Seseorang melangkah tenang keluar dari penjara.
Wajahnya bersih. Pakaian kemas lagi rapi.
Sehelai selendang tersarung cantik di kepalanya.
Seseorang itu tersenyum melihat pengawal di pintu penjara.
Seseorang itu melangkah lagi dan lagi. Pintu penjara lalu ditutup.
Seseorang itu memandang mandang ke sekitar dengan wajah berseri.
Kemudian, dia terpandang sebuah keluarga yang menunggunya di tepi jalan.
Dia tersenyum, senang memandang mereka satu demi satu.
Matanya singgah pada wajah seorang tua berserban putih dengan misai dan janggut.
Garang sekali wajah orang tua itu merenungnya.
Dia gugup.
Namun, perlahan-lahan senyuman kembali terukir.
Orang tua berserban itu tersengih memandangnya.
Dipeluknya orang tua berserban itu.
Esakan mencetus rasa hiba di kalangan mereka.
Dia mahu mencuba.
Kenangan yang lalu harus dia tinggal.
Cerita yang lalu biar menjadi teladan.
Kini dia tau apa erti kehidupan.
Dia tahu mana satu kepuasan hakiki.
Dia bersyukur.
Seseorang itu ingin mengubah corak hidup.
Biarpun jauh tersesat.
Namun. KEAGUNGAN DAN KASIH ALLAH
Akan menarik seseorang kembali kepada-Nya.
** sekian **
4 comments:
bahasa yg indah, senang nak faham..welcome back~
Welcome back ^_^ Tetiba sebak baca :'(
Welcome back yaa ^-^ Rasa sebak tetiba lepas baca :'(
hey, puitis nye bahase, hehe. slmt kembali v^^
Post a Comment