thank you followers

Monday, January 2, 2012

trend cerita MELAYU

kisahnya bermula malam tadi. elok je aku dok melepak sorang-sorang, memeber aku ni ajak layan ombak rindu. berombak la jugak aku sekejap. sebenarnya, aku macam tak berapa gemar cerita-cerita macam gini. tapi, memeber dah ajak. apa salah sekali sekala luang masa depan laptop bersama. nak tunggu tv. entah bila uitm akan sponsor tv. ye tak?









jadinya, aku layan lah cerita ombak rindu tu. sebelom ni, aku selalu terbaca status kat fb pasal ombak rindu. sedih lah, kesian la, bagai-bagai lah komen yang ada. aku tunggu je part mana yang orang kata sedih sangat tu. dah sampai ke sudah, aku tak de pulak rasa sedih. ada part yang aku minat, masa si maya tu baring atas dada si aaron. pastu masa dorang peluk-peluk atas batu tu. tu aku rasa romantik gila. macam nak amek je part tu. nanti aku kawen, aku tunjuk kat laki aku. paksa dia buat macam tu gak. haha.



entry aku hari ni, ada lah sedikit kaitan dengan cerita ombak rindu ni. aku rasa, pembuat cerita zaman skang ni tak perlu dah perah air otak sampai masam. mana tak, semua cerita baru amek dari kisah novel. jalan cerita dah ada, tunggu nak berlakon je. tak sampai tiga empat bulan, dah keluar satu cite baru. selidik selidik, kisah novel rupanya. lagi-lagi amek dari novel. 


*************************************************************************

antara novel hangat yang dibuat cerita


NORA ELENA


OMBAK RINDU


LAGENDA BUDAK SETAN


STANZA CINTA


DEWA CINTA

*************************************************************************

novel-novel-novel, cemuih la aku. bila sebut pasal novel, aku mesti dah boleh agak plot cerita. pompuan tu minat kat laki tu atau laki tu minat kat pompuan tu. pastu ada penghalang, tak mak si lelaki mesti pompuan jahat yang lain. pastu heroin merana. pastu jumpa balik, hidop bahagia. nak impak sedih lebih sikit, hero dengan heroin jumpa pastu mati sama-sama. ala, bosan lah...!!! haha. 




kalau nak buat cerita dari kisah novel, boleh saje. tapi, jangan lah asyik cerita berkasih je yang dibuat. macam aku, aku tak gemar sangat romantik punya cerita. dan, aku pasti ramai jugak yang satu geng ngan aku. buat lah cerita dari kisah novel thriller pulak. kan? contoh novel si TAMAR JALIS, RADZEMAH BOLHASSAN, RAMLI AWANG MURSHID, EYMAN HYKAL. kan ke best jugak kalau diselitkan adaptasi novel macam gini. asyik nak yang bercinta je. bebudak sekolah pon keluar masuk wayang makin berbunga-bunga nak berkasih-kasih. tak gitu? 



dengar angin kata, ada lagi novel lain yang dipilih untuk dibuat cerita kan. entah apa tajuk pon tak tahu lah. kita tunggu dan kita tengok jelah. tak nak ke si pembuat cerita ni datang jumpa aku, amek kisah aku jadi cerita. haha. tak lama lepas cerita aku keluar panggung, sah-sah tokei tu bankrup. 


peringatan: ambil pengajaran dari setiap apa yang kita tengok, lihat, dengar dan rasa. apa yang elok, kita ambil jadikan teladan. apa yang tak elok, kita buang dan jangan dibuat.



-peace yawww-



17 comments:

cacamarba said...

kalo buat filem amik Tamar Jalis punya cerita..pergh..seram2..tp kalo setakat hantu letak bedak tebal sehasta baik x payah..

mama lynn said...

tahu takpe.. hehehe tp org melayu ni mmg suka cerita cinta2 ni.. market kat malaysia camni. yg buat film comfirm2 tak nak rugi

✿INA AINAA✿ said...

eh, lagenda budak setan tu novel??? bru tau...hehehehehe... betul tu, benda yg baik kita ambil dan kuncinye dgn rapat.... hikhik...

ishiko said...

huhuu..

tu gemersik kalbu satu ag

Karbon Kopie said...

belum tgk ombak rindu lagi. walaupun org ckp best ke ape, mcm tak konfiden best jek. sbb dulu org ckp budak setan best. sekali tgk mcm eh! apakah, mcm ntah pape..tgk spongebob suar petak lagi bagus.

eiyja said...

sepatutnya penulis novel tu yang dapat anugerah sebab semua jalan cerita tu dia yang reka... kan3x...

eiyja said...

sepatutnya penulis novel tu yang dapat anugerah sebab dia yang reka semua cerit tu kan...

si robot comel said...

kita ni baru nak tgk ombak rindu,hehe

Unknown said...

bukan pompuan jek tngk cite cinte2 neh laki pon turut same jugak..nk blaja jd romantik la kononye,.pdhl dlm cite boleh la gitu..kalo reality rasenye payah kot..

najihahfara said...

tau xpe,,.abes sume nak sapu cite dr novel

Unknown said...

btl3... bosan gak asik cerita cinta... cerita cinta plot nye same je... agk bosan di situ... klu yg thriller2 kn best... lbih lg karya RAM... gerenti gempak!!!

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/suka-tak-suka-dalam-blogging.html

o.O said...

hahaha~ betul2.. cuba la buat citer adaptasi dari true story in malaysia.. bukan la pasal gejala sosial tu.. tpi yg macam dalam citer unstoppable.. baru best!!

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

terbaik haha

نورعيم said...

dari novel bicara hati karya damya hanna. tgh tayang kat astro sekarang. astro mane lupa dah.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

cite ombak rindu tak sedih pun.dan takdelah best sgt.hairan kenapa ramai suke gile.maybe excited sb ade dlm novel.tp bace novel lagi feeling. =)

Myra Azraff said...

ohh..sappot sesangat...:D
sebenarnya saya x minat crite2 camtu..citarasa berbeza yer dak?haha

Miss Lovouis said...

Hohoho , major memang banyak citer kite cenggitu takdo benda lain. ~

Btw , blog u chuns dear .
Jemput join contest saya , mane tahu ade rezeki menang (n_n)
http://lovoiustory.blogspot.com/ . Tu link blog sy =>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...