thank you followers

Saturday, January 7, 2012

kawen menambah dosa

aku nak cerita pasal kawen-kawen hari ni. aku minat sangat lah kalau ada kenduri kawen. entry hari ni, aku nak cakap pasal fonomena yang makin menjadi-jadi zaman sekarang, yang semakin moden tak tentu hala. jom usha gambar bawah ni dulu.


*************************************************************************







*************************************************************************


rata-rata aku pergi majlis kenduri kawen, mesti ada karoke. terdetik jugak dalam hati aku, kenapa macam tu. ke bende ni dah jadi trend? aku tak tahu lah pasal trend-trend ni kan. aku ni bukan jenis up-to-date sangat pon. tapi, sebagai seorang manusia yang ada otak. secara tak langsung otak aku bagi respon dengan apa yang aku lihat. otak aku kata "this is not cool beb....., mana boleh jadi macam gini"...

terpekik melalak, dah bukan macam kenduri kawen. gayanya, macam audition nak masuk mentor dah aku tengok. tak cukup dengan saudara mara, pengantin sendiri pon nyanyi. tak cukup lagi, mak bapak pengantin pon join jugak. geleng-geleng aku nengok, sambil suap makanan-makanan. kalau ye pon suara sedap, tak patut jugak buat semua tu.

majlis kawen sepatutnya penuh dengan perkara yang memberkatkan, bukan penuh dengan perkara yang dimungkari Allah. ye tak? tapi tu lah, orang-orang kita sekarang terlalu nak ikot orang-orang luar. macam nak buat havoc sikit lah kot, grand gitu kan. 

bagi aku, tak perlu lah kot. banyak lagi benda lain yang boleh dibuat. nak upah si dj bukan murah-murah. makan beratus hengget jugak pon kan. jadi, dah berlaku pembaziran disitu. aku rasa duit tu patut tambah lagi lauk-lauk tu ke, kenyang sikit tetamu-tetamu yang datang ni kan. hehe.

peringatan: makin dilimpahkan dengan kekayaan, makin jauh dengan aktiviti keagamaan. pembaziran berlaku di mana-mana, tak kira masa.


-peace yawww-


14 comments:

akuamir said...

erheh.. kamu kawin nati camne nak buat ganti ngan bende2 tu ek??

saya follow sini,, klo sudi singgah la blog makeYOUthink sayaa.. ;)

ayuna ayuni.. said...

banyak lagi cara lain kalau ye pon nak gembira.

pernah jugak pergi satu majlis kawen ni, dia buat mcm games la.

main teka teki. lawan pantun. syok ape. sape menang dapat tupperware.

:) kan ke lebih bagus

Arina Shamsul said...

hehe,segelintir masyarakat kini beria2 nak kawin gempak gedebom,kalau boleh nak buat sesuatu yang org belum pernah buat,nak lagi grand dari yang grand..hehe.tapi sayang,keberkatan dan keredaan Allah jarang difikirkan..tidak salah kita buat majlis yang meriah,tapi biarlah majlis itu berlandaskan keimanan dan kehambaan kepada ALLAH..

betul tak comel?ngee..


*fuh!bukan main skema ayat komen aku...ihik*

kis said...

assalam..

iyala zaman skrg kita nie dah terikut2 gaya & adat hindustan...
cam x normal jak kalo xda nyanyi2...
dah tak dapat bezakan mana 1 keperluan..

Mysara Ab Rahman said...

dh mcm jd wajib plak stiap kali mjls kwin kn...

zahidah said...

Tapi kan, karoke tu untk memeriahkan lg kenduri tu. kalau senyap sunyi tk lah rasa tu kenduri..

Halimatun Sa'adiah said...

bole kalo nk wat ape2 acara sekali pon, tp jgn smpai mbazir n melalaikan suda..

monica said...

sy rasa memang trend kawen mcm tu kot skg..even kazen sy kawen (btw,i'm non muslim)..kami pon ada buat karaoke selepas majlis perkahwinan..semasa menyanyi,akan ada yg menari.. :)

afifah said...

nak ikotkan bnyk benda yg org buat sampai membazir..takot xberkat je..semua nk ikot trend..

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

hahaha mak suruh kite khatam quran mase knduri kawen nanty hehhehe

Cik Applemuffin said...

Kadang-kadang sy pun rasa macam tu juga..karaoke mmg meriah tapi bingit telinga..tp taw2la zaman sekarang ni macam2..kadang2 kita tak nak karaoke tapi mak bapa yang nak..kita tak nak buat macam tu tapi mak bapak pula yang nak...segala adat kena ikut..kalau tak nt orang tua merajuk...poning kepala den...

Unknown said...

hiburan tu boleh, tapi jangan over sangat. Tak perlu bersuka-ria sangat. Hee. bukan kah sederhana tu lebih baik? heee.

Dkna Abza said...

Maybe cara tu boleh mengungatkan ikatan peesaudaraan antar keluarga mereka. Dorang rasa itu tanda kasih syg dan tanda gembira sambut menantu. Hihiii

lain orang lain caranya.

greenpapa.com said...

hm lain orang lain cara,anyway nice blog:))nya..
green.Papa.com: Cash out ke 2 dari ChurpCHURP.....YEAAAAAAAAAA....... http://greenpapacom.blogspot.com/2012/01/cash-out-ke-2-dari-churpchurpyeaaaaaaaa.html?spref=tw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...