thank you followers

Tuesday, June 28, 2011

merak yang sombong...!




"wah....cantik nya girl ni..sumpah cam bidadari"

aku teruja habis la jumpa orang cantik ni. aku bukan apa, walaupun aku tak de kelebihan tu, aku guna je kelebihan yang ALLAH kasi kat aku nih. dah diberi mata, aku nengok-nengok la keindahan yang dicipta. tak kisah la, permandangan yang indah ke, orang-orang yang cantik ke. aku kan cepat teruja. memang tak boleh nak control la beb. hehe. aku pandang dia, dari shawl yang dia pakai, berbelit mcm ular sawa belit mangsa. mata aku turun pulak ke muka dia, alahai mak oi...cantik...!! contact lens yang dia pakai, warna kalah macam minah saleh lagi haa. baju kurung dia merelip, blink-blink. heels dia macam nak sama tinggi ngan klcc kot. cantik sangat. dalam hati aku, "cantik sungguh pompuan ni, untung betol"....

aku yang sedang syok sangat perhatikan dia sampai tak sedar diri aku pun diperhatikan, oleh member-member si cantik ni. dorang pandang aku, atas ke bawah. bawah ke atas. OMG. naik sembab jugak muka ni tahan malu. nak skodeng orang sangat la konon. diri sendiri yang terkena. habis tu, dorang pun lalu la depan aku, dengan mimik muka yang tak dapat aku nak jelaskan. aku ingat, dia nak lah tegur ke apa. tapi tak...!! sambil jalan tu, aku dengar..."muka semenyeh macam ni, pakaian entah apa-apa, ada hati nak pandang aku ngan member-member aku"....

fuuuhhhhh.....aku rasa macam helikopter jatuh atas kepala aku. berasap tak henti-henti telinga ni beb. ei...pompuan cantik ni ada jugak nak kena tapak kasut murah aku ni kang. sombong nak mampus. dah tu kata pulak muka aku semenyeh, senenyeh (ntah apa ayat dia tu).... habis segala maki terkeluar, tapi dalam hati jela. muka aku tetap cool, senyum..!! walaupun hidung aku dah kembang tak kempis-kempis tahan marah.

lepas je tragedi paling menyakitkan jiwa raga aku tu, aku dah tak panggil dia pompuan cantik lagi dah...aku panggil dia merak yang sombong. masih lagi cantik, tapi cantik kau bersama perangai sombong kau tu. haish..! jangan marah ye merak yang sombong. saya suka tengok awak, yang sangat colourful tu... habis cerita. ;)


1 comment:

AMEI said...

http://cicimei2.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...