thank you followers

Wednesday, August 31, 2011

pompuan kempunan nak cantik

pagi-pagi raya lagi aku dah bangun...tanpa disuruh, aku straight je ke toilet. sambil berjalan, mata segan-segan nak bukak, campur pulak ngan niat hati nak sambung balik mimpi tadi. berbelah bagi sungguh. tapi, setiap langkah aku tu, aku asyik cakap "hari ni, aku akan jadi lebih berguna dari hari yg lain". bermotivasi habis...!! cam sengal tak? dah sampai ke hala tuju aku, toilet, aku pon membuang segala lemak yang aku kumpul time berbuka malam tadi. last day puasa la katakan. makan memang la lebih sikit dari biasa, mak aku pon masak kaw-kaw punya. heaven sangat la time tuh, tanpa berfikir akan lemak yang kian bertambah. 





ok, kembali ke cerita asal aku, usai aku buang segala, aku pun bersiap lah...baju baru, tudung baru, selipar baru, macam-macam baru ah. senyum bangga tahap cipanzi tau. aku tengok la kat cermin bilik aku, "cantik gak aku ni pon, cuma tak reti nak gunakan kecantikan ni je pon", memang ada nada riak disitu ye. aku pon capai la barang-barang mekap aku. ala, barang mekap la sangat...apa yang ada je pon. cuma sikat, bedak debu stok baby punya tu, lotion dan bedak compaq johnson, vaseline....tu je la yang aku mampu. eyeliner, blusher, eyeshadow, mascara, whatsoever tu semua tak de. "siot betol", bentak hati aku. aku tak kira, yang penting...aku nak jadi "miss world" hari nih. by hook or by crook, eceh. poyo perabeh!!




********************************************
teringat pulak aku hal dua hari lepas, ha..ni la cerita entry ni sebenarnya. beria-ria aku ajak mr.bapak pergi watson kat satu mall ni, opkos la area kuantan je. pe jadah pon aku nak pegi watson kedah ke, perak ke, kl ke..aku tak gila lagi, jauh pon ye jugak. al kisah, kononnya nak tampil lebih cantik dan anggun. so, aku rasa aku perlu ke watson untuk mencari sedikit sebanyak benda-benda tempek kat muka. yelah, muka dah tak lawa, so perlu lah bantuan bende tempek segala untuk cantik. seriously, aku memang tak pandai, tapi dah nama pon pompuan. kak limah, kak tijah, mak eton, mak senah sebelah rumah yang kedot 55 baris pon nak nampak muda. ye tak? begitu juga aku lah kan. tak mahu kalah punyo. lebih dari setengah jam, mr.bapak yang setia menanti kat luar tepon dah..ajak balik. haish. kacau betol la. ni payah yang datang ngan orang lelaki ni. kerja nya nak cepat je. dia tak tahu yang kita ni nak cantik.~

dengan pantasnya, aku pergi kat barang tempek jenama maybelline, aku pegang-pegang je pon...aku jalan depan sikit lagi, ada silky girl, aku pegang lagi sambil tengok-tengok. aku tak reti nak pilih la beb. sedih time tu, aku je yang paham. rasa macam nak guling-guling sambil nangis je. tapi still wat muka berlagak tahu lagi. promoter kat situ, haram jadah..tak reti nak wat keje langsung, makan gaji buta. tau ah pose pon, jangan la kedekot sangat air liur tu, air liur je pon, berbuka nanti boleh refill gak, layan jela aku ni. haish. promoter pon perlu ada firasat hati yang tinggi tau? ape daaaa~~ so, aku teruskan perjuangan tanpa sebarang pertolongan dari promoter yang makan gaji buta tu, aku jalan ke simply siti situ sana sini, pastu revlon, pastu essence pastu ape benda jenama ntah lagi nyek. haram!! aku tak tahu dan tak jumpa apa yang patut aku beli. aku tengok jenama, aku ambek barang tu, aku pegang, tenung sampai juling mata aku, guna tester segala. ceit!! still, tak tahu nak beli yang mana. buntot aku dah rasa vibrate kali kedua, memang tak lain tak bukan, mr.bapak lagi..!!




