semalam, sebelom aku tidor sempatlah aku belek-belek majalah WANITA mak aku. mana tak, dah berpuluh mak aku kasi aku baca. nak sangat anak dia ni jadi wanita. aku tak dek hati lah dengan majalah macam gini. tapi, disebabkan bosan melanda diri, aku pon rerajinkan diri la.
belek punya belek punye belek punye belek
aku jumpa satu halaman ni, best tajuknya. WANITA IDAMAN LELAKI. sebagai pompuan yang ada naluri kewanitaan, opkos la aku nak tengok kan. kene pulak ngan aku ni yang masih tak dek jantan nak melekat. bagus sangat leww tuww.... hikhik.
aku baca semua sekali, tak tinggal satu perkataan pon. terasa pulak nak share ngan korang. nak tengok sikit apa reaksi korang semua kan. betol ke tips yang diberi majalah WANITA ni. ke dorang saje nak melariskan jualan? hehe. apa-apa pon, jempot layan entry aku ni dulu.
***********************************************************************
1. BERPEGANG KEPADA AGAMA...: wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. wanita ini berpegang pada batas-batas pergaulan dan wanita ini memelihara diri mereka dari apa-apa yang akan mendatangkan keburukan keatas diri mereka. wanita ini juga berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. wanita ini tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini yee....jadi, apa tunggu lagi...
2. KECANTIKAN DALAMAN...: kecantikan dalaman yang dicari-cari oleh ramai lelaki. kecantikan luaran tidak dapat menggambarkan kecantikan dalaman. kecantikan luaran mungkin boleh dibuat-buat, tetapi kecantikan dalaman lahir dari hati suci seorang wanita. sangat beruntung si jejaka yang memperisterikan wanita ini..kalau ditambah pula kecantikan luaran, tu dah dikira sebagai BONUS...
3. MANJA...: memang lelaki berperanan sebagai pelindung, oleh itu..meraka suka wanita yang keanak-anakan.. wanita harus ada sedikit sifat manja dalam diri mereka, bukan untuk menggoda tetapi supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai seorang pelindung terhebat. harus diingat, sifat manja yang terlampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu kurang matang. jadi, berpada-pada lah dengan sifat manja..bersederhana sahaja...
4. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN...: cantik itu sangat subjektif. ada lelaki berminat dengan paras rupa wanita yang putih, ada juga yang berminat dengan wanita yang hitam-hitam manis. jadi, apa-apa pun...wanita tetap cantik, yang perlu ditekankan bagaimana penjagaannya. wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. ada yang berkata, biarlah tidak secantik puteri tetapi kekemasan pun perlu dijaga. lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga...
5. BERAKHLAK MULIA...: wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. wanita inilah yang akan menjadi seorang ibu, seorang isteri, seorang kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami. memang lelaki akan mencari wanita ini untuk dijadikan isteri dan sebagai ibu kepada zuriat-zuriat mereka...
6. MEMAHAMI PERASAAN LELAKI...: wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan. ini semua akan menambah perasaan cinta di hati suami...
7. SEJUK MATA MEMANDANG...: wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seseorang terutamanya si lelaki. sebagai contoh, pandai beramah mesra terutamanya bila bersama bakal mertua...pakej ini juga sangat penting. ini kerana, sebuah ikatan perkahwinan itu untuk mengeratkan hubungan dua keluarga... sangat manis jika wanita pandai beramah mesra...
8. TIDAK TERLALU CEMBURU...: lelaki tidak meminati perempuan yang mempunyai perasaan camburu yang terlampau. mereka mungkin akan terasa tidak bebas dan hidup terkongkong. jadi, wanita harus lebih kepada sifat sabar. jangan berfikiran negatif tentang sesuatu.... kesabaran itu sangat penting...
*********************************************************************
hah, dah baca tak reti-reti nak komen? aku nak tahu pendapat korang. amacam? kalau semua okeh, aku nak bertukar jap lagi. heheheh.
peringatan: jadilah yang terbaik untuk memiliki sesuatu yang baik. sesungguhnya, yang baik itu mendapat balasan yang setimpal dengannya.
-peace yawww-
23 comments:
Banyak betulnya apa artikel tu kata, apapun semua org nak yg terbaik kan dalam hidup walaupun pada hakikatnya diri sendiri tak sebaik mana ;)
PD PENDAPAT saya,memang betu; kesemuanya di atas
Nak tau lebih,kene tanya sang pria..hehehe..
slm perkenalan..jumpa kt Sahabat blogger td..
bg mia, smuanya betul..kbykkn lelaki mmg suka pmpuan yg cmtu..
hahha..sya suke sgt tuh...
meira:
yup! semua nak yang terbaik/ begitu juga aku. hehheh
:)
munirah:
thanks dear..! :)
shazmir:
suka sokmo...wahahah
mia:
eleh...cute nye nama dia. mia..!!
kalau cam gitu, nak tukar identiti lah ye.
:)
kita tukar identiti same2 kayy
macam betul..tapi kalau lelaki da menerima seseorang perempuan seadanyaa alhamdulillah...
waaa...yg manja 2 stuju!! hahaha
jum kita tukar identiti same2
fateen:
jom..jom..!! hahah...
dengan kuasa bulan, kita bertukar..!!
tetiba jadik sailormoon lak
ieqah:
untong la kalau lelaki boleh terima seadanya..~~
hehheh
ku azhar:
hahahha....ibu macam tu tak abah...
Lelaki mmg mhrapkn pompn2 cmni kowt;) besh tgk pompn lemah lembut, ala2 pompn mlayu t'akhir. =,=
leen:
ah! memang sangat tak kena kat diri ni.
xpe2...ada masa lagi nak berubah. hehehhe
nice post.....
suke bile bce:)
piuhh..statement last tu paling best.;)
rushdiey:
thanks yawww....dtg lagi lain kali untuk suka. :)
zaty:
haha. thanks jugak. ;)
wahai lelaki. terima seadanya.. hehe
Post a Comment