thank you followers

Sunday, September 11, 2011

kenapa aku benci cinta monyet

mulanya, kita hidup sebagai sahabat. walaupun berlainan jantina, itu bukan penghalang. makan bersama, main bowling bersama, belajar bersama, semua nak sama-sama. walaupun aku kasar dari kau, kau kata kau tak kisah. kau lagi suka macam tu. 
masa tu, aku tersenyum...



aku ingat lagi, kita pernah dengar lagu kegemaran kita sama-sama. ingat tak, kita kat taman masa tu. kau tunjuk henset baru yang bapak kau belikan. penuh dengan lagu kegemaran aku. iron maiden. nirvana. muse. gun n roses. avenged sevenfold. deep purple. system of a down. black tide. aku dengar, sambil kau suapkan aiskrim. 
masa tu pon, aku tersenyum...



suatu hari, kau kata kau suka aku. aku terdiam. aku tak pernah bercinta. aku jadi malu tiba-tiba. kau bagi hadiah, batu bentuk hati, warna pink. walaupun aku tak suka pink, tapi aku happy jugak. kau kata, aku dah berjaya curi hati kau. kau suruh aku jaga hati kau sebaik mungkin.
aku tersenyum lagi masa tu...



dari sahabat bertukar kepada teman istimewa. kau layan aku macam aku puteri raja. semua aku nak, kau bagi. hari-hari kau ajar aku benda baru. harapan kau supaya aku jadi sopan seperti perempuan melayu. kau kata, bila bercinta dah tak boleh kasar-kasar. kau suruh aku pakai tudung, kau kata aku cantik bertudung. kau cinta pertama aku, aku suka. bila cakap pasal cinta, mesti aku sebut nama kau. 
aku tersenyum lagi...




sampai lah masa kita berjauhan. lepas spm, kau disini dan aku disana. tiap hari, kau tepon aku dan sebut kau rindu. aku diam, masih tak biasa dan selalu kaku. sebenarnya, aku pon rindu. tapi, sengaja tak nak mengaku. kau selalu datang jenguk aku. kau kata, tak sabar nak menyunting aku, jadikan aku permaisuri, dan mulai hidup yang baru. kau pasang angan-angan yang hebat, yang mampu bawa aku ke dunia baru.
aku ketawa dan tersenyum...




tapi, hari tak selalu tenang, entah sejak bila, kita mula tak sehaluan. hal simple je, mampu buatkan kita menderita. kau kata, aku keras kepala. aku kata, kau terlalu memaksa. kita bergaduh lama, tapi kau pujuk juga akhirnya. kau kata, kau akan sayang aku sampai bila-bila. kau bagi bunga. kau bagi segala.
aku tersenyum gembira...




tiba-tiba, tanpa disangka. hari pertemuan kita, setelah dua bulan tak bersua, tak seperti yang dijangka. dalam kita sedang bergurau senda, kau ucapkan kata-kata yang mendera. kau berkata tentang perpisahan kita. aku tak sangka dan aku tak jangka. tapi, entah kenapa...aku terima seadanya. walaupun aku sedih, aku menangis, tapi aku masih juga tersenyum...





hari ni, memori kita menjelma kembali dalam ingatan aku. dah lama kita tak bersua, bukan tak mahu jumpa, tapi aku masih tiada kekuatan jiwa. yang pasti, aku masih lagi tersenyum mengimbau segala memori yang ada.





kau mampu buat aku tersenyum. dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya.~




selamat ulang tahun sayang. kini kau bersayap, pergilah terbang. rentaslah langit cita cita mu. harap nanti kita akan bertemu.


peringatan: aku tak suka tengok budak-budak bercinta. bukan meriah sangat pon ending cinta monyet... membazir masa jek...!!


-peace yawww-

5 comments:

Pendamba Mawar said...

hurm menarik dari kawan menjadi kekasih..hurm..hal cinta sy tak mampu nak huraikan apa2.hehe

jom baca entri baru saya

ayuna ayuni.. said...

thanks....

:))

H.J said...

aku tak pernah weh mengalami cinta monyet..haha

ayuna ayuni.. said...

hahahahha.....

bagus, bek tak dak dari ada..
:))

kai said...

cinta monyet ada yang membahagiakan...
ada jugak yang menyedihkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...