jangan disangka senyum ini tanda gembira
jangan disangka tawa ini penuh bermakna
kerana
hanya aku sahaja yang mengerti
apa sebenarnya rahsia hati ini
senyum ini adalah penawar luka diri sendiri
tawa ini bisa mengubat segala lara di hati
kau pergi suatu ketika dulu di kala aku sepi
bukan saja membawa diri
malah kau bawa lari sekeping hati ini
aku masih menanti
pulangnya kau untuk kembalikan hati
sungguh aku tidak tenang hidup begini
meraih cinta dari yang tak sudi
kini
aku hanya ingin kau kembali
menjernihkan segala yang keruh
dan aku akan merelakan kau pergi
aku pasrah kini
10 comments:
owh...
erm..sedih pn ade entry nie T_T
anda puitis.
mcm situasi aku skunk ja
caca:
hhhaaaaa...owh! lama x singgah
ku azhar:
sedih jugak la kot. heee
qarr:
terima kasih!! sebulan sekali saje entry sebegini. hahahah
nyamuk:
kite geng la cam gini
sedih :'(
like..jiwang gitu
tapi besdih,dalam pada masa sama mngharap kepulangan ssorang
Post a Comment