpah penjual cd tak elok ni. mana tak bengang, elok-elok aku lepak ngan puak aku, selamber badak dia je datang jual cd haram ni. dia pk aku layan ke apa? muka tak tahu malu. ok, ini kisah nyata. tercungap jugak la aku, balik-balik lepak terus nak post entry kan. 



hari ni, aku nak cerita pasal CD PANAS. porno la sengal. tu pon tak boleh paham. al kisah, aku lepak minum-minum ngan puak aku. memang port tu bukan port aku pon. saje nak main redah. mula aku masuk, banyak mata yang memandang. kat situ, boleh kata memang ramai budak-budak baru nak naik la. siap dengan baju sekolah lagi. tak boleh terima, dah pakai baju sekolah dok melepak macam gitu. dorang pandang macam aku bersalah je. aku tengok member aku sebalah kanan dan kiri. dorang ok je, hensem je. aku bukan bawak hantu pon. aku pk, mungkin aku lawa sikit hari ni kot, sebab tu yang dorang pandang tu.

selesa duduk segala, air pon dah order. aku memang tak selesa bila orang dok pandang-pandang. ikot hati, nak je aku guling-guling atas jalan tar tu. entah apa salah aku yang budak-budak situ pandang macam tak pernah jumpa orang. aku try rilex.. dalam dok rilex tu, aku terpandang sorang lelaki ni.  dengan beg silang segala, kat tangan dua-tiga album cd. dia jalan table ke table. aku perhati je. sumpah aku tak tahu apa jadi. budak-budak situ pulak, mak aihh....kerumun table macam ikan pirana dapat daging manusia. aku tengok lagi, tanpa hirau perbualan dari puak aku.

akhir sekali, lelaki tu sampai ke table aku. ayat first dia "cd dik...melayu ada, cina ada, omputeh, black, semua ada. ikot sedap nak pilih".... bersungguh sangat la dia tarik minat aku. yang aku ni pulak, bahlul lagi tolol, pergi la ambil album cd tu. tengok kot-kot ada la cerita biniku gangster. sekali aku belek. haram...!!! siot haram jadah punya penjual cd. sampai mati aku tak lupa la woi. memalukan gila. lain aku pk, lain yang muncul depan mata aku. dah tercemar pandangan aku dengan gambar yang tak sepatotnya.

patut la aku pelik pon. masa aku baru nak masuk gerai tu, ramai gila budak sekolah. kat situ port dorang rupanya. aku silap masuk kandang la tadi. sial sungguh. sekali, ngan aku-aku dapat cuci mata. adoi. patot la budak-budak situ tengok aku pelik semacam je. 

siot betol...! kalau ikot malu ngan bengang, nak je aku gi roboh kedai tu esok.

masa aku dok taip-taip entry ni, aku masih lagi dok teringat hal ni. terngiang-ngiang pulak suara budak tu... patut lah masalah sosial di kalangan remaja makin berleluasa, terlalu banyak alternatif untuk dorang menjadi remaja yang bermasalah. 

peringatan: jangan terlalu ikot aliran dunia. yang baik kita ambik, yang tak baik kita tolak tepi. tepuk dada, tanya hati.

-peace yawww-

7 comments:

Pendamba Mawar said...

mana port tu?ish2..kna buat laporan ni

NOVA said...

owng jual benda2 macm tu hanya akan merusak bangsa je... bg sesape la jngn mudah terpengaruh oleh benda tu... hehehhe... salam cik ayun... saya owng baru lg di blogger nie.. jom fllow me back... :)

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

hahahah...area kontan tau...??

kat situ selalu ke kena serbu kot..

cc, gerai makan, snooker cukop lengkap area tu....

p la serbu

ayuna ayuni.. said...

nova: thanks....!! ayuni pon baru lagi kot...~~

hihi....i'll follow u dear..:P

asyraf oppa said...

slamber gler kot kalo dorg maen jual cmtu je
xde alternatif dr pihak bkuasa ke?
yg tokey kdai pn 1 gler jgk biarkn je

ayuna ayuni.. said...

haha....bukan satu tempat je macam tu.
aku xtau la tempat korang macam mana, tp kalau kat sini...bnda mcm tu mcm nak kata biasa pon ye jugak~~~

shahrul ™ said...

ish2..x elok suma nie..dosaa..err,ada x lagi? bukan nk beli,tp nk g halau..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...