"lambat lagi ke? cakap kejap je...", mr.bapak dah mula cam bengang.

"ala...jap2, dah kat pintu keluar mall ni", cubaan menipu sunat dibulan puasa, aku memang terer bab bab ni kalau korang nak tahu.

senyap. mr.bapak matikan panggilan tanpa sepatah ayat. aku pon tanpa berlengah lagi, letak semua bende jadah tu balik, keluar watson dengan muka seposen. korang nak kata apa? nak gelak? gasak ah...peduli apa aku. sekurangnya aku ada niat untuk tampil lebih meriah dari biasa, tapi....tak jadi lah kot. bukan sebab tak reti nak pilih produk, bukan jugak sebab mr.bapak tak sabar-sabar ajak balik. tapi, ada sebab lain la beb. nak tahu apa sebab? tunggu~

tiap kali aku guna tester produk tu, aku bau benda tu macam tak best la. busuk semacam je. kalau nak listkan, bau dia bawah sikit je bau bahan buangan korang semua. ya ampun la busuk, tak tahu la aku kot hidung aku terlebih kembang ke ape ke sampai aku bau cam tu sekali kan. tapi, memang sah, bukan salah hidung aku ni. memang bau haram jadah tu la. sambil aku dok bau-bau, kembang-kembang hidung aku dibuat haram jadah tu, aku teringat pulak orang kata ada produk kecantikan ni guna uri ibu mengandung tu la, guna lemak cik pig....so, aku cakap sorang-sorang "fulamak!! busuk siot. mesti guna benda-benda haram jadah semua tu, sebab tu bau cam gini"...dan, sebab tu jugak ah aku panggil benda yang aku nak beli tu haram jadah. sorry la.....bukan pesen(style) aku la main tempek-tempek ni.~




aku tak kata la semua produk cam gituh, tu cuma aku punya otak pk. aku pon, dengar cite semua tu dari orang-orang aku je pon. tak la aku baca mana-mana risalah. aku cuma nak gitau la, korang nak beli produk apa-apa pon, pk dulu... selamat dari semua bahan terlarang segala, boleh bawak sembahyang segala, pastu ukur kemampuan diri(banyak produk mahal). lagi satu, aku ingat pesan lecturer aku. beliau berkata:


"korang beli produk kecantikan mahal pon, bukan boleh ubah apa, kalau lubang hidung besar..maintain besar cam gitu la jugak. tak akan menjadi mengecil punya"



ye tak ye jugak eh?? haha... nasib baik aku tak jadi beli, selamat duet aku. ;)



peringatan: jangan jadi cam aku. taksub nak cantik. sampai cam ni jadi. kita pompuan, cantik muka je pon, tak guna gak....hikhik

7 comments:

Zul fattah said...

cantik luaran tak kekal la..yg dalaman tu, yg laki cari.. haha

ayuna ayuni.. said...

yes..!!! itu yang penting bagi aku gak pon...:)

dok pakai haram jadah sgt pon membazir kot....bazir masa, dwet segala....

Siti Nurazlinda said...

sama sama :) linda pon tak reti nak beli barang make up ni . nampak macam over . HAHA , btw , selamat hari raya :))

ayuna ayuni.. said...

hahah...kite geng kot!!

yela...leceh, lagipon bersepah sangat la jadah haram ni..kat mana2 ade.. cuma mahal murah je beza..

tp, tu la...ni kata kite yg tak suka, kata mereka yg suka benda ni lain pulak ekkk

AnisNorzam said...

betol2. lagi2 barang2 makeup ni merimaskan. rasa berat je kat muka. GRR !

AnisNorzam said...

betol2. lagi2 barang2 makeup ni merimaskan. rasa berat je kat muka. GRR !

ayuna ayuni.. said...

hahahaah...betol gak tu kn...
pastu pakai bpe jam, nak tanggalkan plak, solat. pastu tempek lagi. tanggalkan lagi....

cam sengal jek. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...